Air dan Kelantan

Air adalah keperluan asas, noktah. Bagaimana kita perlukan oksigen, makanan begitu juga kita perlukan air.

Pengalaman saya bekerja di Kelantan beberapa tahun, baiknya makanan cukup murah walaupun tidak semua makanan saya boleh telan kerana manisnya.

Mall ada, bowling ada (functional cuma 1 tempat sahaja) dan hotel not bad untuk weekend getaway. Orangnya pun manis-manis, baik.

Saya pun berkahwin dengan orang Kelantan, tak sangka tapi saya bertuah!

Tapi ada pengalaman yang mungkin sukar untuk saya berjumpa di tempat lain.

Saya pernah bekerja di daerah di borneo (bukan kawasan bandar tapi bukan juga pedalaman), acap kali juga elektrik terpadam bila hujan lebat tapi hanya seketika. Air tiada masalah.

Di Sabah, Sarawak dan juga pedalaman semenanjung masih ada tempat yang tiada akses elektrik, air atau jalan raya.

Tempat-tempat ini jika jika penjawat awam dihantar, akan diberikan elaun kesusahan mengikut tahap kesusahan.

Ajaibnya di Kelantan, isu ini bukan berlaku di kawasan pedalaman tapi juga di bandar.

Pernah ada ketika hospital besar pun tiada air, mall tiada air, klinik Kesihatan acap kali tak boleh proceed ambil darah kerana air tiada, tak boleh proses.

Klinik bergantung kepada air telaga. Boleh bayang ke pergi hospital, mall bila ke tandas air tiada.

Berubah muka pucat. Nak membuang air kecil atau besar, ambil wuduk kena mencatu air.

Di daerah saya pernah duduk, hanya sebelah Kota Bharu tapi hampir 1 daerah bekalan air paip tidak sampai.

Taman perumahan dibangunkan sana sini tapi air paip tiada.

4 bulan terakhir saya tinggal di Kelantan, air di rumah sewa saya warna teh tarik.

Air boring tak dapat tuan rumah guna air tadahan bukit, walaupun dah ada penapis, maybe it’s too much untuk penapis.

Mandi tutup mata. Baju, pinggan mangkuk tak boleh dibasuh di rumah. Toilet sangat kotor sebab air kotor, basuh pun kotor sebab air cuci tandas pun kotor berkeledak.

What did I do then? Pindah ke negeri sebelah. Sanggup berulang alik jauh ke tempat kerja.

Sebab apa? Sebab air. And I don’t see Kelantan as a good place for me or my future kids to stay for a long time.

Andai saya terpaksa duduk Kelantan mungkin boleh untuk short period of time, untuk menuntut ilmu ke, untuk menyantuni keluarga mertua atau bercuti tapi untuk settle down tidaklah.

Nak pening kepala untuk fikir boring, tangki air, penapis air etc bila beli/buat rumah, it’s too much for me.

Jiran sebelah saya yang lama pun mahu jual rumah walaupun hakikatnya dia orang Kelantan. Mahu pindah ke daerah lain yang air lebih terjamin.

Peliknya Kuala Krai dan Gua Musang yang jauh dari bandar, bekalan air lebih terjamin, mungkin sebab sungai banyak? Saya pun tak pasti.

Saya terbaca beberapa post dari orang Kelantan yang isu air bukanlah isu besar, boleh boring bla bla.

Hahaha, good for you. Mungkin anda dah biasa atau kawasan anda bertuah, tak ada masalah, tapi tahukah kalian yang ramai sedang merana.

Jangan jadi selfish! Saya pernah kata “jika aku kaya, aku akan beli AKSB dan settlekan masalah air Kelantan”.

Tapi disebabkan saya bukan billionaire, millionaire pun tidak, hanya makan gaji, memilih untuk tinggal dan berkhidmat di negeri bukan Kelantan adalah solusi lebih mudah dan boleh dicapai oleh saya.

Saya tidak mahu sentuh isu sebab apa isu masalah air ni berlaku (tak larat kepala saya nak fikir dan study, hehe), tapi yang pasti kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan kena bekerjasama untuk selesaikan masalah ni.

Kalau tidak isu ni 20-30 tahun akan datang pun tak selesai lagi.

Seorang senior saya yang belajar di Jepun 20 tahun lepas, waktu tu air di Jepun selamat diminum dari pili air, kita sampai hari ni jauh lagi untuk capai kemajuan Jepun, Kelantan lagilah.

Bila ke Jepun saya rasa selamat, rasa mereka lebih Islamik dari kita yang Muslim. Bersih dan suci seakan lebih sinonim dengan mereka dari kita. Selamat punya.

Jika saya ada duit, saya nak ke sana setiap tahun. Terlampau cantik, bersih dan banyak ibrah boleh dapat dari sana. Ni tak, air untuk membersihkan diri dan untuk minum pun tiada.

Nak beli air di kedai setiap hari hanya untuk mandi terlampau mahal, last2 tutup mata je masa mandi.

Moga isu air Kelantan akan selesai satu hari nanti. Tapi untuk capai benda ni, tindakan dan perancangan kena bermula secepat mungkin.

Saya percaya kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan kena saling bekerjasama.

Ya, kita memilih Islam tapi tak bermakna menolak air. Jangan menggunakan nama Islam untuk menyediakan perkhidmatan ala kadar or below par.

A Muslim should strive for highest quality possible. Dan Kelantan ni bukan dalam Malaysia ke? Saya yakin kerajaan yang baik akan menjaga kebajikan rakyat mereka.

Nak pilih siapa menjadi kerajaan negeri, biarlah rakyat Kelantan yang memilih. Yang pasti jika ada masalah air, ramai yang akan lari, rakyat pun lari apatah lagi pelabur.

– Buke anok kelate (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *