Assalamualaikum wbt. Aku ada terbaca 1 confession tentang masa lalu suami yang selalu jadi ungkitan isteri, (https://iiumc.com/isteri-aku-tak-pernah-maafkan-masa-lalu-aku/).
Aku juga nak ceritakan kisah aku sendiri.
Aku dibesarkan dengan penuh didikan agama oleh mak ayahku. Dari solat, aurat dan mengaji semuanya dijaga.
Menjadi rutin dari kecil sehinggalah aku berkahwin, ayah aku akan selalu semak perkara ini.
Aurat dan kehormatanku dijaga, dengan niat pertamanya kerana Allah, keduanya hanya untuk yang layak dan istimewa, iaitu imamku.
Ditakdirkan aku berkahwin dengan seorang lelaki, bukan ustaz, orang biasa sahaja kerana aku pun bukannya ustazah.
Sebelum berkahwin banyak yang aku selidik, latar belakangnya, pengajiannya, pekerjaanya, bahkan agamanya juga.
Kadang timbul persoalan bagaimana kalau dia berpura2 hanya sebab ingin bernikah. Aku serah semuanya pada Allah.
Tapi sebaik masuk tahun ke 2 perkahwinan, kami diuji dengan pengakuan seorang wanita, yang katanya rapat dengan suami, pernah bercinta sewaktu belajar, bahkan sehingga pernah terlanjur beberapa kali.
Percintaan mereka sehingga ke alam pekerjaan. Tapi ditinggalkan suamiku setelah diketahui mengandung.
Pada mulanya aku tidak percaya kerana anggap dia ingin meruntuhkan rumahtangga ku.
Tapi hatiku berasa cukup gelisah lalu kerana dikatakan dia ditinggalkan terkontang kanting oleh suamiku, menghilangkan diri dan tdk mahu bertanggungjawab. Dan suamiku juga bahkan tidak mengaku mengenali dia.
Tak tahan diganggu, aku memutuskan untuk dia membuat DNA test dengan suamiku bersama anaknya yang berumur 4 tahun.
Keputusannya? POSITIVE, MATCH! Suamiku mengaku itu masa silamnya.
Aku terdiam untuk beberapa hari. Kerana doaku dari sunti adalah mohon Allah kurniakan aku lelaki yang soleh, yang menjaga dirinya sepertimana aku menjaga diriku.
Tapi kenapa? Kenapa ditakdirkan aku dengan dia? yang ada anak luar nikah. Tak tahan dibelenggu perasaan tidak adil, benci, jijik, kerap kali aku mempersoalkan pada suami. Aku tak boleh hilangkan perasaan benci tu.
Ada yang nasihat itu masa silamnya, dia sudah berubah bukan. Ya, aku juga cuba teteramkan hati.
Tapi kerap kali muncul di fikiranku, bahawa dia sudah menggadaikan maruahnya pada wanita lain sebelumku.
Tetapi aku menjaga diriku untuk imamku. Tidak adik disitu. Bahkan untuk bersama saja perasaan jijik itu aku tidak boleh buang.
Hampir 1 tahun aku dan suami kerap bergaduh tentang isu ini. Dan kami membuat keputusan untuk membawa haluan masing2.
Ya, aku tidak dapat terima masa silamnya, bahkan aku tak dapat terima diriku diserahkan pada lelaki yang dah gadai maruahnya! Itu sahaja jawapanku!
– AA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tahniah sis… berundur lah daripada memendam rasa sakit hati yang takkan reda.
Rasa ditipu dan dikhianati kan?
Dah la mulanya dia tak mengaku pasal tu..itu pun dah red flag sangat. Bila buat test DNA sepadan pula.
Kejamnya suami u pada kekasih nya… sebenarnya Allah hadirkan wanita itu untuk mengaku agar awak tahu suami awak tu sejahat jahat syaitan.
Kalau baik kenapa tinggalkan wanita yang dah mengandung?
Lelaki zalim dan sial.
Saya benci lelaki spesis ni. Elok awak tinggalkan sebab karma dia buat wanita itu mungkin akan terjadi kepada anak awak pula sekiranya awak ada anak…sebab karma ni ada sambungan hukumnya.
Eloklah awak putus kan rantaian karma buruk tersebut agar tidak ditimpa malang
Betol! Lelaki spesis mcm ni adalah lelaki kej dan sial!! Pernah jumpa dan berhadapan dengan lelaki mcm ni,cuma naseb nek baik sikit,xsempat berumahtangga dengan lelaki bangsat mcm tu! Ex dia mengaku mengandung,sampai digugurkan,ditinggalkan perempuan tu terkontang kanting. End up bertahun jantaj bangsat ni hidup sendiri,to kebelakangan ni nek dpt tau dia ada kenal sorg perempuan yg menurut pengamatan nek,dia perempuan lembut dan baik. Nek berharap n berdoa jantan bangsat tu kan bahagia lepas da rosakkan perempuan lain! Dan nek kesiankan perempuan tu,takut sama naseb dgn tt. Dan nek tak nampak pon dia mcm berubah ke apa. Camne nek bole tahu? Sbb dia org dekat2 dgn nek je,ada pertalian ngn nek,yg nek tak bole putuskan,sbb tu nek tau..semoga mereput pelir dia sampai mampos!