Air Mata Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin andai confession ni disiarkan. Saya rasa terpanggil untuk meuahkan apa yang pernah saya alami setahun yang lalu. Kisah saya ni lebih kurang macam intan cuma saya tak bermadu.

Saya adalah isteri yang diceraikan kerana bekas suami ada perempuan lain. Sama macam intan. Saya faham apa yang intan alami. Nasib kita sama cuma bezanya saya tiada anak dan saya wanita berkejaya. Kami pasangan PJJ. Saya di selatan manakala bekas suami di kuala lumpur. Saya ingat kan bila saya setia, dia akan setia juga, tapi sebaliknya. Allah duga saya. Rezeki saya dapat suami mcm tu. Saya redha dan ikhlas terima ujian Allah ini.

Dari start nikah, saya memang tak keluar lunch dengan geng2 lelaki saya seperti sebelum kahwin. Saya satu2 nya perempuan dlm team saya. Saya tekadkan hati keluar lunch sorg2. Peduli apa org pandang. Saya lagi jaga ikhtilat saya dari kisahkan pandangan orang. Saya tak lah baik sgt, bnyk kekurangan. Saya tanamkan dalam hati, saya tak akan ganggu suami orang sebab saya tak nak orang ganggu suami saya. Tapi benda tu tak jadi kat saya. Ada perempuan ganggu suami saya.

Saya macam intan. Tiada angin tiada ribut, tiba2 bekas suami cakap dia ada perempuan lain dan cakap dia dah tiada apa2 perasaan kat saya. Jadi saya paham intan sgt2. Saya pernah rasa apa awak rasa intan. Saya nangis sorang2. Allah je saya ada masa tu. Saya cuba rahsia kan semua dari mak ayah saya sbb saya tak nak mereka pandang serong kat suami saya masa tu. Saya cuma tunjuk sisi yang baik2 je pasal suami.

Puas saya berdoa kat Allah agar selamat kan rumahtangga kami tapi Allah tau yang terbaik untuk hamba Nya. Saya bercerai selepas raya tahun lepas. Nangis tu tak payah cakap. Ramai tegur berat badan saya susut. Saya kecewa dan terluka. Tiada siapa bernikah untuk bercerai. Semua impi kan rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke jannah. Tapi tak semua wanita dikurniakan rezeki tu.

Saya bangkit untuk diri saya sendiri dan mak ayah saya sbb saya tak ada anak kan. Allah penguat semangat saya. Saya belajar menjahit sebab nak sibukkan diri dari fikir orang yang tak hargai saya dan rumahtangga kami. Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang supportive. Mereka lah semangat saya.

Alhamdulilah, saya bahagia skrg walaupun tanpa suami. Siapa kata wanita x mampu hidup tanpa lelaki bergelar suami. Kita adalah makhluk yang kuat sebenarnya. Saya suka quote ‘jangan pilih orang yang tak memilih kita’. Tak perlu bazirkan air mata untuk orang yang tak hargai kita. Cari kelebihan yang ada dlm diri dan guna kelebihan tu sebagai punca rezeki, kalau awak tu surirumah. Jangan pandang rendah kat diri sendiri walaupun awak tu surirumah. Setiap orang ada kelebihan dan kebolehan masing2.

Untuk intan, saya doakan awak kuat, bangkit dari kesedihan awak. Kuat demi anak2. Moga rezeki awak lebih murah lepas ni. Dan untuk perempuan2 bujang kat luar sana yang tgh or ada planning nak bercinta dgn suami org, fikir lah dlm2. Sanggup ke bina kebahagiaan atas air mata perempuan lain? Ingat lah kifarah Allah tu ada. Sampai bila bahagia awak tu awak rasa? Kalau lelaki tu sanggup tinggalkan isteri yang dah bertahun2 dengan dia, awak ingat dia tak akan buat benda yang sama kat awak.

Doakan juga saya terus kuat dan jumpa bahagia yang saya cari. Ingat lah lelaki, hargai perempuan yang betul2 sayangkan awak sebab bila perempuan dah move on, awak nazak nak mati pon mereka akan buat tak kisah. Hahaha.. nampak kejam tapi sebenarnya apa yang awak buat lagi kejam wahai kaum adam. Jadilah ketua yang dihormati bukan ditakuti. Ingat lah janji dan amanah yang awak lafazkan ketika akad nikah, yang dimulakan dengan lafaz atas nama Allah.

– Bekas isteri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *