Agent Yang Malang

Assalamualaikum Readers IIUM Confession. Saya N dari Selangor berumur 30 tahun dan dah bekerja sebagai agent takaful selama 4 tahun. Tujuan saya tulis confession ni untuk minta pendapat readers macam mana nak handle critical time macam ni.

1) Alkisahnya, baru2 ni iaitu Ahad lepas ada sorang client ni (Mr Z) dari JB warded hospital C. Doctor ada tanya dia polisi dah 2 tahun ke belum?

Saya dah remind wife dia (Kak F) polisi dia ni baru 1 tahun 4 bulan, kalau Mr Z nak warded dapatkan referral letter dari GP klinik dulu.

Then doctor kat klinik bagi referral letter untuk warded sebab Mr Z ni dah confirm influenza ke bronkitis. So Mr Z dah check2 semua kat emergency dept, dapat pulak doctor pakar Dr PK (Chinese).

2) Mr Z dan Kak F ni mulanya tak nak warded dulu sebab belum tahu GL approved ke declined. Dr PK ni pulak push2 suruh masuk dulu dan dia bagi guaranteed GL approved sebab infections illness je ni biasanya approved.

Sekali jam 6 pagi dapat tahu GL declined, call CS takaful, rupanya dalam GL tu Dr PK diagnosed bronchitis dan hypertension. Saya dah cuak GL declined tapi salah saya ke saya dah advised client jangan warded dulu sebab GL pending?

3) Bila dah pagi tu call hospital minta doctor appeal semula GL tu sebab Mr Z kata dia ni tak de hypertension apa semua sebelum ni. Just dapat hypertension tu masa check nak masuk ward ni mungkin darah jadi tinggi sebab sakit dan risau anak2 kat rumah waktu malam.

Dr PK pun okay la dia appeal semula ikut logic reason yang diberikan.

4) Jam 2 pm GL tetap declined. Dr PK tak nak tolong appeal lagi padahal dia yang push warded walaupun GL belum approved. Geram betul doctor macam ni. Saya terpaksa handle by call tak dapat turun JB sebab saya masih di Kelantan sampai next month.

5) Hospital call Mr Z untuk discaj sebab GL declined. Kak F pulak dah bising2 kat saya dan marah2 GL declined. Dia kata dia tak de duit nak bayar bill hospital tu. Total bil dalam RM2.6k (bila tengok bil macam2 hospital charge untuk ECG sampai beratus2)

6) Saya call Kak F untuk advised buat pay & claim dulu tapi Kak F bebel2 kata tak de saving langsung siap SS akaun bank yang balance duit terkini dalam RM300 je. Boleh bayangkan tak macam mana cara Kak F ni bebel panjang2 dan marah2 tu dalam bahasa dialek Pantai Timur.

Siap ayat baso b**i menate semua sebut. Allahu..

Maaf ya orang pantai timur sekalian tak bermaksud menghina.

7) Masa tu dia kata tak de duit nak bayar bill hospital tu padahal Mr Z tu kerja Singapore gaji RM12k sebulan. Kak F ni berniaga makanan tak kan tak de saving langsung kan.

Saya pernah tau jumpa kak F ni gelang besar coco lipan kiri kanan tak kan tak boleh cairkan gadai dulu ke untuk bayar bill hospital suami dia?

8) Kak F call sambil menangis macam play victim sungguh yang saya ni salah? Siap cakap “tolonglah awak, tolongla bayar dulu duit bil ni, kami tak de duit langsung dah ni”. Padahal saya dah advised awal2 dah jangan warded dulu.

Last2 dia dah bising macam tu saya kata tak pe la saya bayarkan bil hospital RM2.6k dulu baru dia senyap. Ralat rasa wei. Menangis saya lepas habis call tu. Dah la ada anxiety, masa dia bebel2 panjang tu sesak nafas rasa terpaksa cakap bayarkan dulu sebab nak end conversation cepat2.

9) Bagi diorang agent ni kaya kot kena bayarkan dulu sana sini padahal saya nak kena tanggung yuran OT autism anak RM3k sebulan. Saya guna duit untuk yuran Ot tu dulu untuk cover bill hospital dia. Boleh bayangkan rasa ralat kecewa macam mana.

By the way, caruman bulanan dia RM133.11 sebulan polisi pula medical card stand alone. So komisen hanya dapat 10% je dari satu polisi dia. Kalau ikutkan dia carum polisi setakat ni tak sampai RM200 pun kan saya dapat komisen untuk polisi dia.

10) Sebelum ni ada juga client lain 2-3 kali GL declined, bila declined saya advised client untuk dapatkan rawatan di GH atau pay & claim dulu. Ada client okay je pay & claim then bila claim dapat je duit diorang balik.

Kak F yakin suami dia tak de history hypertension, just sakit kepala sikit2 tu ada la. Tapi kan underwriter takaful ni sangat strict sekarang, kalau ada sejarah sakit kepala ke takut declined je claim dia ni.

Kak F tak de pun guna ayat PINJAM untuk suruh saya bayar bil hospital tu, maksudnya kalau claim ni declined dan underwriter findout sakit ni pernah ada sebelum ambil medical card mesti dia tak akan bayar balik kan??

11) Saya rasa macam bodoh juga tindakan buat macam tu. Tapi kalau korang kat keadaan macam tu, macam mana tindakan korang?

Saya tahu once kita bagi orang pinjam duit possibility nak dapat balik 50-50. Saya pun ada je client sebelum ni minta pinjam 1k tapi dapat bayar balik 200 je selebihnya client ghaib.

12) Sampai sekarang saya rasa macam kejap okay kejap tak. Rasa give up dah nak teruskan agent Takaful. Ni pun masih teruskan tapi tercungap juga nak cukupkan MOC sales 30k setahun since semua medical plan harga tinggi dan ada deductible RM500 rasa susah nak buat sales.

Husband pula marah lepas dapat tahu saya transfer kat Kak F untuk bayarkan bil hospital tu. Haih ralatnya rasa sekarang.

Tolong berikan pandangan apa yang saya perlu buat sekarang? Patut tak tindakan saya macam tu?  Perlu tak saya remind kak F tu kalau possibility claim declined dia kena bayar balik duit saya tu?

Terima kasih readers yang baik..

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *