Aib

Assalamualaikum kepada admin dan pembaca sekalian. Terima kasih sekiranya luahan ini disiarkan. Peringatan kepada kaum hawa. Semoga kisahku ini dijadikan iktibar.

11 tahun lepas, ketika di awal alam universiti aku berkenalan dengan seorang lelaki di media sosial. Bertemu atas minat yang sama. Aku dan dia saling bertukar nombor dan berterusan sampai lah kami membuat keputusan untuk bercinta.

Hubungan cinta kami berterusan selama 3 tahun. Namun kerana jarak jauh. Kami berjumpa hanya 4 kali. Dan dalam tempoh 4 kali tersebut, kami telah melakukan perbuatan maksiat. Namun Alhamdulillah (aku sangat bersyukur ya Allah), kami tidaklah sampai berzina.

Selepas tahun kedua, aku perasan dia mulai berubah. Dan benarlah, ada orang ketiga. Dia diberi kata dua oleh kekasih barunya, pilih aku atau dia (kekasih baru). Dia pilih yang baru. Perpisahan kami terjadi pada hari kematian abangku. Berpisah melalui mesej sahaja dan dia tidak mengetahui hal kematian abangku.

Aku terima perpisahan itu dan tidak merayu. (Sebab rasa malu dan terhina). Begitulah hubungan haram senang dibuang. Dan aku sebagai perempuan tidak mampu nak buat apa sebab dah dia tak mahu takkan nak dipaksa.

Sebenarnya sepanjang perkenalan kami, aku tertekan dan rasa terhina. Maruahku dicarik carik. Ya, aku tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai kami. Sekeliling ku memandang aku wanita mulia yang jaga batas aurat dan agama. Tapi kami berdua tahu apa yang kami buat.

Setiap kali aku ucapkan kegusaran ku. Dia meyakinkan aku bahawa akan mengahwini ku. Bayangkan dalam hidup penuh maksiat. Aku tidak tinggal solat. Aku menutup aurat sempurna. Tapi aku tidak mampu tinggalkan dia. Tinggal kan hubungan haram kami. Aku rasa aku bertopeng.

Oleh kerana amat menyintai nya, aku berdoa pada Allah, untuk bantu kami keluar dari kemaksiatan. Itu aku doa hari hari. Dan Allah tahu yang terbaik. Kami tiada jodoh.

Dia bahagia dengan kekasih barunya sedangkan aku struggle dengan emosi aku. Aku rasa seperti sampah dibuang & dihina. Aku kurang makan. Rasa nak bunuh diri.Tapi aku tahu hukum agama. Aku menangis hari-hari. Sampai family aku risau. Tapi mereka tidak tahu, apa yang telah aku buat.

Untuk move on, aku ambil masa 6 tahun. Dan dalam tempoh tersebut aku disahkan ada depression dan anxiety disorder oleh doktor dan perlukan rawatan setiap bulan.

Hari-hari aku berdoa agar Allah tutup aib aku, supaya tiada siapa tahu kisah silam aku. Aku rasa kotor dan jijik dengan diriku sendiri.

Bila ada jejaka yang datang mendekati dengan niat untuk menikahi, aku tolak dengan baik. Alasanku ialah aku belum bersedia. Namun yang sebenarnya, aku rasa aku tidak layak dengan mereka yang bagus, suci dan baik. Aku hina.

Semua di sekeliling ku memandang aku anak yang baik, hamba yang Solehah, wanita yang jaga maruah. Namun yang sebenarnya, hanya aku yang tahu.

Dia dah kahwin. Tapi bukan dengan kekasih nya..dengan orang lain. Wajah isteri nya manis, dan nampak baik.

3 tahun selepas perkahwinan nya,dia hubungi aku. Meluah perasaan, cuba mengimbau kembali kisah cinta kami. Aku terluka. Sehari semalaman aku menangis, rupanya aku masih cintakan dia.

Dalam masa yang sama, aku teringat kembali kesakitan lalu. Dibuang tanpa penjelasan dan betapa mendalamnya kesan cinta haram itu di masa lalu.

Aku jelas. Dia bukan untukku. Aku mampu berfikir waras. Tidak sanggup aku melukan hati perempuan lain dengan merosakkan rumah tangga. Dan aku tidak ingin bersuamikan dia. Lalu aku buat cerita, beritahu yang aku dah berpunya dan bakal melangsungkan perkahwinan.

Tapi dia masih tetap menghubungi ku. Dia yakin tiada siapa dapat gantikan dirinya dalam hatiku. Dia kata dia kenal aku. Dia kata dia cinta pertamaku. Dia kata aku tidak akan dapat melupakan nya.

Aku sedar bila dia beritahu begitu. Dia anggap bila dia datang kepada ku, aku akan buka tangan seluasnya untuk nya. Dia yakin yang aku belum berkahwin smpai sekarang kerana dia.

Aku jelaskan kat dia yang aku dah lupakan segalanya dan dia tidak memberi kesan langsung kepada aku. Aku dah lama move on. Kemudian, aku diam tanpa balasan biarpun dia mesej berulang kali. Ya, akhirnya bila dia bosan, dia berhenti mengganggu ku.

Dosa masa lalu ku. Masih tidak dapat di lupakan.

Aku hamba yang hina dan kotor.

Ketakutan aib yang dibawa sepanjang hayat.

Biarlah aku sendiri.

– Nur Faisah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *