Aidilfitri: Satu Perlumbaan

Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin sekiranya confession aku ni disiarkan.

Dah raya kan guys. Aku tahu, Aidilfitri tahun ni memang sendu. Sungguh-sungguh sendu. Tapi, aku lebih happy sambut Aidilfitri macam ni.

Berkenaan sambutan Aidilfitri, apa yang dah sebati dalam otak aku adalah ia hari yang memenatkan jiwa aku. Lebih melampau lagi, boleh dikatakan aku tak suka hari raya.

Jangan kecam aku dulu guys. Ada sebabnya kenapa aku berfikiran macam ni. Aidilfitri bagi aku adalah :

1) Perlumbaan Bergaya/ Melawa

Sedikit tentang diri aku – lahir dalam keluarga yang sederhana. Mama aku meninggal masa aku umur 5 tahun. And ayah aku tak pernah lagi berkahwin lepas tu sampai ayah aku pula meninggal 15 tahun kemudiannya.

Bayangkan hidup anak perempuan macam aku tanpa seorang Mak dari kecil. Tak ada siapa uruskan makan pakai aku betul-betul.

Aku tak salahkan ayah aku. Dia lelaki. Bekerja pula tu. Aku tak kurang kasih sayang dari dia. Alhamdulillah. Baju raya aku selalunya, ayah aku pegi beli sendiri – aku tinggal redha dan pakai saja raya nanti.

Aku tak pernah merungut. Aku tahu, ayah dah pilih yang terbaik. Bapak mana dalam dunia ni taknak anak dia cantik2 di hari raya.

Tapi biasalah, orang lelaki dan berumur yang pilih. Selalunya baju aku murah-murah saja. tak ada mimpi nak ada blink2 bagai. Sehabis simple dan murah. Aku pula berbadan besar.

Kadang ayah aku belikan baju yang memang tak sesuai untuk orang yang besar macam aku. Iyalah. Apa la yang ayah aku tahu pasal fesyen2 ni.

Kalau kasut pun, selalunya aku akan dapat sandal ala2 budak laki . Haha bayangkan jap pakai baju kurung dengan sandal boboy. Tapi, sumpah aku okay. Sekurang-kurangnya aku dapat merasa baju & kasut baru.

Tapi aku akan jadi tak okay bila ayah bawak kitorang balik kampung. Adik beradik ayah boleh dikatakan semua senang2, pandai bergaya. Ayah aku paling susah. Yelah, kerja biasa. Anak2 ramai & kecik2 lagi.

Masuk aje pintu rumah Atok, wahh macam fesyen show. Sepupu2 aku semuanya bergaya tak nak kalah. Siap bermake-up.

Aku? Sapu bedak baby pun dah habis lawa dah aku rasa. Dioranglah cucu2 kesayangan Atok. Aku? Memang tak masuk list la. Dan masa berkumpul macamni lah, aku akan dijadikan bahan lawak makcik2 aku.

“Baju ape ko belikan untuk budak ni, Man.” – makcik 1.

“Ko beli corak macam orang tua la, Man.” – makcik 2.

“Dah budak ni gemuk, ko jangan la belikan baju yang corak beso. Lagi tembun nampak dia.” – makcik 3.

Bayangkan. Kata-kata macamni saban tahun aku dengar. Aku bukan budak kecik dah. Aku dah reti fikir, dah reti kecik hati. Ayah aku? Senyum kelat saja dengar.

Aku kesian betul. Aku bukan jenis tunjuk sedih bila makcik2 aku cakap macamtu. Aku jadi marah. Kadang-kadang aku tak salam pun diorang. Lantak la. Habis gengster dah aku rasa masa tu. Haha.

Nak saja aku cakap dekat depan muka sekor2. Ayah aku, memang susah. Tapi kami tak pernah kebulur, tak kurang kasih sayang. Ayah lebih pentingkan isi perut daripada nak melaram sakan.

Benda macam ni buat aku tak suka hari raya. Bagi korang mungkin biasa tapi bagi aku yang hadap saban tahun ni, sakit jiwa aku.

Aku jadi rendah diri, tak ada keyakinan. Aku tahu aku selekeh. Tapi family aku tak ada pernah pun mintak2 duit korang kan.

Kalau diorang cerdik dan ada hati perut, diorang sepatutnya faham yang aku tak ada figure Mak untuk uruskan aku. Aku satu-satunya perempuan dalam family.

Tapi yang diorang tau, perlekehkan aku. Sampaikan aku rasa tertekan bila menjelang hari raya setiap tahun.

Alah, bukan aku tak tahu. Diorang ni tak ada la mewah mana tapi memasing jenis ‘biar papa asal bergaya’. Diorang anak beranak melaram lawa2, dengan contact lense macam2 warna tu, korang ingat jenis masuk dapur ke?

Dapur rumah Atok aku tu dah la semacam saja tempat membasuh pinggannye. Basah, licin, berbau. Korang rasa, datin2 dan anak2 dia nak ke masuk?

Haaa ni anak Man yang selekeh ni la jadi kuli tiap tahun. Aku buat sebab ayah aku dah pesan. Kalau tak, jejak kaki pun aku tak nak. But still, aku jadi least favourite cucu. Aku tak kisah.. bwerkkkk.

2) Kuli Abadi

Rumah ayah aku akan jadi tumpuan selepas rumah atok aku. Ayah aku akan masak untuk jamu sedara2 kitorang yang level2 dato’ datin tadi tu.

See? Ayah tak kaya. Tapi dia berbesar hati nak jamu adik beradik dia. Rumah sewa kami yang kecik & ada 2 bilik saja tu mesti penuh.

Dah dapat makan sedap ayah aku masak, dibawang2kan pula keadaan rumah aku. Panas lah, sempit lah, TV tak clear lah. Ehhh cincau betul sorang2.

Macam biasa, ayah senyum kelat. Aku rasa macam nak peluk ayah time tu. Nak saja bagi setepek.

Korang kaya2, rumah besar lawa2, ada jemput orang datang ke? Nak buat makan-makan setahun sekali pun berkira. Ada hati nak komplen2 ayah aku.

Ayah aku jamu korang beria tau. Selalunya aku memang tak sempat enjoy bila hari raya. Bila diorang datang, aku lah kuli abadi tu. Tercongoklah aku dekat depan sinki. Basuh pinggan cawan yang diorang guna.

Masa tu penggunaan pinggan pakai buang belum komersial ya tuan2. Masa tu, aku selalu marah ayah aku. Buat apa beria nak raikan orang. Penat tau tak.

Ayah aku tenang saja jawab. Ayah suka jamu orang makan. Pahala bagi orang makan ni banyak tau. Lagipun setahun sekali saja kita beria macamni.

Lepastu ayah akan cakap terima kasih sebab tolong dia. Esoknya dapatlah upah makan chickenchop dekat Mama Chop Papa Grill.

Hahaha kedai ni saja dulu yang ada menu western waktu tu. Abang2 aku memang lesap kalau hari raya. Diorang memang tahap tak boleh semuka dengan sedara2 aku yang diva2 belaka tu.

Daripada terkurang ajar, baik diorang blah. Tapi tu lah. Bijak betul diorang. Aku pula jadi mangsa hadap sorang2. Hahaha.

Ni lah antara sebab kenapa aku tak suka hari raya masa aku tengah membesar dulu. Benda ni terbawak2 sampai aku dah tua ni. Dalam kepala aku macam dah set : Hari raya ni menyusahkan. Kau kena bercantik2, habiskan banyak duit.

Aku punya semak tu, sampaikan lagu2 raya pun aku tak boleh dengar. Kalau orang lain happy dengar lagu raya, aku pula jadi serabut. Lagu tu seolah2 bagi warning dekat aku :

“Dian.. hari sengsara kau dah dekat..” Haha!

Sekarang, ayah dah tak ada. Aku rindu hari raya. Tapi aku nk raya dengan ayah aku saja. Aku rindu masakan ayah. Rindu ayah pujuk aku elok2, rindu ayah suap dari pinggan dia.

Ohh. Makcik2 pakcik2 aku semuanya tunggang langgang. Muflis. Bercerai berai habis di hujung2 usia.

Aku taklah sampai bertepuk tangan dengan apa yang menimpa diorang, tapi sekurang-kurangnya buat aku bersyukur. Allah tak bagi kami kemewahan dunia yang melimpah-limpah tapi kami mewah dengan kasih sayang.

Ayah ajar aku bersederhana. Walaupun aku sekarang dah kerja, dah bergaji 5 angka, aku tak segan berbaju raya berharga bawah seratus. Aku lebih pentingkan keselesaan. Kasut aku sampai sekarang sandal aje. Hahaha!

Korang kalau saudara yang susah, janganlah dilecehkan. Benda ni dibawak sampai tua. Aku hari2 doa supaya Allah hilangkan memori aku dihina kecik2 dulu. Aku tak sanggup nak simpan lama2.

Banyak saja lagi siri hinaan yang aku hadap tapi aku pilih untuk pendam saja. Kalau aku tulis, hari2 aku baca. Makin kuat pula nanti memori tu.

Okaylah. Maaf kalau tulisan aku meleret. Aku bukan pandai sangat menulis. Semoga kita semua bahagia sambut Aidilfitri dengan sederhana tahun ni. Selamat Hari Raya, korang!

– Anak Ayah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *