Aku ni tak berapa nak pandai sangat bercerita. Tapi sebab teringat saje nak share pengalaman aku sendiri. [Trigger warning].
Aku ni kecik2 dulu nakal. Nakal yang lebih macam kejutan budaya maybe. Aku ni dari kecik sekolah agama. Then dari sekolah rendah dah start duduk asrama perempuan.
Sampai la sebelum aku ke sekolah menengah ayah aku mula sakit. Sakit yang orang selalu panggil “buatan orang”.
Kenapa? Sebab senang cakap sakit nye pelik2. Kita panas dia sejuk tapi berpeluh. Kita sejuk dia panas kaki tangan macam dalam peti ais.
Berkudis2. Badan habis sakit2. Itu ini dan sebagainya.
Bawa jumpa doktor selalu doktor kata tak tau sakit apa pun. Jadi kehidupan untuk aku yang pelajar ni tetap la diteruskan.
Sampailah satu masa keluarga kami berpindah ke negeri lain tinggalkan rumah kami membesar tu konon untuk ambil angin lain (rumah lama masih ada) kami menyewa di negeri lain.
Ayah dan ibu berniaga perlahan2 mana yang daya sambil dibantu abang. Aku masih di asrama dan meneruskan pelajaran.
Tetap aku mula rasa memberontak dikarenakan aku ni kira anak manja ayah juga dan mengada (tolong faham ini ketika masih tak matang).
Bila ayah sakit. Sedikit sebanyak mula rasa terabai. Kalau dulu ayah akan selalu datang jumpa maybe seminggu or dua minggu sekali.
Sama ada dibawa pulang atau datang melawat. Tapi bila ayah sakit benda ni sedikit sebanyak berubah. Sebab rumah di negeri baru lebih sedikit jauh dari rumah sebelum.
Abang pula tidak la terlalu memikir untuk menjengukku. Hanya akan menjenguk kalau2 ibu atau ayah menyuruh itupun kurang kerana dia perlu juga menolong ibu ayah berniaga. Aku mula rasa dipinggir dan terabai.
Mula memberontak dan buat perangai di asrama. Sedangkan dulu2 diharap sebagai pelajar tinggi potential dan harapan juga. Akhirnya nama aku di sekolah mula buruk.
Ayah mula mendapat cerita. Sampailah satu masa ayah gigih bawak kereta sendiri datang bersama ibu menjemputku. Cadangannya hanyalah datang melawat dan memberiku kata2 semangat.
Tapi aku malah menangis dan ingin pulang tidak lagi mahu di sini (asrama). Ayah yang kalah akhirnya membawaku pulang ke rumah lama dahulu. Cadangannya juga ingin memujuk ku dahulu.
Tapi akhirnya tetap gagal. Aku tetap mau ikut pulang ke negeri baru. Ibu dan ayah akhirnya mengalah dan dan membawa aku pulang rumah baru.
Di sana aku baru tau juga ayah dan ibu mengikut satu ajaran baru. Ajaran itu kata ibu buat kita jadi lebih baik. Setiap malam ada kuliah yang kononnya mendekatkan diri kita kepada tuhan.
Setiap malam isnin dan jumaat ada tahlil dan bacaan yasin. Ketuanya sangat baik. Orang2nya sangat beriman dan tawadu’ katanya.
Ayah pun semakin bersemangat dan sihat selepas menyertai. Tapi selepas aku memerhati ada banyak tanda2 redflag juga contohnya ada minta banyak duit2 sumbangan setiap bulan yang mereka tetapkan.
Jika tak cukup kena banyak berdakwah untuk kenalkan lagi tentang mereka serta jual cd, buku dan dapatkan sumbangan.
Minum air basuhan dan janggut atasan untuk dapatkan berkat dan diberi kesembuhan. Perlu ada rasa cinta pada ketua sama seperti Allah dan rasul. Percaya ketua adalah keturunan rasulullah.
Ini adalah antaranya. Kalau ingat lagi maybe lain kali aku cerita.
Berbalik pada aku. Aku tak yakin dengan mereka. Tapi aku suka duduk di situ kerana aku mula ada kawan. Tapi kawan2 aku bukan dari kalangan orang2 ajaran tersebut.
Aku jugak happy sebab aku rasa aku mula cuba kenal dunia. Dunia yang bukan golongan kawan sekolah agama aku. Baru berkenal dengan lelaki.
Akhirnya aku mula melepak malam. Mula duduk di rumah kawan (perempuan) tak jauh pun dari rumah tapi takut kalau ibu ayah tau balik lewat malam jadi tidur rumah kawan.
Mula naik moto dengan kawan2 perempuan lepak2 dengan bf diorang juga. (tetap naik dengan perempuan) still takut dan risau kalau nak naik dengan lelaki. Tapi benda ni lama2 terbongkar. Benda mula menjadi besar.
Abang aku mula geram dan menambah garam gula dalam cerita. Sedang aku tak pernah lagi buat benda2 bukan2 (tapi faham kalau dibiarkan boleh jadi bahaya).
Tapi cara ibu ayahku mengatasi dengan memberitahu kejadian itu kepada kumpulan ajaran ini.
Dan mereka mempunyai “pengamal perubatan” mereka sendiri (bomoh).
Bomoh tersebut mengatakan aku dirasuki jin jahat yang mencuba menyesatkan aku. Mencuba mengkafirkan dan mencuba menjerumus aku untuk keluar dari ajaran mereka.
Mereka kata aku perlu di “sucikan” dan dilahirkan semula. Ibu dan ayah menangis dan berjanji akan memaksa dan membawaku ke rumah bomoh untuk ritual tersebut.
Aku yang tahu dah kantoi saat ini belum tahu rancangan tersebut sehinggala 1 hari ibu ayah bawaku beli baju2 baru, baju2 serta seluar2 dalam baru.
Masakkanku makanan enak2. Dan bawaku ke rumah bomoh. Aku masih belum heran kerana sangkaku ada tahlil atau semacam itu sahaja.
Ku turuti dan kononnya excited ingin tunjuk baju dan tudung baruku. Tapi tanpa aku tahu malam itu jadi mimpi ngeri aku! Malam selepas isya macam biasa ada majlis.
Rupanye itula majlis aku. Aku tak sangka kerana di rumah itu bukan hanya ada keluarga aku. Ada (ketua negeri) yang jaga bahagian negeri itu sahaja dan ahli2 lainnye juga.
Mula2 hanyala majlis ucapan2 hinggalah bomoh mula sebut namaku. Dia mengatakan kita akan memulakan upacara penyucian dan penglahiran semula aku. Aku mula pucat!
Aku sungguh tak faham. Mereka mula membaca wirid2 mereka sementara aku duduk di tengah. Aku tunduk malu.
Kemudian mereka membawa aku ke laman rumah. Di situ ada seekor kambing hitam yang tak ku sedari pun ada sewaktu ketibaan aku petang tadi. Sedang aku kena duduk melutut di tengah laman.
Kambing tu disembelih dan darahnya dia ambil. Aku yang ketakutan kerana takut aku pula akan disembelih. Tiba2 merasa panas.
Rupanye darah kambing tersebut dimandikan ke badanku!
Bomoh serta seorang ustaz yang ada disitu meratakan darah tersebut bahkan bomoh tersebut bagiku sempat juga meraba2 dada ku depan semua orang sambil dibaca mantera dan wirid apa tak tau. Biadap Betul!
3x. 3x darah kambing disiram dari kepalaku. Dan akhir upacara seorang ustazah membalutku dengan tuala dan membawaku ketingkat atas untuk mandi.
Aku didalam bilik mandi tak tahu nak rasa apa dah. Ibu ayah ku ada. Tapi kenapa aku mereka buat begini?
Kenapa mereka mandikanku dengan darah. Kenapa bomoh meraba ku? Aku menangis.
Sebab aku tak faham apa sebenarnya terjadi. Kemudian untuk 3 hari aku dikurung di rumah bomoh dan dijaga orang 3 ustaz dan ustazah. Dilayan baik.
Tapi adakala bomoh cuba bersembang dengan aku dan kadang kala pegang kaki dan tapak kakiku sambil mengajakku kahwin? Entahla.
Benda ni betul2 masih membuatkan aku rasa keliru dan hairan sehinggakn selalunya aku yang dewasa ni tak mahu terlalu memikirkannya dah.
Mujur saja aku tak dirogol sahaja terus oleh bomoh tersebut.
Ada juga masa2nya aku cuba tanya ibu atau ayah tapi kebanyakannya mereka mengelak menjawab atau mereka mengatakan bomoh tu penipu. Tapi mujur ibu ayah dah keluar dari ajaran tu.
Kurang2 aku atau anak2 aku tak hadap benda macam tu lagi.
– Timang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
anon banyak missed part tak cerita ni. so, apa jadi dengan ayah anon yg dulu konon terkena ”buatan orang” tu? dia sembuh lepas join ajaran sesat tu atau macam mana?
and perkara ni berlaku tahun bila? masih wujud ke cult sesat ni?
diorang terlalu percaya benda yg mengarut dan diorang ikut ilmu sesat