Aku seorang isteri. 10 tahun berumah tangga. Aku nak pendapat orang lain, adakah apa yang aku buat ni tindakan yang selfish? Sebab aku ada rasa bersalah pada anak-anak & suami.

The story start…

Aku berkahwin pada 2014. Bunting pelamin. Selepas berkahwin, aku berpindah ke kampung suami. Tinggalkan kerjaya.

Sebelum ni berkahwin, aku seorang guru di international school. Aku fikir takpe, aku boleh apply dekat sekolah berdekatan dengan tempat tinggal baru.

Tapi memandangkan morning sickness yang teruk, setiap 2 minggu aku demam panas, aku tak dapat nak komited pada kerja baru dan akhirnya menganggur sampai anak aku lahir pada 2015.

Suami aku, masa aku mula-mula kahwin, memang aku tahu dia kerja project-based job. Maksudnya, bekerja sendiri—kalau ada projek, ada income.

Masa mula-mula kahwin, aku duduk di rumah parents suami. Di rumah tu, aku berkongsi dengan abang-abang suami. Selama hampir 3 tahun aku duduk di rumah tu.

Pada tahun 2016, aku mula berniaga. Alhamdulillah, perniagaan membuahkan hasil dan pada tahun 2017, aku melahirkan anak ke-2. Masa ni, perniagaan aku sebulan net profit sekitar 18k ke 20k. Aku nekad keluar dari rumah yang aku berkongsi dengan adik-beradik suami.

Menyewa di flat yang cukup untuk kami 4 beranak. Deposit rumah aku yang bayar, utiliti, sewa, barang dapur—dari A to Z.

Nafkah? Duit belanja? Aku tak pernah merasa dari awal berkahwin sehingga sekarang. Tapi aku tak kisah masa tu. Aku langsung tak ada rasa sakit hati sebab aku tahu keadaan suami aku macam mana.

Tapi aku manusia biasa. Bila aku tengok suami bersenang-lenang—maksudnya tak ada langsung tolong kerja rumah, hal anak-anak 100% atas aku. Dari tukar lampin, susu, potty train, belajar, makan minum, masa riadah anak-anak—semua atas bahu aku. Timbul rasa sakit hati.

Aku mula bekerja seawal 6 pagi sambil bawa anak-anak ke tempat kerja & balik rumah pukul 4 petang. Balik aku masak untuk makan malam. Preparation untuk kerja esok.

Suami aku? Masih belum bangun tidur. Sebab dia tidur lepas solat Subuh, selepas habis main Mobile Legends. Balik, aku kejut sebab aku tahu Zohor mesti belum solat.

Jadi aku pastikan sebelum pukul 4 aku mesti dekat rumah. Kejut solat Zohor, tunggu Asar, dan dia sambung tidur balik. Sampai la Maghrib dah nak habis baru bangun solat. Lepas tu, dia tak tidur sampai la ke Subuh esoknya.

Kerja? Aku tak tahu.

Rutin ni berlanjutan sehingga tahun ke-8 kami berkahwin. Dalam masa ni, aku dapat tahu, projeknya ada dapat untung 10k untuk 6 bulan, tapi aku dan anak-anak tak merasa langsung hasil tu. Masa tu, aku perasan suami aku hari-hari ada keluar malam ke KL.

Nak dijadikan cerita, kenapa aku ambil keputusan untuk stop bisnes aku. Aku close segera sebab aku terjumpa chat dekat Telegram suami aku—nombor telefon untuk melanggan janda-janda montok.

Aku tak pasti laki aku ada terlibat atau tak. Cuma chat tu tengah active, maksudnya on screen. Tapi ada link porn, live cam & BJ service.

Masa ni, hati aku rasa sakit dan flashback segala penat lelah aku keluar masuk bekerja nak besarkan anak-anak. Jadi aku nekad untuk stop bisnes & bagi tanggungjawab cari duit ni pada suami.

Tahun ni tahun ke-2 aku jadi biawak hidup. Tapi yang buat aku rasa aku selfish bila anak-anak cakap, “Dulu kenapa kita rajin jalan-jalan duduk hotel, sekarang dah lama tak jalan-jalan?” Nak keluar weekend pun tak boleh.

Bukan aku tak nak bawa. Simpanan aku dah kering—cover perbelanjaan selepas aku decide untuk tutup bisnes. Suami aku hanya mampu cari duit untuk bayar sewa rumah.

Barang dapur? Cukup untuk beli telur, bawang, bawang putih, some sauces. Ayam, ikan memang dah lama tak merasa. Utiliti pun dah 3 bulan tertunggak.

Selepas aku berhenti bisnes, memang serabut hidup kami. Dia sentiasa bad mood sebab pening nak cover komitmen bulanan. Hari ni dapat surat merah TNB nak potong elektrik.

Jadi, adakah aku selfish dengan stop bekerja yang menyebabkan kesusahan yang kami hadapi sekarang?

P/S: Suami aku kurang bahagian tu je. Tapi dia bukan seorang yang baran, dan suami aku sangat sayang aku. Memang jenis berkepit 24 jam.

Kerja rumah kalau aku minta tolong, dia akan buat walaupun lambat. Hubungan dengan anak-anak okay walaupun anak-anak lebih rapat dengan aku.

– Puan Cengkih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. As a woman, penting utk kau ada income sndri. Hal laki kau culas nafkah, tu biar Allah uruskan. Kau ada anak² yg perlu sihat mental fizikalnya. Sbb kau sakit hati kat laki kau, dah anak² pulak kena main teka teki. Kau diskas la dgn laki kau. Tahap mana yg dia mampu utk nafkahkan. Selebihnya terserah. Kau nak bantu, bantu. Kalau tidak, jd la mcm kau skrg ni. Kau communicate la dgn dia. Ckp apa yg kau tak suka. Kot² perlu, kau azankan telinga laki kau hari². Mintak Allah lembutkan hati dia. Sedarkan dia tggjwb dia. Or else, kau keje blk, earn 20k mcm dlu, then kau idop sndri dgn anak². Last resort dh tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *