Ajar Aku Untuk Lupakan

Hi nama aku Sayang. Aku dah 10 tahun kahwin. Aku nak meluah. Kisah ni setahun yang lalu tetapi masih segar diingatan.

Sakit. Ya sangat sakit. Kekadang aku okay, kekadang aku sangatlah tidak okay.

Kisahnya macam ni. Suatu hari tu, aku dapat tahu suami aku curang. Seluruh badan aku bergetar. Lutut aku lemah.

Aku terduduk. Air mata mengalir. Aku kecewa. Aku sedih. Aku hanya mampu sebut “Ya Allah” masa tu. Aku taktahu nak “react” macam mana. Nak marah ke nak sedih? Siapa salah? Dia ke? Atau aku?

Salah aku ke sebab tu dia cari lain. Aku minta penjelasan dari dia. Dia pun terduduk dan menangis. Dia minta maaf minta ampun pada aku.

Aku? Aku hanya termenung kosong. Hati aku sangat lah sakit masa tu. Aku kecewa.

Dan tiba tiba aku bagitahu dia “awak pergi lah dekat dia. Tinggalkan saya. Esok kita pergi pejabat agama.”

Dia menangis merayu rayu pada aku. Aku tanya dia kenapa buat aku macamni?

Dia jawab “saya tak sengaja”. Senangnya jawapan dia kan.

Dan dia cakap lagi, yang dia dah sayangkan perempuan tu. Dan perempuan tu pun tahu yang dia dah ada isteri dan perempuan tu sanggup jadi madu..

Sakitnya ya Allah. Sakit untuk aku telan setiap perkataan yang suami aku lemparkan. Dia sayang aku tapi dalam masa yang sama dia sayang perempuan tu.

Kami dah 10 tahun kahwin, dia baru kenal perempuan sebulan. Aku tak tahu apa yang buat dia sayang sangat dengan perempuan tu.

Dia cakap dia lama dah nak jujur dengan aku tapi masa tak sesuai. So bila dah kantoi ni masa yang sesuai lah??

Mesti korang tertanya2 kan macam mana boleh terkantoi. Gerak hati isteri tu tak boleh di tipu.

Aku memang tak sedap hati bulan tu. Hari hari aku tertanya dekat diri sendiri kenapa aku tak sedap hati je selalu ni. Rupa rupanya ini lah yang Allah nak tunjuk.

Masa dia tengah tidur, tiba tiba ada message masuk. Tanpa nama. Aku buka lah phone dia. Kami memang tahu password phone masing masing..

Aku buka message tu.. “Bie, sayang rindu bie sangat2. Tak puas jumpa td. Esok kita jumpe yer.” Ini message yang tertulis.

Sampai sekarang bila teringat, aku masih bergetar. Aku trauma. Aku masih sakit. Aku masih tak okay.

Dan sekarang dia pun dah bahagia dengan perempuan tu.

Aku? Aku masih disini. Aku masih begini. Aku dah move on tapi aku masih sakit. Yang aku cerita ni hanya 10%. Aku tak mampu nak tulis seluruh detail cerita ni.

Dia masih cari aku. Tapi aku jarakkan diri. Dia ada datang jumpa aku kat tempat kerja. Dia menangis depan aku dia cakap “saya sangat rindukan awak. Semuanya susah tanpa awak. Tiada yang seperti awak.”

Aku hanya bagi pandangan kosong. Aku tak mampu tatap wajah itu lagi. Aku risau aku lemah. Aku tahan air mata aku.

Aku hampir menangis sebab tengok dia menangis. Dia menangis teresak esak seperti dalam kesakitan.

Maaf, aku tak mampu untuk kembali. Aku perlu teruskan langkah kaki aku untuk kebahagiaan aku sendiri.

Aku bangun dan berlalu masuk kerja seperti biasa. Aku dah tak pandang belakang semula. Aku kejam ke?

Maafkan saya awak. Maafkan saya. Aku doakan awak bahagia dengan isteri baru awak. Kisah kita dah selesai.

Doakan aku sentiasa kuat. Dan semoga ada yang boleh ajar aku untuk lupakan semua ni.

– Sayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Saya sehingga sekarang tidak dapat lupakan lagi bekas suami saya. Rasa sakit hati , kecewa, sedih tu masih ada lagi. Dia memilih pasangan lelaki . kesan dari runtuhnya rumahtangga ni, saya asyik berfikiran negatif saja pada kaum lelaki. dan saya dan benci lelaki yang ada rupa dan ciri ciri lain yang bekas suami saya ada. Kadang-kadang sampai saya fikir saya ni gila sebab anggap semua lelaki perangai macam dia. Saya tak tahu berapa lama akan sembuh dari sakit hati ni dan kecewa serta sedih ni.

  2. Assalamualaikum, Puan. Sebagai pembaca, puan perlu tahu, tidak ada yang namanya curang tanpa sengaja. Dalam hal ini, kedua belah pihak yakni suami puan dan kekasih gelap dia sama2 salah. Puan mintalah pertunjuk dari Allah, apa yang patut puan lakukan sama ada, memaafkan dan teruskan perkahwinan ataupun puan melepaskan lalu move on. Jangan paksa diri puan untuk memaafkan tetapi mintalah pada Allah agar diberikan jiwa yang tenang. Insya Allah, suatu saat yang tepat, puan dah tak rasa sakit lagi.

    Pendapat saya, ayat yang suami puan katakan bahawa dia berasa susah tanpa puan di sisi boleh jadi disebabkan puan banyak beri sumbangan dalam keluarga puan. Sumbangan tenaga, masa, wang ringgit serta pandai uruskan anak-anak. Bila dia hilang puan, dia rasa lost tak tahu nak buat macam mana. Tapi puan berhak bahagia. Tak perlu berkorban apa saja demi manusia kerana manusia takkan pernah puas. Carilah kebahagian puan sendiri. InsyaAllah, suatu saat nanti Allah akan beri kebahagiaan dan pengganti yang baik utk puan.

  3. Kisah puan & kisah saya walaupun penceritaan hanya 10% tapi hampir sama. Cuma bezanya kami masih bersama. Tapi impak trauma dari kecurangan tu ganggu mental & fizikal saya. Saya tiada tempat meluah & memang tak pernah skalipun buka mulut berkenan masalah rumahtangga walau masih ada ibubapa & keluarga. Dia sangat² takut maruahnya tercalar sekiranya ibubapa dia tahu perbuatan & sikap dia macam mana. Kami pernah rujuk asbab saya langgar taklik, tapi tiada siapapun tahu, hanya kami berdua. Saya rasa hidup betul² hancur sebab berulang kali saya ditipu tapi sebab kenangkan ank² masih kecil & perlukan kami jadi saya mengalah walaupun hakikatnya dalaman saya sudah mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *