Ajaibnya At-Taubah Ayat 128-129

Assalamualaikum and Salam Sejahtera semuaaa! (Sambil lambai-lambai tangan gittew).

Saya perkenalkan diri saya as Kakak, sudah berkahwin, 30s, bertugas sebagai pegawai kerajaan professional, ada anak2 yang comel sihat bijak Alhamdulillah, suami soleh InsyaAllah.

Haaa nice je kan intro semua bagaikan tiada masalah. Hihi. Namun, mana mungkin pantai tidak dilanda badai, lautan tidak bergelora.

Mestilah setiap hambaNya diuji bertepatan dengan kadar kemampuan kita masing-masing. Begitu juga dengan Kakak.

Personally, Kakak tak adalah isu besar dalam kehidupan. Meskipun dilahirkan cacat, tapi berkat usaha ibu dan izin Allah, after operations, sakit sikit sana sini (sebab Allah nak bagi kita pahala kan) –

Alhamdulillah Kakak sihat cuma ada beberapa drawbacks and hiccups ujian kesihatan yang tidaklah seteruk Mashy yang Allah uji sekelip mata hilang penglihatan dan lumpuh tu, korang tengok tak?

Bila tengok ujian dia, Kakak rasa macam – Ya Allah, sikit sangat rupanya ujian aku. Tak patut langsung aku mengeluh.

Berbalik kepada keajaiban ayat 128-129 Surah At-Taubah. Ayat ini dikatakan boleh mengangkat segala kesusahan kita, Allah keluarkan jalan dari segala kesempitan yang kita hadapi. Powerful ayat ni.

Lama dah Kakak amalkan lebih kurang setahun.

Masalah Kakak adalah isu kewangan sana sini sikit, banyak juga sebenarnya. Yang membuatkan Kakak buntu, celah mana nak keluar dari masalah ni. Silap sendiri pun ada, loans and lain2. Bertimpa-timpa.

Cuma Kakak direzekikan dapat suami yang baik alhamdulillah, bantu juga bayar sikit2 mengikut kemampuan dia.

Tapi still tak best kalau tak bayar hutang ni kan, perasaan dia macam rasa beban yang tak lepas dari bahu. Rasa serabut dan tak tenteram. Haaa begitulah rasa dia.

Kakak mula2 amalkan ayat ini dok terfikir,

Celah mana agaknya Allah nak bagi aku rezeki bayar hutang ni sebab aku ni tak ada masuk apa2 pertandingan nak menang duit ke apa ke (Nauzubillah jangan fikir macam ni ok, Allah is The Almighty and The Richest beyond anything), tahulah Dia nak buat macam mana.

Tapi Kakak baca dengan yakin, dengan sangattttt yakin Allah akan keluarkan aku walaupun Kakak tak tahu macam mana cara, mesti Allah tolong.

Jadi Kakak pun bacalah macam biasa, selepas subuh, on the way to work pagi2 tu, selepas maghrib or bila2 masa mulut rasa nak baca, Kakak baca.

Sampailah hari semalam, Kakak dapat berita yang tidak disangka-sangka.

Pemaju rumah Kakak bagi gantirugi nilaian belasan ribu kepada hanya beberapa penduduk rumah yang rosak teruk. Kakak terkejut sebab rumah Kakak tidaklah rosak teruk di mata Kakak.

So Kakak reconfirm dengan engineer, pemaju, badan berwajib dll. Dan memang nama Kakak tersenarai. Nilai tu pulak cukup2 bayaran segala hutang Kakak.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Kalaulah kalian tahu betapa sayangnya Allah pada kita. Rasa hina sangat, tak ada apa daya upaya Kakak selain dari dengan izinNya.

Seakan terangkat satu beban berat dari bahu Kakak setelah sekian lama.

Jangan pernah dipersoal, “Bagaimana Allah nak mengangkat beban aku ini?” tetapi sentiasalah yakin bahawa jika masalah kita sebesar kapal, tapi nikmat dan zat Allah itu seluas lautan.

Staff2 Kakak pelik tengok Kakak menangis semalam dalam bilik. They asked me whether I was ok or not. Subhanallah rasa hebat sangat kuasaNya.

Sampai di sini sahaja cerita Kakak. Jom sama-sama amalkan ayat ini tapi amalkan dengan ikhlas, jangan macam Kakak awal2 dulu tertanya2 bilalahhh agaknya. No no no. Takmau macam tu ok.

Cukup dengan rasa yakin kepada kuasa Allah, the solution will come at the right time.

MasyaAllah. Semoga Allah mudahkan urusan kalian juga, angkat segala kesulitan dari bahu kalian dan memberikan kalian segala yang terbaik di sisiNya. Aamiin. Doakan Kakak juga ok! Hihi. Bye.

– Kakak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *