Aib Peribadi VS Aib Umum

Assalamualaikum semua. Thanks admin sebab benarkan entry ni disiarkan.

Entry kalini simple saja, Tajuknye antara Kesalahan Individu dan Kesalahan Umum. Ramai yang tak faham konsep antara dua ni disudut islam.

Maaf ye pembaca yang bukan islam. Sila komen kalau salah, betulkan mane yang salah, dan tegur mane yang kurang ya.

(Bukan niat aku nk bercerita hukum hakam, ini bercerita daripada perspektif rakyat marhaen macam aku ni)

Kesalahan Individu ni sebenarnye melibatkan aib peribadi. Dalam islam, aib peribadi wajib disimpan diam-diam dalam kocek kau orang, bukan kocek jiran. Paham?

Aib sendiri macam ko pegi minum arak diam-diam dalam bilik korang, korang lakukan s3ks bebas. Itu aib peribadi, wajib disimpan dan bertaubat.

Kepada yang masih stay dalam situasi kesalahan peribadi ni, aku doakan korang diberikan kekuatan untuk berubah dan bertaubat walaupun susah.

Sebab aku paham sangat situasi individu yang berada dalam situasi ni, susah nk ditinggalkan.

Nasihat aku, tukar sahabat yang menjebakkan korang kalau nak perubahan segera.

Daripada pengalaman aku, mengubah sahabat tu akan mengubah diri ko sendiri jugak walaupun tak banyak tau.

Bukan bermaksud aku suruh ko putuskan relationship persahabatan ko dengan orang, which is tak digalakkan jugak didalam islam.

Teruskan berkawan, tapi jangan terlalu rapat.

Kesalahan Umum ni aku definisi kan kesalahan yang melibatkan individu lain dan orang ramai.

Bagi kesalahan umum ni, sangat-sangat digalakkan untuk disebarkan supaya menjadi tauladan kepada orang ramai. Ko maklumkan sahaja kepada orang ramai perbuatan tersebut.

Antara contoh, ko nampak ade individu merompak. Kene ambil tindakan sewajarnye kepada penjenayah tersebut. Tak boleh kalau kau sebagai orang ke 3 buat diam saja.

Itu bukan mendiam aib, itu ko mengiyakan perbuatan dia orang.

Dosa yang melibatkan umum ni, seeloknya wajar di umumkan. Dan kene ingat, yang perlu dicemuh adalah perbuatannya, bukan tuannya.

Perlu difahami ini sebelum membuat judgement.

Bersyukur la dosa peribadi korang masih tak diketahui umum. Simpan dalam-dalam.

Kepada yang membuat kesalahan umum, aku doakan korang sentiasa diberikan hidayah dan kembali ke pangkal jalan.

Daripada,

– Short & Simple (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *