Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya

Assalamu’alaikum semua, hari ni saya nak kongsi satu cerita.

Siapa yang dah berpasangan tu tolonglah hargai dan jaga elok-elok. Jangan ingat suami anda busy kerja dia takkan ada masa untuk cari yang lain.

Kisahnya macam ni, nama saya Ct, saya ada join satu platform cari jodoh online. Yelah, dah jenis duduk rumah je kan, bila nak jumpa orangnya, umur pun makin meningkat, 3 series.

So saya pun try la join platform tu. At least ada la usahanya, kalau tak jumpa pun, boleh jawab kat akhirat nanti da try cari kan…

Platform ni dikhaskan untuk golongan bujang, duda & janda sahaja, jadi yang dah berkahwin tu tolong jangan join. Baru-baru ni saya ada la kenal seorang lelaki ni.

Ciri-ciri bagus dah, tapi bila chat tu saya dapat rasa macam dia ni bukan orang yang bujang macam yang dia tulis dalam profil. My instinct keep telling me yang dia mungkin dah kahwin.

Saya pula tak tanya la direct betul ke dia ni bujang, cuba korek-korek indirectly je, tapi pandai dia mengelak supaya dia tak menipu, tapi dalam profil bujang, hmmm.

Dia ada share pasal kerja dia, so kat situ dapat la nama penuh dia. Tapi masa tu tak terfikir pun nak cari FB dia lagi, just buat istikharah sebut nama dia minta petunjuk.

Kami ni tak selalu mesej pun, masih dalam proses nak kenal tapi dia cakap bila dah share nombor wasap tu da kira next level la, serius.

Awalnya tak nak pun share nombor wasap lagi, tapi sebab dia berminat nak order benda yang saya jual, saya pun minta la nombor dia untuk urusan jual beli. Saya pun usaha nak jaga ikhtilat, tak mesej lebih-lebih.

Satu hari Allah gerakkan hati saya untuk cari akaun Facebook dia, mungkin jawapan untuk istikharah kan.

Ya Allah, memang syukur alhamdulillah sebab Allah bukakan hati nak cari pasal dia dan terjumpa pun. Rupanya dia seorang yang ada social standing yang bagus dan anak pun da ramai okay… isteri dia pun ada lagi…

Saya baru plan nak ajak dia datang beraya kat rumah tapi mungkin Allah tunjukkan benda ni sebelum kami makin serius.

Terkejut weyh, walaupun kami takde mesej sangat, sebab saya niat nak cinta lepas kahwin kan… tapi tak sangka sakit juga bila dapat tahu dia dah berkeluarga.

Tak tahu apa tujuan dia join platform tu. Kenapa? They look happy as a family. Dia nampak macam orang yang sangat beragama okay. Bahagia dengan keluarga.

Tak tahu apa yang dia fikir masa join platform tu. Memang dia nak berpoligami ke? Adakah isteri dia tahu yang dia join platform tu?

Dah la busy dengan kerja, family lagi, takkan la dia nak tambah cawangan? Boleh adil ke macam tu?

Ish, tak faham weyh laki-laki zaman sekarang… Air yang tenang jangan disangka tiada buaya… Dalam mereka bergurau, sempat lagi register platform jodoh.

Tujuan saya share benda ni dengan harapan lelaki-lelaki kat luar sana yang dah berkahwin tu fokus la jaga family anda yang ada sekarang baik-baik.

Kalau betul nak tambah cawangan untuk tolong perempuan-perempuan macam kami, tanya isteri tu dulu, sudi ke nak berkongsi, rasa boleh adil ke?

Sebab isteri anda paling kenal anda, kalau dia rasa anda boleh adil dan dia sudi bermadu, suruh isteri anda yang carikan..

Tak payah la cari sendiri, karang tak pasal-pasal orang kata isteri kedua ni penyondol la apa la. Kan banyak sangat kes sekarang pasal tu.

Saya da trauma okay, terus rasa macam takutnya nak kahwin.

Sekarang ni memang perempuan lagi ramai dari lelaki dan saya tak menolak poligami kalau saya rasa suami boleh jadi adil, tapi saya nak jadi isteri yang pertama sebab saya takut orang pandang serong kat saya kalau jadi isteri kedua.

Especially pandangan keluarga. Saya sangat particular pandangan orang sekeliling sebab kita ni hidup dalam society, jadi kene ikut sensitivity masyarakat.

Walaupun poligami sesuatu yang sunnah, tak semua orang mampu dan layak.

Saya ni punya la tunggu tak nak bercinta sebelum kahwin sampai da 3 series, tapi bila jadi macam ni saya rasa macam da mustahil nak kahwin. Mungkin ujian saya untuk stay single kat dunia ni.

Kalau betul itu ujian saya, saya minta Allah kuatkan saya untuk menjaga hati dan pandangan saya. Lagi-lagi kat suami orang.

Sakit nak move on sebab dia da ada semua ciri yang saya nak. Tapi saya kuatkan hati untuk stop mesej dia dan laporkan kepada platform tu.

Saya tak tanya pun kenapa dia rahsiakan status dia. Mungkin dia dapat agak saya dah tahu status dia.

Saya harap dia pun tak contact saya untuk buat tempahan lagi. Dua kali dia repeat order dengan saya. Saya tak tahu nak buat apa kalau dia nak order lagi.

Mungkin dia nak jadi customer sahaja, tapi saya takut tak kuat. Tolong doakan saya dapat rezeki tempat lain. Dapat jodoh yang terbaik.

Sekarang ni nak berehat dari kenal orang dalam platform tu, masih trauma…

– Ct (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *