‘Aib’ Sebuah Perkahwinan

Assalamualaikum. Lama aku berfikir samaada perlu atau tidak aku berkongsi ‘aib’ ini tapi kalini aku betul2 sudah tidak mampu memendam seorang. Aku harap arwah mamaku masih ada untuk mendengar semua ini. Al fatihah.

Aku sudah berkahwin 6 tahun. Dikurniakan 2 anak. Alhamdulillah 6 tahun perkahwinan yang bahagia, suami yang baik, rezeki yang cukup walaupun ada pasang surut dalam perniagaan, semuanya kelihatan sempurna. Semuanya berubah 360 darjah dalam sekelip mata. Aku pendekkan cerita.

Seminggu sebelum anakku lahir, aku dapat tahu suamiku meminjam lebih 100k dari abangku. Kami bergaduh besar, macam mana aku boleh tak tahu suamiku meminjam sebanyak itu dr ahli keluargaku. Aku kecewa. Aku marah. Aku kemas barang. Aku minta balik kampung hari yang sama juga dan ubah plan untuk bersalin di kampung

Sejak aku mengandung anak kedua, dia berubah. Semua terjadi lepas dia keluar berjumpa kawan pada satu malam. Aku sebenarnya tak pasti siapa yang dia sebenarnya jumpa. 6 tahun kahwin, suami bukan jenis lepak dengan kawan. Dia jenis lebih suka duduk rumah habiskan masa dengan aku.

Tapi malam tu dia kuar agak lama, pagi baru balik. kalau aku tanya, dia pun macam blur tentang kejadian2 lepas. Dia kata dia kuar sejam je. Tapi hakikatnya dekat 4 jam dia keluar. Entahlah. Susah nak cakap. Pasal keluar ni pun boleh bergaduh. Sebab apa dia ingat tak sama dengan apa yang berlaku

Sejak haritu, dia dah tak peduli tentang makan minumku and anak, barang2 rumah pun dia. xpeduli. dari suami yang sangat baik, sangat penyayang. Yang akan bangun setiap pagi siapkan breakfast.

Yg akan masak setiap kali balik kerja dan aku cuma perlu layan anak tanpa buat apa apa. Dari dilayan seperti seorang permaisuri, aku dibiarkan sahaja. Dia seperti org asing. Dia tiba2 hilang perasaan terus, hilang rasa kasih pada aku. Aku beli barang dapur dan semua kelangkapan rumah guna duit aku.

Dia dah tak kisah aku makan atau minum. Dia tak kisah aku sakit. Dia tak kisah emosi aku merajuk marah sedih. Dia dah tak peduli. Aku sabar. Aku tak pernah berhenti sekali pun istikharah memohon petunjuk Allah tentang apa yang terjadi pada suamiku sebenarnya

Beberapa hari dalam pantang, ayahku balik dalam keadaan marah2 waktu aku sedang tidor. Along datang tampal notis di rumah kedua kami. Sumpah aku tak tahu langsung pinjaman along. Selama 6 tahun kahwin, memang suamiku tak pernah pinjam along.

Ya Allah. Bagai nak luruh jantung aku. Along contact aku menuntut hutang. Entah mana dapat no pun ak tak tau. Along bagi tahu suamiku meminjam 7k. Aku bercadang mahu membayarnya.

Tapi Allah nak tunjukkan kebenaran, entah kenapa aku tak boleh nak transfer duit kat along tu. Dalam tempoh tu, ibu abah aku panggil suamiku balik. Masa tu semuanya terbongkar yang rupanya suamiku meminjam banyak along. Dia bagi alasan untuk cover company aku. Tapi aku tahu, duit tu memang bukan untuk company sebab kos lebih rendah dr pinjaman along.

Kos apa yang perlu cover sedangkan aku dah bergadai emas dan simpanan. Puas kami tanya ke mana duit tu, dia masih jawab cover kos company. Sedangkan memang tak ada pun duit tu masuk dalam acc company dan cover kos seperti yang dia cakap

Aku pendekkan lagi cerita, semua hutang tu dapat selesai dengan bantuan kelurga. Barang kemas ak semua ak dah gadai. Aku dah tak ada duit langsung. Family kami baik, abah ibu bagi dia duduk di rumah. Dan dia duduk tanpa rasa bersalah. Langsung tanpa pemintaan maaf.

Aku pula tak boleh langsung pandang atau bercakap dengannya. Muka dia aku rasa sangat berubah. Matanya pun sentiasa merah. Dia masih tak ada perasaan kat Aku. Pandangannya pada aku macam melihat seseorang yang dia benci

Aku dah cuba semua cara dr paling baik berlemah lembut, memujuk, menggoda supaya dia menceritakan apa yang sebenarnya berlaku tapi mulutnya seolah2 terkunci rapi. Dia seperti orang asing.

Dia tak sama langsung dengan lelaki yang aku kenal selama ini. Jawapannya cuma satu, ‘cover cost’. Sedangkan dia tak bagi duit pada aku. Dan perbelanjaan cover cost pun sebenarnya aku dah pun tanggung dengan menggadai semua barang kemasku dan mengeluarkan semua simpananku.

Kalau dia pinjam along, mesti ada duit. Tapi masalahnya duit pinjam along tu tak ada langsung! Acc dia pun aku buka, asyik withdraw 1k, 3k, 2k sampai habis licin. Kemana duit tu?

Disebabkan aku rasa bertangggungjawab perlu bayar sewa kedai, gaji staff semua, dalam keadaan pantang tak sampai seminggu, jahitan pun belum sembuh, aku berniaga secara online memandangkan kedaiku terpaksa ditutup kerana covid. Alhamdulillah Allah bantu.

Aku berjaya kumpul duit untuk selesaikan gaji staff. Baru sahaja ak buka acc untuk buat online transfer gaji staff, acc ku kosong. Rupanya suamiku telah mengambil semua duit yang aku kumpul dalam pantang. Sumpah aku sedih, marah. Yang aku lagi marah, dia boleh ajak aku ke bank untuk semak. Mana perasaan dia?

Dipendekkan cerita selepas kami berbaik baik dengan dia. Dia ke kl kononnya menguruskan perniagaan baru. Duit ke kl pun ibu dan aku yang bagi.

Dalam tempoh tu along cari kami sekali lagi. rupanya dia menipu kami semua. Hutang along yang dikatakan selesai sebenarnya masih banyak dan dia membuat hutang baru. Ibu abah marah bila tahu dia menipu. Aku tak nak keadaan berlaku di luar kawalan, Aku boleh sabar Aku boleh tenang tapi aku tak tahu orang lain. Lagi2 abah pernah kata,

‘Kalau dia datang abah nak parang dia’.

Demi Allah, ak cuma takut perkara tak baik berlaku di luar kawalan. Pendirian aku, kita tak boleh predict future. Jadi aku tak bagi dia datang jumpa aku dan anak anak. Aku tak bagi dia jejak kaki ke negeri kampungku.

Dalam keadaan pantang belum sampai 2 minggu, aku terpaksa menguruskan pindahan barang keluar rumah, kedai semua benda sebab kedaiku terpaksa ditutup terus. Aku terpaksa cari duit lain untuk semua ni. Sekali lagi aku buat sale dan Allah tolong

Alhamdulillah, dengan duit sale aku dapat selesaikan semua bayaran pnting, gaji staff dan sebagainya. Aku juga dapat menyimpan duit. Terima kasih Allah. Terima kasih pembeli2 yang Allah telah jentik hati membantuku

Semuanya tenang, semua lancar sehingga aku sakit. Aku tidak boleh mendengar azan, bacaan Qur’an. Tapi Aku paksa diri solat mengaji. Hanya Allah yang tahu apa aku rasa.

Aku sedar apa yang berlaku. Aku berpesan pada adik untuk tolong aku. Aku mula sakit masa lepas waktu asar, masa tu aku tengah tengok cerita dekat tv pasal apa entah, tiba2 ada adegan baca rukyah. Aku jadi serba tak kena.

Satu badannku panas. Aku rasa tak boleh control. Aku rasa macam org tak betul. Aku lawan. Dan waktu itu abah ibu tengah semayang asar berjemaah, dengar suara abah menyebut nama Allah. Mengangkat takbir. Aku jd semakin sakit. Aku mencakar tangankku kerana tak tahan panas dan sakit seluruh badan. Dipendekkan lagi cerita, family aku membantu.

Mereka ajak aku solat berjemaah. Aku cuba solat bersama, bila sahaja abah membaca ayat kursi, ya Allah. Sakitnya dan panasnya seluruh badan aku. Tak tahu bagaimana aku nk gambarkan. Aku lawan sambil aku menangis2 sebab tak tahan sakit. Aku hampir tidak boleh berdiri sebab terlalu sakit.

Lepas siap solat. Semuanya ok macam biasa. Aku sendiri tak tahu apa terjadi pada diri aku. Setiap malam anakku menangis meraung tengah2 malam nak mandi, sebab panas. Bayangkan, pukul 3 pagi dia nak mandi. Aku bg mandi. Lepas mandi, nak keluar je bilik air.

Dia nak mandi lagi.dia kata panas. Aku marah. Aku geram. Ak tengking dia. Maafkan mama. Aku jd panas dengan anaku sendiri. Ibu abah tolong. Anakku tido dengan mereka. Semua ok. Hairannya kenapa dengan aku dia nk mandi, rasa panas semua tapi mereka. Dia ok.

Sedihnya hati bila ak terpaksa tidor jauh dengan anak. Aku tido pasang ayat quran setiap malam. Tiba2 satu malam tu, jam 3 pagi aku macam dihempap. Dicekik. Aku tak boleh bernafas. Aku baca ayat kursi dalam hati. Aku lawan. Habis baca aku buka mata. Satu badan aku panas macam terbakar. Aku masuk bilik air mandi dan mandi berulang ulang sampai setengah jam.

Panas tak hilang. Sakitnya badan. Panasnya ya Allah. Aku amik wudhu, capai telekung cuba untuk solat tapi makin sakit. Aku buang rasa malu sebab tak tahan. Dalam keadaan berkemban, aku ketuk bilik abah minta tolong.

Abah bacakan ayat Qur’an dekat air zamzam dan sapu di kepala dan aku minum. Aku tiba2 sihat, panas dan rasa sakit tu terus hilang. Malam tu aku tido nyenyak. Alhamdulillah. Agaknya ini yang anak aku rasa selama beberapa hari. Tapi dia baru setahun, dia tak boleh gambarkan. Maafkan mama kerana tak faham..

Dalam bulan Ramadhan Semuanya tiba tiba kembali berubah. Aku dah boleh bercakap dengan suamiku seperti sebelum ni. Sikap dia pun kembali berubah kepada suami yang caring, ayah yang baik pada anak anak.

Lepas kejadian tu semua ok. Semua tenang. Aku ingatkan keadaan semua dah ok. Aku terpaksa ke kedai lama aku untuk uruskan pindah barang. Aku pergi bersama adik. Masalah mula di sana. Aku tak ingat apa yang terjadi dalam kedai. Aku pulang bersama suamiku.

Keretanya penuh dengan barang2 kedai sampai tak ada lagi tempat duduk. Aku pula naik kereta yang aku sewa. Sampai2 di rumah, aku bergilir dengan suamiku membasuh kaki dan tangan. fikirkan covid. Sebab anak anak ada dalam rumah.

Niat nak bersalaman. Tapi abah ibu kata kami kurang ajar sebab masuk masuk rumah terus ke tandas. Kami tak diberi peluang bercakap. Aku disuruh diam. Ibu mempertikaikan kenapa suamiku tak datang ke sini tengok anak. Ya, aku menjawab.

Aku yang tak bagi sebab takut keadaan ‘out of control’. Apa apa boleh berlaku dalam keadaan penuh emosi. Kami ditengking. Dan disuruh mengambil anak2 dan dihalau dari rumah dalam hujan lebat. Aku ambil anak anak, memandu dalam keadaan hujan lebat sambil mendukong anakku yang baru lepas pantang.

Adik memandang aku. Kakak duduk baik di seat sebelah. Terima kasih Allah bagi anak yang baik. Aku blur. Aku masih tak faham perkara yang sedang berlaku. Aku menangis semahu2 sambil mengadu dengan Allah sepanjang drive

Suamiku mengekori dr belakang dengan keretanya. Banyak hotel ditutup sebab covid. Yang ada pun tak terima pelanggan selepas jam 12 malam. Akhirnya, ada satu hotel. Alhamdulillah, ada tempat untuk aku dan anak anak tumpang berteduh. Terima kasih Allah..

Sehari lepas duduk hotel, aku dah boleh solat. Kami berjemaah, kemudian bila anak2 dah tido. Kami solat taubat, solat istikharah sebagainya.

Lepas je solat, aku duduk. Puas aku fikir di mana silap aku sehingga dihalau. Aku tanya suami, apa yang sebenarnya berlaku. Ya Allah, apa yang aku ingat berlaku sebenarnya tak berlaku. Padanlah abah marah. Dalam otak aku, abah ibu dah tak marah.

Abah ibu bagi husband ikut balik bawak barang. Mashaallah, rupanya tak ada pun macamtu. Bila suami flashback balik satu persatu apa yang berlaku dalam kedai, semua tak sama macam apa yang aku ingat. Situasi luar kedai semua aku ingat dengan baik. Situasi dalam kedai sampai sekarang aku still xtau mana betul, mana yang tak berlaku..

Keluarga memujuk aku balik. Aku balik selepas fikirkan abah. Aku sayang abah. Aku kesian dengan abah. Semua ok. Aku dapat kerja. Aku ada sewa rumah sendiri untuk letak barang2 kedai. Suamiku balik ke kampungnya. Aku pula balik ke rumah abah. Kami duduk jauh. Semuanya okey bila kami berjauhan

Keluarga mengatakan suamiku menipu sebab masa hari sebelum balik membawa barang2 kedai tu, suamiku mengambil upah menjadi personal shopper ikea. Ikutkan keesokan hari barang2 tu perlu dihantar, manalah tahu pula aku nak kena halau dari rumah.

Jadi suamiku menipu pelanggannya mengatakan aku masuk hos sebab tak nak bagi tahu cust masalah keluarga. Jadinya, barang ikea yang sepatutnya dihantar tak dihantar, dan dia diviralkan sebab menipu. Ujian itu menguatkan bukan?

Disebabkan aku risau keadaan diri aku yang pernah sakit. Aku berjumpa Dr. Aku telah mengambil 7 jenis test mental. Semua result ok. Aku menceritakan dari awal smpai akhir apa yang berlaku pada DR. DR kata aku tak sakit. Dia suruh aku ke Darulsyifa atau cari perubatan islam.

Dia kata aku bukan depression, meroyan sebab semua tanda2 tu tak ada pada Aku. DR kata aku tak sakit, dia risau kalau aku amik apa apa ubat, akan ada kesan ubat nanti lagi susah untuk aku uruskan anak anak dan bekerja. Aku menceritakan pada family. Ibu masih suruh aku pergi hos. Abah kata tak perlu pergi sebab aku tak sakit

Semuanya lancar. Aku hidup dengan dunia aku, kerja. Menguruskan anak semua. Alhamdulillah sampai sekarang aku tak sakit lagi macam sebelum ni. Apa yang pernah berlaku sebelum ni pun dah tak berlaku lagi selepas kami membuat keputusan bercerai. Semuanya dah tenang. Semua dah lancar. Aku dan suami menunggu tarikh perbicaraan. Dalam process penceraian..

Dua hari sebelum perbicaaran penceraian, aku balik ke rumahku selepas habis kerja. Aku nak kemas sebab dah nak akhir bulan. Aku dah dapat penyewa. Aku nak bagi sewa bilik. Dapatlah aku kurangkan kos sewa rumah untuk bulan seterusnya.

Jadi aku tido di rumah aku bersama anak anak sambil mengemas. Keesokkan harinya, suamiku datang sehari sebelum penceraian kami. Dia nak jumpa anak anak yang dah lama tak jumpa. Anak anak macam tak biasa bila aku tak ada. Bila lama tak jumpa, macam kekok dengan dia.

Menangis memangil2 aku bila aku tak ada. Jadi aku terpaksa ada sama duduk di sebelah atau di tempat anak anak boleh nampak sementara dia bermain dengan anak anak. Dan barang2 kedai yang berat2 dalam rumah tu yang adik lelakiku tolong angkut ke rumahku sebelum tu, kudratku tak kuat.

Aku memang tak boleh angkat langsung. jadi aku minta dia tolong datang rumah kemas dan angkat simpan dalam stor. Abah ibu ke kampung mereka. Lepas selesai kemas semua, kami bawa anak anak naik beca sebab dah lama janji. Lagipun kalau dah bercerai, takkan aku nak duduk sebelah dia lagi dalam beca tu

Tengah makan malam dengan anak anak di kedai, abah msg kata aku main2kan hukum agama. Aku tak tahu hukum agama apa. Tapi kakak ada bagi tahu, yang kalau husband dah lafaz, tak boleh la duduk sekali kat rumah. Masalahnya bila pulak husband lafaz cerai? Kami baru nak selesaikan semua esok.

Kami seboleh2 nak selesaikan penceraian secara baik bukan secara talak luar mahkamah sebab tak nak panjangkan tempoh masa process. Aku dapat tahu abah marah sebab ada yang bagi tahu kata husbandku duduk sekali ngan aku sejak mereka balik kampung beberapa hari. Siapalah yang cakap macam tu. Sedangkan husband baru sehari datang?

Abah sekali lagi menghalau aku dari rumah dan menyuruh aku memulangkan keretanya. Kalini, aku dah penat. Aku dah menerima ujian Allah bagi. Aku dah anggap aku bukan lagi anak anak mereka. Anak anak mereka baik baik. Anak2 mereka tak mainkan hukum agama. Anak mereka semuanya sempurna.

Aku bukan anak mereka. Aku anak yang bermasalah. Aku anak yang jahat. Cukuplah mereka bersama. Keluarga itu dah lengkap tanpa aku. Maafkan anak yang hina ini..

Hari penceraian, aku redha. Aku minta Allah tunjukkan semua. Aku minta Allah tentukan yang terbaik. 3x kami cakap setuju nak bercerai. Entah kenapa Hakim memutuskan untuk tidak membenarkan kami bercerai. Menyuruh kami balik rumah, duduk bersama dan berbincang.

Dan bagi tarikh baru. Jadi kami tak dapat bercerai pada hari yang sepatutnya. Kami juga bertanya pada peguam tentang hukum agama yang keluargaku kami main, sebenarnya kami masih suami isteri. Tidak ada apa apa hukum agama pun yang kami permainkan. Entahlah. Aku dah malas memikirkan benda benda ni. Tunggu sahaja tarikh lain nanti..

Aku tak ada pilihan sekarang. Aku ada satu kereta peninggalan arwah mama di selangor. Tapi aku dah tak nak amik. Aku dah tak nak apa apa harta dari keluargaku sendiri. Aku dah anggap aku anak yatim piatu. Sekarang aku naib grab ke tempat kerja sehari RM40.

Loan keretaku tak lepas sebab baru 3 bulan bekerja. Slip gaji pun baru 2 bulan. Aku kena sabar. Aku kena terus sabar! Allah takkan menguji seseorang di luar kemampuannya kan?

Alhamdulillah Allah cukupkan rezekiku. 3 bulan aku kerja, aku berjaya membantu company capai target selama 3 bulan straight. Jadi komisyenku boleh menampung perbelanjaan kami. Suamiku tak sampai hati meminggalkan aku bersusah payah. .

Dia bertegas menghantar dan mengambilku dr tempat kerja untuk menjimatkan kos. Dia tak kisah aku tak bagi dia tido dalam rumah. Dia tido dalam kereta dan mandi di Petronas sebagainya. Yg penting aku tak perlu amik grab. Dia datang ambil dan hantar aku.

Sekarang dia buat service hantar barang dan business makanan, dan cuba sedaya upaya menyelesaikan hutang along. Aku tak bagi dia duduk rumah tapi entah kenapa, ada je ujian. Aku demam panas. Dia demam panas. Anak anak demam panas. sampai sekarang pun anak anak on off demam jd aku terpaksa mengharap dia kalau aku terpaksa kerja…

Harini aku dan suamiku berjumpa DR untuk membuat test mental. Aku masih tak puas hati tentang apa yang berlaku kat kedai. Betul ke aku sakit?

Resultnya. Aku 100 sihat. Apa yang aku alami bukan halusinasi. Tapi suamiku pulak sebaliknya. Dia kena refer ke bahagian psykitri. Major depression. Anxiety and ada amnesia. Jadi dia tak ingat apa dia buat. Ya Allah, apa aku harus buat sekarang ni?

Demi Allah. Aku sudah hilang sayang. Aku cuma berbaik baik dengan dia kerana Allah. Aku berbuat baik sesama islam.. Aku buat baik sebab dia pernah baik dengan aku selama perkenalan kami ni. Dia tak pernah pukul aku dan anak anak. Dia masih layan aku lemah lembut walaupun aku marah.

Setiap kali aku marah, aku memang mengamuk, tapi kemudian, Allah jentik hati aku. Aku menangis. Kenapa Allah bagi aku hati macamni? Kenapa Allah tak bagi aku hati macam org lain. Boleh membenci, marah berlama lama dan berdendam?

‘aku tak baik.tak ada apa yang boleh tarik aku ke syurga. kalau Rasulullah boleh bersabar, aku pun kena sabar. cubalah berakhlak seperti Rasulullah’

Itu sahaja yang menguatkan aku sekarang ni. Skrg aku cuma nak beli kereta supaya tak lagi bergantung pada suami. Aku juga dalam process penceraian. Doakan urusan aku dipermudah..

– Aku yang ‘Terpilih’ –

– SARAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *