Aib Dibuka Dan Dihina

As salam sahabat semua. Terima kasih luangkan masa dan komen. Terima kasih admin hide saya.

Saya melalui kesulitan. Ada anak kecik yang masih menyusu. Jadi saya telah terputus duit. Jadi, saya meminjam.

Kesilapan saya kerana lewat bayar dan saya tak bagi tahu bila saya boleh bayar.

Sibuk mencari duit dan uruskan anak kecil banyak benda terlepas nak bagi tahu. Itulah kesilapan besar saya sehingga saya di aibkan.

Majikan saya telah bertanya kepada semua rakan kerja saya di tempat kerja. Waktu itu saya tiada di situ.

Kemudian perjumpaan saya bersama semua ketua unit membincangkan pinjaman saya. Tuduhan dibuat kerana saya menggunakan duit syarikat. Sedangkan setahu saya pinjaman saya adalah personel.

Saya baru tahu duit saya pinjam sebenarnya duit syarikat. Kesalahan di letak ke atas bahu saya. Saya kecewa dengan sahabat saya kerana tidak dimaklumkan.

Jika saya tahu, sudah pasti saya membuat bayaran segera atau tidak meminjam dengannya.

Saya juga mempersoalkan mengapa majikan saya mengaibkan saya sebegitu rupa. Membuat satu perjumpaan hanya bertanya pinjaman saya kepada semua pekerja.

Majikan saya memaklumkan cara dia betul. Dia ada hak. Saya rasa terhina. Dia juga mengugut saya dia akan besarkan hal ini ke peringkat atasan lagi.

Sudah pasti sahabat yang membantu saya akan terheret. Bukan saya. Sebab tiada bukti saya yang salah guna kuasa.

Kemudian saya disoal apakah perasan saya sekarang. Saya tidak tahu adakah soalan itu supaya saya mohon tukar atau berhenti kerja.

Bagi saya soalan tu melukakan hati saya. Setelah apa dilakukan dan dengan harapan saya tiada dalam organisasi itu. Hebat kan orang yang ada kedudukan dan pangkat membuat kerja.

Saya ditanya bagai penjenayah. Berulang kali saya nyatakan hal peribadi. Sedangkan aib saya dibuka atas alasan hak dia sebagai ketua. Apatah lagi jika saya ceritakan masalah saya.

Perlu ke saya menceritakan masalah kepada orang yang mengkhianati saya?

Saya berkeras memaklumkan tiada yang tahu pinjaman ini sehingga majikan yang bercerita.

Tetapi majikan saya berkeras mengatakan semua orang telah bercerita. Sedangkan kawan2 saya semua terkejut dengan soalan majikan saya di depan semua orang.

Kawan2 saya tidak tahu menahu hal ini sehingga majikan saya bertanya dalam perjumpaan group saya selepas perjumpaan group lain.

Di akhir perjumpaan itu, majikan memohon maaf. Saya tidak pasti dia ikhlas atau dia sedar dia melakukan kesilapan.

Maaf dia saya boleh terima dan melupakan tapi aib dan penghinaan itu terus tersebar.

Hari ini dan seterusnya saya lalui dengan penghinaan dan aib yang saya bawa.

Saya redha dengan takdir ini. Tapi di malam hari air mata saya sentiasa mengalir.

Tiada yang meletakkan diri dalam keberhutangan jika dia senang. Cara nasihat diberi seolah² saya hidup penuh dengan berfoya². Membazir wang. Tidak pandai mengurus duit.

Hakikatnya hanya Allah yang tahu.

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *