Airmata dan Sumpahan Ibu

Salam. Terima kasih admin. Tujuan aku cerita untuk dijadikan ikhtibar. Kalau korang ibu berhati-hatilah berkata-kata terhadap anak. Kata kata itu doa dan doa ibu tiada hijab. Kalau korang anak pula sebolehnya jangan derhaka pada ibu bapa.

Aku berusia 25 tahun lepasan ijazah yang sudah setahun grad. Selepas tamat intern aku tak apply apa-apa job sebaliknya aku berniat untuk hanya berniaga online di rumah. Aku cuba jual beberapa produk sampailah sekarang. Rezeki ada tapi sempit . Rezeki aku seakan-akan terputus lama. Ada tapi sempit dan kemudian terputus lagi.

Ceritanya begini, orang tua kau tidak setuju aku berniaga online semata-mata tanpa ada pekerjaan tetap. Mereka nak aku bekerja tapi masih kena tinggal dirumah dan tak boleh merantau keluar dari rumah. Mungkin mereka risau tentang keselamatan aku bila jauh ditempat orang. Aku tinggal dikampung. Aku anak sulung dan perempuan tunggal, ada sorang adik lelaki lepasan spm yang tidak sambung belajar dan tidak bekerja. Kerjanya siang tidur sampai ke petang, malam mintak duit ayah keluar lepak sampai dekat subuh balik tidur.

Berbalik pada cerita tadi aku tetap degil nak berbisnes sahaja tanpa apply kerja lain. Jiwa aku, keinginan aku memang nak bekerja sendiri. Sebab bagi aku bila dirumah orang tua ada di depan mata. Hendak kemana aku boleh bawa. In case ada apa-apa aku ada. Bukan itu saja sebabnya, sebab lain aku nak kebebasan masa dan privacy. Bisnes online dirumah, sambil baring atas katil pun boleh promote produk. Rajin usaha untung-untung lumayan dari kerja makan gaji. Kalau malas atau tidak bernasib baik, habis ! Bangun atau tidur lewat tak jadi masalah. Ada hal tak perlu mintak cuti. Niat dan alasan aku berbisnes dirumah macam bagus kan ? tapi disiplin kelaut. Ciri-ciri usahawan berjaya out !

Dipendekkan cerita, pernah suatu hari ada sesuatu tentang aku yang menyebabkan mak aku terkilan dek kerana mulut makcik bawang yang menjaja cerita pasal aku. Mak jadi marah, air matanya jatuh dan keluar dari mulutnya sendiri yang mengatakan aku anak derhaka pada hari itu. Aku tinggikan suara sebab nak back up diri sendiri. Sesungguhnya bagi aku, aku rasa aku tidak bersalah, mak cik bawang tu tak betul. Aku kecewa bila mak katakan aku memalukan muka mak bapak sedangkan jika betul aku salah, salah aku itu tersangat kecil dan selebihnya mulut busuk makcik bawang tu yang tokok tambah ! Bukan aku berzina, bukan aku memfitnah orang, mencuri atau membunuh. Serious, terkesan dalam hati aku sampai sekarang. Kecewa teramat sangat.

Kejadian tu dah pun hampir 7 bulan berlalu. Sejak dari itu, perniagaan aku ibarat hidup segan mati tak mahu. Rezeki aku sempit. Aku sedih dengan apa yang jadi. Aku murung sepanjang tempoh itu. Memerap didalam bilik dan hanya keluar untuk mandi, makan atau pergi post barang jika ada. Selama itu juga aku dingin dengan mak. Ayah jenis pendiam dan tak pernah bertanya apa-apa. Aku buat hal aku sendiri dan mereka buat hal mereka walaupun tinggal di dalam sebuah rumah. Tiada komunikasi kecuali hal yang sangat penting. Tiada gelak tawa tiada gurauan sepanjang tempoh itu.

Aku salah sebab aku ego. Tapi sebab hati aku terlalu sakit dituduh seteruk itu. Aku jadi depress dan hanya mendiamkan diri. Kemurungan dan serabai. Aku malu nak berdepan dengan orang tua aku sendiri. Komunikasi aku cuma melalui media sosial sahaja (whatsapp group kawan, reply whatsapp customer dan berfacebook). Senyum aku yang asalnya murah bertukar jadi sangat mahal. Hidup aku dalam kekusutan. Aku anak yang ibu kandungnya sumpah jadi anak derhaka. Aku anak yang dikatakan memalukan keluarga. Allahu. Aku tulis cerita ini pun dalam keadaan yang masih sama tiada perubahan. Aku tak jumpa jalan keluar. Anak derhaka itu satu dosa yang sangat besar dan tuduhan yang sangat berat. Tajam lidah makcik bawang. Tolong doakan masalah aku selesai. TQ.

– Fia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit