Air Diminum Terasa Duri, Nasi Ditelan Terasa Sekam

Hi warga IIUM Confession. Mohon jasa baik untuk tidak menggunakan perkataan yang tak elok. Menulis luahan disini untuk dapatkan pendapat dan bantuan. Luahan ini akan jadi panjang jadi perlukan sedikit masa nak habiskan.

Patah, 25 dan masih bujang. Sepanjang hidup tak pernah rasa dicintai dengan ikhlas tapi untuk sekian kalinya aku jumpa orang yang boleh terima aku. Awal perkenalan macam couple lain, semuanya indah.

Sejujurnya, dia yang mulakan perhubungan ni. Dan dia sangat komited wkatu tu. Sampai satu masa aku terbuai dengan apa yang dia janjikan. Aku hanyut dalam hubungan ni.

Nak dijadikan cerita, partner aku sangat sensitive isu curang. Jadi dia tidak suka bila aku bergaul dengan lelaki. Banyak benda jadi yang buat dia triggered dan aku mengaku itu salah aku.

Macam haritu dia jumpa aku simpan contact kawan lelaki waktu sekolah, waktu belajar dan tempat kerja lama etc. Dia baca chat chat lama aku dengan lelaki lelaki lain sebelum aku dengan dia. Ada juga situasi yang bukan salah aku tapi aku dipersalahkan.

Salah satu contoh, saudara lelaki aku mahu tumpang kereta and dia marah sebab katanya kenapa tak bahagikan perempuan satu kereta dan lelaki satu kereta yang berasingan.

Dia kata hidup aku terlalu selesa dengan lelaki. Terlalu social dan friendly dengan lelaki jadi benda ni agak berat untuk dia terima.

Dari segi keluarga pula, keluarga dia ada ilmu agama yang tinggi berbanding keluarga aku. Dia kurang setuju dengan mindset keluarga aku.

Musim raya haritu macam biasa la keluarga berkumpul dan pulang ke kampung. Rumah nenek aku kekurangan bilik jadi sejak kecil dah terbiasa tidur di ruang tamu. Tapi bila dah besar ni tidur sekali dengan tudung sebab aku masih tahu untuk menjaga aurat.

Dia marah sebab keluarga dia tak macam tu. Dia suruh aku sewa homestay tapi aku pernah cakap dengan mak aku since itu kampung dia and mak aku kata “Lebih baik duit tu buat belanja”.

Untuk pengetahuan, dari kecil banyak pendapat aku yang bercanggah dengan ibu ayah aku.

Kemuncak dia waktu raya haritu. Isu tidur di kampung halaman bangkit balik. Sejak dari malam raya sampai la seminggu raya, ada saja benda tak kena.

Setiap hari aku menangis sebab memang akan bergaduh. Bila aku balik dan bincang dengan dia, dia kata tak mampu nak teruskan sebab dua benda tu sangat mengganggu fikiran dia.

Akhirnya, semalam kami berdua buat keputusan untuk berpisah tapi masih boleh berkawan. Dia kata dia masih sayang aku dan aku memang masih sayang dia.

Aku berat nak lepaskan tapi aku dah tak boleh paksa dia. Cara dia layan aku berbeza dari sebelum ni. Kalau aku paksa, aku yang sakit memendam rasa.

Tapi bila fikirkan satu benda yang dia dah ambil dari aku, aku jadi berat untuk terima semua ni. Aku mengharapkan kami boleh teruskan hubungan ni sampai ke next step.

Dia ada cakap, andai kata jodoh kita di masa depan, dia terima. Tapi buat masa sekarang dia memang tak boleh nak terima aku lagi walaupun masih sayang.

Boleh tak bagi pendapat macam mana nak kawal emosi? Aku tahu bertaubat dan kembali ke jalan yang benar adalah satu jalan penyelesaian. Tapi macam mana aku nak hidup kalau benda yang sangat penting dekat diri aku dah takde sekarang ni.

Aku terfikir andai kata jodoh aku bukan dengan dia, akan ada ke orang yang nak terima aku? Ada ke orang yang tak mempersoalkan kehidupan aku yang sebelum ni?

Aku takde siapa nak luah jadi sebab itu aku mampu luahkan dekat sini je. Dan sebab itu juga aku minta komen yang membina bukan buat aku rasa makin kena torture dengan keadaan mental sekarang.

Peribahasa dalam tajuk tu menunjukkan kehidupan aku sekarang. Setiap malam menangis, badan pun penat, tiada tenaga sebab makan sehari hanya sekali itu pun mampu telan sikit je.

Terima kasih..

– Patah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. Pelik la dik…kata keluarganya ada ilmu agama yang tinggi tapi anaknya senang2 ambik kesempatan – penunggang agama belaka ni!

    Pesan acik, kalau benar si dia berniat yang baik, pastinya dah lama selamatkan adik dgn pernikahan dan tunjuk contoh teladan yang baik2 macam mana nak elakkan pergaulan bebas dengan lelaki!

    Nasihat acik, bertaubat lah dan jangan berharap lagi -Allah dah selamatkan adik daripada kehidupan bersama seorang lelaki yang tak hormat darjat seorang wanita! Seumur hidup itu
    terlalu lama dengan orang yang menunggang agama ikut sedap tekak dia je …

    Chin-up, teruskan kehidupan adik dengan kejar pengakhiran kita yang lebih baik insya-Allah! Slowly and steadily…benda ni ambil masa -heal yourself and biarlah masa depan apapun yang datang untuk hadapi dengan tenang… tak perlu cerita kepada ibu-ayah sebab lagi menyakitkan; cuma pesan acik -jauhkan diri daripada syaitan bertopeng manusia tak guna tu!

  2. hotak dia la..alasan smua tue…dia kalau baik,tau agama dia x kn amik yg berharga kt ko!

  3. Ewah2, dah ambil something berharga dari awak boleh dia kata tak boleh teruskan perhubungan ni walau masih syg. Lelaki mcm ni ke kategori alim? Tak faham aku.

  4. Alim taik kucing!!
    Berzina tak dosa pula tp KO tidur ruang tamu rumah nenek mcm MCM fatwa keluar.
    Dah la cemburu buta kuat kongkong.

    Dah banyak red flag … Dasar penunggang ugama.Dpt kat aku ..aku libas dah.
    Jgn lah layan mainan perasaan tu..Tuhan dah jauhkan tu ada sebab agar KO tak sengsara kahwin dengan lelaki MCM ni…

  5. Allergik tul haku dengan spesis ‘holier than thou’ dan penunggang agama ni. Dia saja betul orang lain salah sesalahnya. Kira bagus juga adik masih tidur pakai tudung di ruang tamu kg, tapi si mamat tu still nak marah2 siap nak jadikan tu sebagai deal breaker. Apa dia ingat semua orang mampu ke nak sewa homestay. Atau kalau homestay sumer dah penuh, camne? Bagi saya duduk di kg ni ibarat ujian macam kita ditimpa bencana dan kena duduk ramai2, jadi masa tu tak boleh nak selesa2 sangat tapi pergaulan dan aurat masih perlu dijaga. Time balik kg ni lah masa untuk praktikkan. Contoh kita boleh usaha dengan beli background stand dan kain untuk buat tirai. Kalau yang kaki camping lak bawak je khemah tu (kan viral skjap baru2 ni, bukannya salah pun kan) . Nak gi toilet mandi pakai lah tudung sarung dan baju kaftan so senang nak tanggal pakai balik sebab dia baggy. Mata pula jangan duk melilau tengok aurat2 orang. Laki ppuan sama2 tutup aurat, tundukkan pandangan. Mana lah tau bila saudara2 kita tengok kita buat benda2 tu, dorang belajar something juga dan nak tiru. Secara tak langsung kita dah berdakwah melalui perbuatan.

    Jangan berharap lagi dah kat mamat tu dik. Banyak2 dekatkan diri pada Allah, kenali Allah. Banyakkan doa untuk Allah datangkan orang2 yang betul2 baik kepada adik yang betul2 ikhlas berdakwah kerana Allah. Allah sayang adik. Minta Allah jaga adik. Andai kata tiada jodoh datang pun nanti, mngkin itulah yang terbaik untuk adik. Adik ada Allah ya

  6. Yang dah lepas biar lah berlalu, bertaubat lah sungguh-sungguh dan buat solat taubat selalu..kita tak boleh ubah masa lalu tapi boleh perbaiki diri untuk dimasa akan datang, tentang masa depan awak dengan orang lain tu, tak perlu risau dan terlalu stress, cukup lah berdoa pada Allah agar dipertemukan dengan jodoh yg baik dan berakhlak, jangan ulang perkara yg sama..tak payah patah balik ada hubungan dengan ex,risau cuma untuk ambil kesempatan semata-mata, jangan terlalu percaya sepenuhnya pada lelaki yg baru dikenali dan terbuai dengan perasaan yg buat awak ditipu lagi, lelaki yang baik takkan ambil kesempatan dan tinggalkan awak mcm tu je..dan awak sebagai perempuan kenali dan selidik betul-betul lelaki yg bagaimana sesuai untuk dijadikan suami..tak payah terburu-buru, doa jangan putus ye..jaga solat..niat yg baik-baik..lain-lain serah lah pada Allah..Allah sebaik-baik perancang..

  7. cam biasa, gunakan agama tuk kepentingan agama, sembang bab agama, tapi pi tibai anak org, bila dah dapat, tk mau tanggungjawab, jadi guna alasan famili tk jaga batas, dia sendiri yg tk jaga batas, memang haprak punya kaki

  8. Just ‘move on’, x guna ada bf or hubby yg perangai mcm ni, dia pon curang, pastu konon2 ‘acah alim’ x bgi ko bergaul langsung, alih2 tiber nk pisah.., elokla pisah, ntah klaw jd kawen dgn dia, sampai ke tua dgn prangai dia tu.. insha Allah, doa2 lah ada org lain yg akn dpt terima ko seadanya, dan dpt beri kbhagiaan hingga ke Syurga.. wallahu a’lam

  9. 1) Lelaki tu mmg bukan lelaki yang baik, saya sarankan awak move on dari dia. Jangan cari dia balik.

    2) Andai kata korang masih berjodohan, andai kata lelaki tu nak berubah, awak kena take control in the relationship. Bukan dia, sebab dia selama ni dah gaslight awak, dah hidup as the controller dengan awak. Itu ini salah pada dia, lepastu gaduh sebab dia rasa dia betul.

    3) Awak baca pasal attachment theory, and cari cara untuk move on based on attachment style awak. Otak awak tahu dia bukan org yang baik untuk awak, tapi hati awak masih tak boleh nak terima perpisahan. Yang awak ada bukan ‘Cinta’ tapi attachment. Kena belajar macam mana nak emotionally detach dari dia.

    4) Bila awak dah dapat control emosi awak, control fikiran awak & control flow relationship awak dgn dia, sama ada awak nak teruskan dgn dia, atau tidak, nanti awak akan tahu jawapannya sendiri.

    Good luck dan semoga membantu!

  10. Kalau Cik Patah tidak keberatan boleh kenalkan saya dengan kenalan awak tu ? Nak bagitahu yang dia mempunyai akhlak paling jijik dan dayus. Siap bagitahu lagi yang keluarga nya yang paling halallan to’yiba.

    Kemuliaan si jahil muncul apabila penunggang agama hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *