Aib Yang Terbuka

Tak tahu nak mula macam mana, nak mula dari mana.

Semua orang ada masa lalu masing-masing. Aib masing-masing. Kita semua nak berubah jadi baik, termasuk aku.

Dari sekolah, aku agak skeptikal dengan perempuan-perempuan yang bertudung labuh ni.

Sebab perangai depa tak semegah pakaian depa. Aku ada banyak kenangan buruk dengan orang-orang macam ni.

Maksudnya, pakaian ja Islamik, tapi perangai tak.

Ok, tak apalah. Itu kisah zaman sekolah, malas nak ingat.

Aku anggap semua tu berkait dengan perangai orang, bukan pakaian orang.

But now, present ni… Ya Allah, menggigil tangan nak taip.

Ya, itu rahsia aku… aib aku yang aku simpan. Sedangkan Islam pun ajar untuk simpan aib sendiri.

Tapi, yalah, kalau Allah izinkan, siapa mampu halang.

Aku pernah terlibat dengan gejala LGBT satu ketika dulu. That was my first and last.

Partner aku sorang tu ja la. Aku pernah couple tiga tahun dengan dia. Start dari zaman kolej.

But then, kami rasa semua tu tak betul. Aku pun rasa perasaan sayang aku pada dia sebagai kawan saja.

Tapi cinta, aku rasa pada seorang lelaki. Dia pun sama.

Lagipun, itu zaman-zaman jahiliah… zaman umur remaja, semua benda nak cuba-cuba.

But, kita orang tak pernah cross the limit. Tak pernah buat hubungan fizikal ke apa.

Sekadar cakap bersayang-sayang, berindu-rindu. But kami selalu hug each other. Kadang-kadang jumpa, kiss pipi.

I mean, macam kawan-kawan biasa la kan… cuma yalah, dengan dia macam special sikit.

Jalan ada pegang-pegang tangan. Pergi holiday berdua. Spend time sama-sama. Ambil video, gambar romantik-romantik.

But takat tu saja. Dia pun dah kahwin, anak dua dah.

Tapi masa kami couple dulu, dia kerap suka bagi video gambar kami.

Maksudnya, gambar-gambar kami dia edit buat video bergambar. Letak caption sweet-sweet. “Thank you sayang.” “I love you.” “I miss you sayang.”

Semua video dan gambar kami aku simpan dalam satu folder di handphone aku.

And now, di tempat kerja ni, aku ada seorang kawan. Dia sangat Islamik.

Tudung labuh. Dia sekolah agama. Family dia semua memang background Islamik. Dia pun sangat mahir bahasa Arab.

As I said, semua orang nak berubah jadi baik. Sebelum ni, aku tak berapa rapat sangat dengan dia.

Memang aku jenis susah rapat dengan orang. Sekadar kawan-kawan macam tu saja la.

Sampailah kami kena handle satu task sama-sama. Masa tu aku dengan dia kena pergi Kelantan dua minggu.

So dekat situ la kami mula rapat. Aku ni terus terang cakap, masih free hair. Aku solat ikut mood saja.

Aku akui, aku datang dari broken family yang jauh dari agama.

Tapi dengan dia, aku macam nak ikut dia solat. Dia memang jenis mengaji, solat sunat banyak-banyak.

Aku macam dok berangan nak jadi macam dia. Sebab aku memang ada niat nak jadi hamba yang baik.

Actually, aku macam nak belajar agama dari dia. And dia pun macam willing la nak ajar aku.

Dia sangat baik. Aku pun selesa dengan dia. Banyak benda hal agama aku akan tanya dia.

So termatilah sekejap judgment aku pada orang-orang Islamik.

Aku anggap pengalaman buruk aku masa sekolah tu satu zaman tak matang.

Aku pendekkan cerita. Kami dah close. Aku susah rapat dengan orang, tapi kalau dah rapat, aku setia sampai mati.

Dia banyak jugak ajak aku pergi kuliah semua. Even aku belajar pakai tudung dari dia.

Aku belajar solat. Semua benda la… dah macam bestie la.

So satu hari, dia nak tengok handphone aku. Dia nak tengok gambar kami ambil masa buat projek tu. Nak buat report, dia kata.

Aku pun bagi saja la. Sebab gambar tu banyak. Malas nak transfer-transfer.

Aku suruh dia tengok sendiri la mana dia nak and forward saja kat dia.

Actually, aku tak sangka dia nak skodeng semua benda.

Aku kan setiap benda buat folder. Lepas tu aku sibuk buat kerja la. Aku tak fokus kat dia dah.

Rupanya dia tengok semua gambar aku. Dengan family, apa semua.

Sampai tiba-tiba dia sebut nama folder aku dengan bekas partner aku tu. Aku macam terkejut la.

Aku kata, “Apa?”

Terus dia tanya, “Awak ni lesbian ke?” Seriously, aku terkejut gila. Terkaku sekejap.

Tindakan spontan aku, aku rampas fon aku. Aku tengok dia tengah tengok video anniversary kami dulu.

Bekas partner aku buat ayat jiwang-jiwang. Letak gambar kami berdua. So obviously nampak macam couple. Sebab ada caption “Happy Anniversary.”

Aku terus cakap, “Kenapa awak ceroboh privacy orang?”

Dia sampai sekarang sorry pun tak cakap tau… sebab bagi dia, dia bagus. Tak ada buat dosa. Tak macam aku ni.

Aku sedar la aku banyak dosa. Dia tu lain… pergi mana pun kena ada mahram. Tak berkawan dengan lelaki. Jaga batas la, aurat la, maruah la… bla bla bla.

Ya, ya, aku tahu kau bagus. But perbuatan ni tak salah ke?

Dia just cakap, “Saya tertanya-tanya folder ni ada apa… macam unik saja nama… terbuka tanpa sengaja. But tak sangka you ni lesbian.”

Aku macam bengang gila. Aku terus blah. Malam tu masa solat, aku menangis gila-gila. Aku tak tahu apa perasaan aku. Allah saja tahu apa aku rasa.

Aku tak berani nak cakap dekat bekas partner aku. Tak berani nak kongsi. Sebab tu kan aib dia jugak.

Even kami bersahabat sampai sekarang. Cuma dia ada anak istimewa. So aku tak nak serabutkan otak dia dengan benda macam ni.

Cumanya aku memang rasa sangat malu dengan kawan ofis aku tu.

Sebab kita pernah buat salah kan. Bila orang tahu kita macam mana, tak reti la nak cakap macam mana perasaan tu.

Dah la kena jumpa setiap hari di pejabat. Mula-mula aku buat macam biasa saja.

Kami tak bercakap… tapi boleh nampak pandangan dia pada aku pun macam lain. Mungkin dia jijik.

Mula-mula aku abaikan saja. Cuma aku mula perasan, kadang-kadang dia macam cakap dengan staf lain, staf lain pandang-pandang aku.

Aku cuba ignore perasaan aku yang dia mungkin ada bagitahu orang lain.

Tapi hati aku rasa dia ada bagitahu staf lain. Tapi aku tak ada bukti.

And masa aku buat confession ni, aku dekat mesin fotostat. Then satu staf lelaki berdiri kat sebelah.

Tengah tunggu turn nak fotostat. Mula-mula kami sembang macam biasa. Tiba-tiba staf tu cakap macam ni, “Panjangnya jari awak ni.”

Aku macam, “What?”

Dia macam tersengih-sengih… aku tanya, “Kenapa?”

Dia kata, “Tak ada la… baru perasan jari you macam panjang.”

Tau tak aku rasa macam mana? Weh, aku tak bodoh la. Aku rasa benda tu double meaning.

And kenapa baru sekarang you nak cakap? Means perempuan tu pasti sebarkan hal tu kan?

Sebab tu la aku benci gila perempuan alim acah-acah suci ni… seolah-olah dia confirm ahli syurga.

Aku tak pernah ada masalah macam ni dengan perempuan yang ordinary. Even perempuan masuk kelab lagi bagus.

Buat dosa sendiri saja. Tak pernah jaja aib orang.

Weh, tolong la… aku stress gila. Depan orang aku buat-buat cool saja. Tapi dalam hati, Allah saja tahu.

Aku ada rasa nak serang perempuan tu. Tapi aku cuba jaga profesionalisme aku. Lagipun aku tak ada bukti.

Lain la ada orang mai cakap dekat aku yang perempuan tu ada cakap pasal tu. Memang aku akan ganyang cukup-cukup.

Tapi entahlah. Aku cuba positif. Anggap Allah tengah uji aku. Aku harapkan kata-kata positif dari korang jugak.

Thank you.

– ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Lain kali ingat:Jgn simpan apa jua video atau data berkaitan perkara mencurigakan
    Buatnya kalau tetiba ko sakit masuk wad atau mati..famili ko pecahkan password fon ko dan tgk semua gambar2 tu cmne?Lg aib kan mesti hati dorg hancur

    Untung kwn sekerja yg tgk.Dia mgkn terkejut dan tak sgka.Ya tiap manusia ada sisi gelap.Tipu kalau takde.

    Kita mmg dikelilingi org judgmental.Lg org yg bertudong labuh mmg kebanyakan rasa diri mrk jauh lbh baik drp org.Dah masuk dlm perangkap iblis iaitu sombong dgn amalan.Kalau bertudong labuh yg tak judgmental tu ada tp jarang.Yg ini kategori org yg menyerah diri pd Allah ,takkan gali salah org hanya takut akan dosa sendiri aje.

    Skrg ni ko psiko blk kwn tudong labuh tu..cuba ckp..”ko pun pasti ada sisi gelap dlm hdp ko..cuma aib ko belum dijumpai tp pasti akan terbongkar juga”

    Dan lg 1 nak pesan tlg jgn ada rasa rendah diri,diri hina bila berdekatan dgn spesis tdg labuh ke..pembaca quran ke..kita semua ni sama..Tuhan tgk hati ya bkn luaran.

    Pendosa yg bertaubat lbh mulia drp ahli ibadah yg sombong dgn amalnya

  2. Macamana pon awk harus mngakui ‘kesilapan’ awk yg lalu dan bertaubat.. cuma klaw bole, awk cuba la ‘slow talk’ dgn kwn baru yg bertudung labuh tu : jelaskan kpd dia (spatutnya awk dah jelaskn mse mula2 dia tnya psal ‘lesbian’ tu..) apa n bagaimna sbenarnya keadaan yg awk lalui., katakan kpd nya, jgn buruk sangka, sbb apa yg dia sangka tu x berlaku pon, sebaliknya perbuatan yg dia buat (mencerobohi hak privasi awk) itu pon satu ‘dosa’, dan perlu minta maaf dari awak.., tambah la lg, klaw dia ‘mngumpat’ awk di blkng dgn kwn2 ofis yg lain, seolah memfitnah awk, tanpa usul periksa.., klau dia ada ilmu (dan bukan stakat beramal baik shj), dia xkan buat perkara2 yg sebegitu.., setiap org ada ‘aib’nya sendiri, org nmpak kita baik pon, sbb Allah ttup aib kita, d Akhirat nt, semua org akn tahu aib kita.. anggap lah ini satu ‘dugaan’ kpd awk, mngkin Allah nk naikkn ‘darjat’ awk di sisi-Nya.. klaw x perlu, jgn rapat sgt dgn org2 di pejabat.., bincang hal kerja xpe lah, sbb bila dah bergaduh atau berselisih faham, perkara buruk (yg x betul pon) akn diungkit kpd org lain.. di samping tu, tingkatkan ibadah & berdoa agar Allah tidak bukakan aib kita, sama ada di dunia, apatah lg d Akhirat kelak.. wallahu a’lam

  3. Abaikan aje lah dia dik. Teruskan jadi orang baik. Teruskan buat perubahan ke arah lebih baik.

    Dgn kawan2 tu.. Diam lebih baik. Minta dgn Allah je supaya tunjukkan hidayah buat adik dan kwn office adik tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *