Ajari Aku Bahasa SayangMu

Hai, umur aku awal 20-an. Aku nak korang ajar aku bahasa sayang korang, apa yang korang buat untuk tunjukkan yang korang sayang orang tu.

Aku selalu perhati orang lain untuk belajar benda ni sebab aku dah masuk fasa dewasa. Aku kena belajar tunjuk ‘sayang’ tu. Ini bukan konteks percintaan. Tapi lebih kepada keluarga dan sahabat.

Aku tak ada kawan baik, aku tak ada kawan rapat, aku hanya ada sebuah keluarga yang sederhana. Keluarga yang memang tak tunjuk sayang and ambil berat, tak ada bermanja-manja.

Perkataan sayang tu memang tak pernah dengar, membuatkan rasa sayang tu macam tak wujud.

Tak ada sesi luahan perasaan dalam rumah ni, tak ada nak mengadu dan bercerita apa yang jadi kat sekolah harini, apa kau rasa harini. Kau simpan lah semua tu sendiri.

Effect nya, sampai sekarang aku selalu rasa janggal, kadang menyampah pun ada,

Bila ada orang over take care dengan aku, yang tanya keperluan aku, sihat ke tak? ada masalah ke tak? aku tak tahu nak react macam mana, then aku akan jawab okay, everything is okay.

Aku tak tahu apa masalah diri aku ni, ~ada orang care salah, tak ada orang care pun salah, argh!!~ bukan aku tak suka, ya aku nak sangat benda tu dari dulu,

Ada orang yang selalu tanya keadaan time down, okay ke tak, pastu pujuk time sedih. Sapa je tak nak di sayang kan? Tapi aku tak tahu kenapa ‘rasa’ tu hadir. Aku benci ‘rasa’ tu.

Then, sekarang aku dah masuk universiti, dan aku duduk rumah sewa dengan kawan, aku jenis introvert, tak pandai bergaul dengan orang,

But slowly aku kena juga belajar cara treat orang, belajar jadi caring person, tunjuk yang aku sayang kawan kawan aku, sebab aku nak diorang pun treat aku macam tu juga, nak diorang sayang aku juga.

Aku teringin nak ada seeorang yang boleh saling meluahkan, ~walaupun aku tak pandai meluahkan apa yang aku rasa~ saling menenangkan all the time. Duduk jauh dengan keluarga, so kawan lah pengganti mereka, tapi aku tak ada ‘mereka’ tu.

Then bila aku down, tak ada family kat sisi, tak ada kawan nak berkongsi, aku akan cari semangat sendiri, scroll medsoc baca pengalaman orang, tengok YouTube.

Bila dah okay sikit, barulah aku akan call family, bukan untuk cerita masalah yang terbuku di hati, tapi hanya untuk lepas rindu nak tengok muka semua.

Dua dari adik beradik aku pesan setiap kali nak balik rumah sewa, “kalau ada pape bagitahu kitorang, jangan simpan sorang sorang, kitorang tak tahu kau kat sana okay ke tak, kitorang jauh”.

Siyes touching bila dengar. Aku tak tahu dari mana diorang belajar cakap macam tu. Sedangkan sebenarnya diorang pun ada masalah sendiri.

Diorang ada depression disorder, jadi aku memang tak cerita pun bila aku ada masalah, takut diorang risau. Aku simpan sendiri bila dah tak tahan aku akan nangis.

Aku selalu termenung bila tengok kawan kawan yang lain, aku nak jadi macam diorang; selalu share hatta sekecil perkara dengan keluarga, dengan kawan yang diorang percaya, then hati terus lapang bila dah share masalah yang terbuku.

Tapi macam mana, aku tak tahu nak mula dengan apa. Teringat hadis nabi ni “من لا يَرحم لا يُرحم” siapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi. Siapa yang tak memberi tak akan menerima. Ya itu salah aku, sebab tak memberi layanan…..

Sebab aku tak tahu macam mana cara memberi. Orang takkan tahu apa yang kau perlu. So orang takkan bagi apa apa.

Suasana hidup aku dari kecil tak di ajar untuk luahkan apa yang aku rasa, tak ajar aku cara tunjukkan sayang aku. Jadi aku kena cari cara sendiri, aku kena minta orang ajar cara menyayangi.

Paling teruk sekali aku pernah minta ajar untuk betul kan intonasi dan ayat supaya nampak caring. Sebab selalu sangat respon aku hambar dan membuatkan orang turn off.

Korang boleh ajar aku, macam mana nak tunjuk ‘SAYANG’ tu?

Yang ingin menyanyangi,

– Manjah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *