Assalamualaikum semua, Aku Ana (bukan nama sebenar). Umur tidaklah terlalu tua atau terlalu muda. Tapi cukup untuk rasa apa itu sakit dan peritnya kehidupan melalui ujian yang dititipkanNya.
Dipendekkan cerita, aku dilahirkan dalam keturunan mulut lancang (termasuklah keluarga kecil dan besar) di sebuah negeri yang memang terkenal dengan cakap kasarnya.
Aku terlahir tidaklah secantik adik beradikku yang lain. Namun aku cukup bersyukur dengan kejadianku.
Tapi tidak pula bagi orang sekelilingku. Aku tak pernah kurus dari kecil, muka pun tidak cantik dan lurus pula. Saban tahun badan makin membesar dan menjadi tidak cantik di mata orang yang memandangku.
Oleh itu, aku selalu disakiti oleh mereka yang terganggu melihatku dipandangan mereka.
Dari kecil aku dah dipulau dan di-body shaming oleh semua ahli keluarga, rakan-rakan dan juga guru-guru. Mungkin orang lain rasa biasalah tu mulut orang dan kenapa tak usaha kuruskan badan kan?
Itulah yang kerap aku dengar, dan aku sedar jadi tolong jangan bagitahu lagi. Celaan dan hinaan itu se-dari kecil lagi maka ia telah pun makan puluhan tahun yang pastinya mengakibatkan massive damage.
Usaha sudah banyak aku lakukan, tapi tak pernah berhasil. Aku sedar ada satu hal menjadi faktor penghalang yang terbesar untuk aku kuruskan badan. Iaitulah mental illness. (Depresi)
Tanpa aku sedar, kutukan berusia puluhan tahun telah membunuh self-esteem aku. Ditambah dengan masalah dalam keluarga sendiri (mak ayah pilih kasih, panas baran dan macam-macam lagi) tapi aku taknak cerita disini.
Berbalik pada kisah tadi, aku merujuk masalah aku pada beberapa orang kaunselor. Pernah juga beberapa kali membuat temujanji dengan Psikitari, tapi selalu ada halangan untuk berjumpa dengan mereka.
Keadaan bertambah sukar sebab aku hadapi semuanya sendiri. Tiada siapa yang tahu termasuk keluargaku sendiri.
Aku ingat lagi, semasa berusia 10 tahun, aku akan lari dari rumah nenek ketika hari raya. Lari balik rumah (jarak rumah dengan kampung dalam 20 minit berlari), sebab tak tahan dengan kutukan.
Bayangkan bila mak ayah ada 10 adik beradik. Setiap kali mereka tiba, pasti mengutuk aku masuk dalam senarai wajib mereka lakukan di pagi raya. SETIAP TAHUN!
Tak cukup dengan itu, bila beraya ke rumah orang mak mesti bercakap pasal saiz badan aku depan tuan rumah dan tetamu tuan rumah yang lain.
Macam-macamlah dia cakap, asalkan dapat ‘put the blame’ dekat aku supaya terjaga air muka dia ada anak gemuk macam ni (sebabkan adik beradik aku yang lain elok saja kejadiannya).
Ya, masa tu aku masih kecil. Tapi adakah aku tiada air muka? Terus menerus aku dipermalukan dihadapan orang sehinggalah dewasa.
Hari raya yang sepatutnya bergembira dan bermaafan menjadi hari yang paling menakutkan dan hari paling aku benci dalam hidup aku.
Entah masih ada atau tidak air muka aku, kerna telah dirobek-robek sekian lama. Kadang aku rasa nak lari dari keturunan mulut lancang ni.
Apa yang buat mereka tak boleh kawal mulut dari mengutuk aku? Semua orang pun ada kekurangan masing-masing.
Cuma aku memilih untuk tidak mengatakan kekurangan mereka di khalayak sebab aku tahu Nabi melarang perbuatan tersebut.
Tapi kenapa mereka terus menerus memilih untuk mengatakan kekurangan aku dikhalayak ramai.
Dan bila ibu sendiri yang selalu menjatuhkan air muka aku, dimana lagi tempat aku nak berlindung dan berasa nyaman.
Aku sedar, kebanggaan seorang ibu itu bila dia mempunyai anak dara yang cantik. Maafkan aku ibu kerana tidak cantik.
Pastinya semua ini memberi kesan besar dalam hidup aku. Menginjak usia remaja dan dewasa, tiada lagi makna hari raya dalam hidup aku.
Aku akan berbaring di katil sahaja pada raya pertama dan bila ada kunjungan sanak saudara aku akan terus berkurung dibilik. Mungkin dengan itu, hati aku akan terjaga dari terluka dan mereka pun tidak berdosa di hari raya.
Bukan sahaja hari raya, bahkan semua hari kerai-an aku akan hindari termasuklah hari graduasi.
Bahkan keluar berjalan pun sangatlah jarang. Nak keluar dari rumah untuk ke kedai pun mungkin sebulan sekali. Begitulah kehidupan aku sekarang.
Aku sedar aku harus segera tangani masalah depresi ni. Itu pun setakat yang dikenalpasti oleh kaunselor melalui ujian DASS hanya depresi. Masih belum bertemu Psikitari.
Aku pun tak tahu kalau sebenarnya banyak lagi masalah mental illness yang aku dah hadapi selama puluhan tahun ni.
Sebenarnya aku pun penat untuk mengurung diri di kamar. Tidak bercakap dengan orang Aku benci terlahir dalam keturunan mulut lancang ni.
Perkara ni dah menjadikan aku seorang yang pendiam dan suka bersendirian walaupun sebenarnya karakter aku seorang periang.
Tapi inilah budaya masyarakat di Malaysia. Sudah menjadi adat untuk orang yang menjadi mangsa (body shaming or whatever you name it)
Membiasakan diri dalam budaya yang buruk berbanding untuk sama-sama usaha mengubah budaya yang buruk kepada budaya yang lebih sihat.
Pada waktu sekarang, aku sangat perlukan sokongan moral. Aku ada je kawan-kawan. Tapi dah jadi nature aku untuk bersendirian.
Aku harap diruangan komen nanti janganlah ada golongan judgemental. Aku tahu ada yang nak bagi nasihat, tapi tolong pastikan kalian pilih perkataan yang indah-indah sahaja supaya aku dan golongan seperti aku tidak triggered.
Terima kasih semua sudi baca kisah aku. Kisah ni tidaklah terlalu sadis atau dahsyat kerana aku memilih untuk bercerita bahagian ini sahaja dan bukannya keseluruhan cerita hidup aku.
Aku yakin orang-orang diluar sana juga mempunyai ujian masing-masing. Tapi janganlah kita membanding ujian siapa yang lebih kuat dan menafikan rasa sakit orang lain.
Semuapun Allah uji dan Dia pasti tolong beri jalan keluar jika kita tidak jadikan sekutu bagiNya.
Have a nice day everyone.
– Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit