Ajak Solat

Salam. Tujuan aku tulis confession ni bukan lah nak tunjuk baik ke apa tapi aku rasa agak serba salah nak berbicara tentang solat.

Aku sekarang ni menetap di ibu kota dah hampir 3 tahun. Sepanjang 3 tahun ni dah 4kali bertukar roommate. Roommate pertama baik orangnya, solat terjaga, Quran tak tinggal. Aku yang tak berapa alim ni selalu rasa malu dengan dia. Dia selalu solat di awal waktu, aku pon terikut jugak. 1tahun dia jadi roommate aku, solat aku terjaga walau dia tak pernah pon ajak atau tegur pasal solat atau hal-hal keagamaan. Dia pindah keluar dari rumah tu sebab dapat kerja dekat tempat lain.

Roommate ke-2 ni aku rasa sama jenis dengan aku. Solat kadang-kadang tertinggal, kadang-kadang bertangguh. Tapi lama kelamaan aku tengok dia semakin jarang solat sebab tak larat. Dia pregnant lepas 3bulan pindah masuk bilik tu. Sepanjang pregnancy tu memang dia tak larat nak buat apa-apa. Bangun pagi pergi kerja, balik kerja terus tidur. Macam tu lah setiap hari sehingga dia pindah keluar sebab nak bersalin dan pindah duduk dengan husband dia. Aku memang tak pernah tegur pasal solat dia sebab serba salah dan kesian.

Roommate ke-3 aku selalu kerja shift malam. Aku nak pergi kerja, dia baru balik kerja. Aku balik kerja, dia dah pergi kerja. So aku pon tak berapa tau pasal solat dia. Tapi masa awal-awal dia pindah masuk bilik tu dia pernah kejut aku solat Subuh. Tu first time orang kejut aku solat Subuh. Selalu aku bangun sendiri je. Tapi masa dia cuti, jarang pulak aku nampak dia solat. Mungkin uzur agaknya? Dia pindah keluar bulan lepas sebab nak kawin.

Roommate ke-4 aku sekarang ni setakat ni dah hampir sebulan dia pindah masuk aku tak pernah lagi nampak dia solat. Tak pernah langsung. Dia bangun tidur awal sebab dia masuk kerja awal. Selalu aku bangun Subuh, dia dah siap-siap nak pergi kerja. Aku serba salah sekarang ni. Tak tahu macam mana nak tanya dia pasal solat ni. Karang dia ingat aku ni budget baik pulak. Aku tak tahu mungkin sebab dulu masa zaman aku tak solat, takde siapa pon yang tegur aku. Aku zaman-zaman awal 20-an memang tak solat langsung jugak dan yang sedihnya tiada siapa yang tegur aku. Kat kampung aku pura-pura solat.

Nasib baik aku dapat kesedaran sendiri dalam 4tahun lepas. Tapi aku kadang-kadang rasa alangkah baiknya kalau ada orang tegur aku dan aku tersedar lebih awal. Aku sekarang ni dah masuk 3series pon masih merangkak-rangkak mencari haluan. Masih jauh dari sempurna. Mungkin sebab tu juga aku rasa macam tak layak nak tegur orang lain. Syaitan tu memang kuat, bila kita berdampingan dengan orang yang tak solat ni tetiba je kita sendiri rasa malas nak bersolat. Bertangguh-tangguh dan sebagainya. Sesiapa yang membaca confession ni, korang rasa apa yang perlu aku lakukan sekarang ni? Kalau nak tegur atau ajak dia solat macam mana agaknya agar dia tak terasa hati?

– Anon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit