Air Mata Seorang Isteri

Assalamualaikum Semua. Terima kasih IIUMC sekiranya sudi menyiarkan confession saya. Saya seorang pembaca tegar page ini. Top Fan sentiasa. Jadi kali ni saya nak bercerita tentang kisah rumah tangga saya. Ini adalah kisah benar tiada unsur penipuan.

Saya seorang yang mempunyai ijazah dan berkahwin di usia yang sangat muda dan belum bekerja. Start bercinta dengan suami dari umur 18 tahun, on off. Seorang yang cantik dan bijak. Zaman muda saya sangatlah indah dan mempunyai ramai rakan-rakan.

Sebelum berkahwin, seperti wanita lain saya menimbang tara calon suami saya dahulu. Saya dah pastikan dia bukan seorang yang panas baran, mempunyai kerjaya yang stabil dan tetap. Keluarga mentua yang penyayang. Kiranya dah habis selidik semua lah. Bakal suami juga sangat baik dan selalu bermesej dengan mak saya.

Jadi kami pun menikah. Saya di bawa ke rumah kakak suami. Tumpang rumah dia. Speechless saya. Dan dia juga seorang duda dan mempunyai hutang lama.

Gaji suami dari 4k lebih tolak hutang dan nafkah anak dengan bekas isteri tinggal la seribu. Suami juga tiada kereta. Kereta MYVI yang guna selama ni rupanya kereta rakan dia. Hahaha. Rasa macam kena hempap batu bata. Seminggu saya menangis mengenangkan hidup yang berubah 100%.

Saya bagitau keluarga saya, mak pinjamkan duit deposit rumah sewa dan saya memang ada kereta kancil sendiri hasil duit PTPTN. Saya mula menjauhkan diri dari rakan-rakan dan keluarga jauh kecuali mak dan ayah sahaja.

Dari situ, saya bangkit mencari kerja. Baca paper, apply online, berpuluh temuduga saya pergi. Saya pergi dari taska-ke taska dan jadi pembantu taska dengan gaji 30 ringgit sehari.

Duit gaji suami habis bayar sewa rumah flat tingkat lima takde lift, RM 350 dan baki die belanja pergi balik kerja. Dengan gaji saya pula, saya kumpul untuk makan dan bayar kancil saya RM 280 sebulan.

Setelah beratus CV di hantar, tetapi nak dapat temuduga pun susah, saya mula pergi open interview. Dan alhamdulillah dapat customer service supermarket. Gaji RM 1,800. Saya dah start bernafas sikit. Bila gaji boleh makan sedap. Barang-barang rumah, kami bayar bulanan beli dari kedai Pakistan dekat rumah.

Bertahun saya survive sehingga sekarang. Lepas umur 30 tahun baru dapat kerja yang bergaji selesa M40.

Suami saya? Sekarang tak bekerja tetap kerana ekonomi yang tak stabil. Dia juga agak berumur untuk mendapatkan pekerjaan lain. Sekarang suami kerja part time gaji hari. Kadang pergi kadang tidak. Sementara saya pula menampung kesemua keperluan keluarga.

Kami planning anak. Saya ada seorang shj anak kerana saya tahu, saya tidak mampu. Tapi saya pastikan anak saya mendapat keperluan asas yang sewajarnya dia dapat. Kasih saying tak berbelah bahagi dari saya dan suami.

Kenapa saya tidak bercerai?

Pertama, kerjaya saya yang sekarang memerlukan saya keluar daerah beberapa hari. Adalah lebih baik anak di bawah jagaan suami sebab saya pasti suami sangat sayangkan anak, dia juga belajar memasak makanan simple untuk dia dan anak semasa saya tiada. Suami juga berubah dengan banyak membantu membuat kerja rumah.

Kedua, saya perempuan, kadang-kadang sy letih mental dan emosi jadi suami lah tempat saya melepaskan marah saya. Saya juga tidak pandai bab elektrikal, plumbing dan kenderaan rosak. Jadi semua di setelkan oleh suami, saya cuma bagi duit sahaja dan cek bil sama ada wujud unsur penipuan ke tak.

Ketiga, ketika perayaan dan balik kampung, saya bahagia beraya bersama suami dan keluarga. Travel berjam-jam perjalanan, sungguh indah sebab hanya tidur di seat sebelah sementara suami berperang dengan jammed.

Kedua keluarga juga tahu kedudukan keluarga kami. Saya bercerita pada keluarga terdekat supaya tiada salah faham. Mereka memahami dan support keputusan saya.

Alhamdulillah. Tujuan confession saya ni, saya nak wanita-wanita di luar sana bangkitlah. Masa mula-mula saya tak bekerja, suami pun pandang saya macam kain buruk. Marah-marah saya dan mula berkira. Pernah di tumbuk di muka bengkak seminggu.

Tapi sekarang dia yang terpaksa cooperate dengan apa yang saya nak, sebab saya berusaha sendiri untuk dapat semua ni.

Masih jatuh dan bangun dalam kehidupan. Tapi saya hidup gembira dan bekerja untuk diri saya dan keluarga. Tak sanggup orang pandang kita rendah menumpang suami. Kita adalah wanita, dan kita sangat kuat.

Ramai saya baca senasib dengan saya tapi hanya merintih dan tak buat apa-apa pembaharuan dalam hidup. Saya juga seperti anda, ada ketakutan saya, ada kesusahan dan penderitaan saya. Tekadkan hati dan mulalah sekarang.

Hidup hanya sementara.

– Anantasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *