Ajarkan Aku Lupakan Dia

Saya seorang introvert yang telah jatuh cinta.

Dengan orang yang kita selesa, kita jadi peramah.

3 tahun berhubung, saya sangat gembira dan bahagia.

Dia juga nampaknya sangat mencintai saya. Masa kami dihabiskan dengan moment-moment yang indah.

Tapi tiba-tiba dia minta putus. Sebenarnya bukan minta putus, dia macam dah perlahan-lahan melayan saya.

Saya mendesak tanya kenapa. Akhirnya dia kata dia ada orang lain. Dia rasa dia suka orang tu.

Hancur luluh hati saya. Tapi saya terima biarpun berat. Saya faham perhubungan tak boleh dipaksa.

Dia juga ada minta maaf dan minta halal segalanya. Tapi dia kata kita tetap kawan.

Pada awalnya saya okay saja. Tapi saya tak mampu sembunyi perasaan rindu pada dia.

Saya rasa macam orang bodoh pula. Saya masih mesej dia. Tanya sihat kah, dah makan kah.

Dia juga akan balas… dan tanya yang sama… cuma panggilan mesra dah tak ada. Dan dia sendiri tak pernah mesej saya. Hanya saya yang selalu mulakan.

Dan saya kerap lakukan apa-apa untuk tarik perhatian dia. Update status lah, tanya-tanya soalan lah.

Bab status, dia jarang tengok. Saya pernah post ayat-ayat kononnya saya sedang bercinta.

Nak bagi dia jealous kononnya. Tapi dia langsung tak tengok. Kalau tengok pun dia tak heran.

Yalah, kenapa pula dia mahu heran. Dia kan sudah ada pacar. Hatinya sedang gembira.

Yang sunyi dan sakit itu saya. Saya tahu saya bersikap seperti tiada harga diri.

Tapi saya tak mampu lupakan dia. Pernah saya blok dia, kemudian unblock balik sebab tak tahan rindu.

Sampai bila lah saya nak macam ni. Saya ada juga mahu kenal orang-orang baru, tapi hati tetap kuat sama dia.

Saya betul-betul mahu lupakan dia… Apa caranya… Pasti dalam ni ramai yang pernah putus cinta kan.

Bagaimana kalian mampu move on… mampu buang perasaan tu. Mampu buka hati sama orang lain.

Ya Allah, buntu sangat si aku.

– Nanda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. busykan diri dengan benda lain, buat benda yang kamu suka.. enjoy ur life, cantikkan diri, tengok alam…

  2. Semua orang ada cara masing2 untuk move on. Yang mana awak rasa baik awak ikut lah tapi yang tak berapa baik tu boleh abaikan hahahaha.

    1. Fikir benda buruk pasal dia sampai awak tawar hati. Contoh, dia berkenalan dengan perempuan lain time korang still together. Means dia curang la. Tak kisah la betul ke tak dia curang tu tapi just fikir yang buruk2 macam tu sampai awak sendiri tawar hati. Tak pun awak bayangkan dia tengah bermesra dengan perempuan tu tapi awak pulak hari2 nangis. Dia yg curang so dia yang patut nangis. asal awak lak kena sedih? awak takde buat salah pon. jangan bazirkan air mata untuk orang yg tak hargai awak. know your worth.

    2. Dengar lagu2 broken yang bagi semangat. Contoh playlist saya – Back to Black, Mahalini, Call Out My Name, Di Matamu, Aku Dah Lupa, I Will Survive. Saya ulang lagu2 ni setiap hari and it works.

    3. Cari someone yang awak boleh luahkan perasaan and bagi kata2 nasihat yang membina. Kekadang dengan cara meluah dekat orang kita dapat kurangkan beban di dada. Kawan2 pon kalau tau kita dalam situation macam ni selalunya dorang akan cuba happy kan kita. Kadang dorang ni boleh buka mata kita yang sebenarnya laki tu dont deserve us pun.

    • Nak tambah sikit lagi. Cantikkan diri. Selalunya lepas kita glow up laki tu akan datang cari kita balik konon menyesal duakan kita. Tapi disebabkan time tu kita dah cantik, dah makin bijak and matang, kita dah tak pandang dia pon sbb time tu kita dah celik mata. Dah tau harga diri kita kat mana.

  3. Saya pernah putus cinta dan rse begitu susah nk ‘move on’, dan kmi pon berpisah cara baik dan ada juga bertanya khabar slepas itu.. walau pon mulut brkata “saya dah redha..”, tp dlm hati hanya Allah yg tahu.. sya x block pon dia, sbb sya nk tau perkembangan dia, at least dpt tengok gambar raya dia bersama kluarga, apa aktiviti n pencapaian dia.. semua itu bkn lg mnenangkn, malah tambah ‘memedihkan’ hati.. akhirnya, saya pasrah shj dgn keadaan.., saya ambil kputusan agak ‘drastik’, tukar tempat kerja, malah jauh dari tempat yg dlu, kerana terlalu bnyak kenangan di sana; setiap jalan dan tempat yg kami pernah lalui n lawati, amat menyakitkan hati n mata.. di tempat baru, saya berjumpa org2 yg baru, n suasana yg baru, at least boleh ‘mulakan’ hidup baru dan tolak tepi (w/pon xbole buang semua) kenangan yg lalu.. macamna pon, saya masih belom terbuka hati utk ‘cinta’ yg baharu.. at least, sya berjumpa dgn diri saya yg baharu & semua kisah lalu ‘tertutup rapat’ di dlm hati.. semoga berjumpa diri awk yg baru juga.. wallahu a’lam..

  4. i’m introvert too.. klu ada org yg baik dgn i, i sayang betul2 seikhlas hati..
    i know that feeling.. nak advice pun x reti..
    time will heal la sis.. yg pasti, mesti ada yg lebih baik drp dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *