Ain Yang Baik

Assalamualaikum semua, nama aku Cici (bukan nama sebenar) harini aku nak cerita tentang sahabat baik aku yang telah mengubah sudut pandang aku melihat dunia. Aku namakan dia Ain,

Ain seorang extrovert, suka ketawa, pandai menyanyi, suka tolong orang dan seorang yang mempunyai aura positif. Mak Ain cikgu sains di sekolah menengah.

Ayah, abang dan kakak Ain sudah meninggal dunia dan Ain hanya ada seorang adik perempuan.

Ain ni ada aura dia tersendiri, kalau dia tak datang kelas atau majlis di universiti memang pensyarah atau kawan- kawan akan dapat tahu sebab dia suka buat kelakar dalam kelas dan dalam majlis. Jadi memang terasa lah kalau dia tiada.

Aku pula seorang ambivert, kadang- kadang aku jadi pendiam, aku lebih suka buat kerja sendiri dan tidak suka untuk berkawan sebab aku pernah kena palau dengan kawan-kawan satu kelas semasa di tingkatan 4&5.

Awal perhubungan aku dengan Ain masa minggu kedua aku di Universiti. Disebabkan aku yang paling tua dalam rumah (dorm) jadi aku kena tunggu exco datang untuk nilai kebersihan rumah sebab ada pertandingan rumah terbersih.

Masa tu aku takut tunggu seorang diri di rumah jadi aku pun beranikan diri ketuk pintu rumah depan aku. Lama juga aku ketuk baru Ain buka.

Yang kelakarnya masa Ain buka pintu kami berdua menjerit sebab aku terkejut tengok dia berkemban dan dia terkejut sebab dengar aku menjerit.

Masa itu Ain baru lepas mandi. Mula mula aku ingatkan Ain ni orang Sabah sebab suara Ain ni besar dan lantang ya bila bercakap. Rupanya orang Selangor.

Disebabkan kami berjiran jadi aku selalu lepak bilik Ain dan kebetulan kami satu kos pengajian, jadi kemana- mana memang sentiasa bersama, macam belangkas bak kata orang. Kelas pun kami banyak yang sama.

Rupanya bila kenal dengan Ain aku rasa aku dapat balik jati diri aku yang hilang masa aku kena palau masa sekolah menengah,

Aku dapat kenal potensi diri aku, daripada tidak suka berkawan dan memulakan sesuatu hubungan yang baru aku jadi lebih terbuka dengan orang sekeliling aku.

Aku suka cuba sesuatu yang baru, suka cabar diri sendiri, dan aku lebih menghargai sesuatu perhubungan.

Ain ajar aku drive kereta sampai aku pandai, dia bawa aku jalan- jalan KL, Putrajaya, Selangor, Kedah, Perak, Cameron Highland, Genting Highland, dan banyak lagi tempat yang aku tidak pernah pergi.

Disebabkan aku kurang berkawan jadi aku jarang keluar berjalan.

Aku jadi suka duduk rumah habiskan masa dengan keluarga.

Kalau aku dengan Ain tiada duit, ataupun ada waktu lapang kami akan mandi sungai sebab tempat belajar kami banyak sungai. Ain ajar aku berenang, memang best gila dapat belajar berenang.

Pernah juga kami ponteng kelas sebab seronok mandi sungai. Bila dengan Ain aku rasa dihargai sebab ada moment dimana Ain ajak pergi berjalan tapi aku berikan alasan mengantuk dan ingin tidur.

Korang nak tahu, Ain dengan kawan-kawan aku yang lain makeup kan aku masa aku tidur dan pinjamkan aku baju cantik-cantik.

Ain suruh aku ikut juga sebab tak best kalau aku tiada katanya. Rasa macam orang penting pula aku rasa.

Masa sem satu, aku punya result exam kena tahan sebab aku tak habis bayar yuran, rupanya dalam diam Ain bagitahu Umi (mak Ain) dan Umi tolong bayarkan baki tunggakan yuran pengajian aku.

Sem dua, aku dapat duit lebih sikit dan aku terus bayar balik dekat Ain duit mak dia yang aku pinjam.

Ain sekarang dah kahwin dan tengah sambung degree untuk jadi cikgu. Aku doakan agar Ain dapat capai apa yang dia inginkan dan sihat selalu.

Kepada Ain terima kasih sebab sentiasa ada untuk aku, terima baik buruk dan sentiasa support aku. Terima kasih sebab pernah jadi kawan aku.

– Cici (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *