Ajarkan Aku Redha Untuk Suami Yang Baik

Aku ada terbaca dekat Threads tentang isu suami isteri bayar 50-50. Aku rasa yang banyak berdebat ni kebanyakannya Gen Z lah, sebab Millennial (Gen Y) macam aku ni dah tak heran sangat.

Tapi aku happy, sebab masyarakat dah lebih cakna pasal nafkah. Aku happy, sebab itu adalah generasi anak2 perempuan & lelaki aku nanti.

Kalau ikutkan atuk nenek kita dulu Baby Boomers, zaman sebelum & semasa perang. Husband & Wife ada peranan yang sangat distinctive. Masa ni la kot orang cakap, husband keluar cari rezeki. Wife duduk rumah beranak dan jaga rumah, kemas, masak.

Suami ni kalau balik rumah, memang melepak je. Ye la.. keje kat bendang. Kerja yang susah & penat.

Isteri pun penat jugak sebab semua manual. Basuh baju manual. Hidupkan dapur manual. Beranak manual, takde cheat code bak kata orang. Menyusukan anak pun manual. Belum banyak susu formula.

Kuat orang dulu-dulu.

Bila zaman mak ayah kita, dah merdeka. Negara sedang membangun. Baik lelaki atau perempuan, 2-2 mengejar education untuk keluar dari kemiskinan. Lelaki perempuan bekerja. Suami isteri bekerja. Semua buat sama-sama, belanja sama-sama.

Ada juga yang suami sahaja bekerja, tapi ibu2 zaman ni, ialah ibu2 yang mementingkan pelajaran anak2 mereka. Belajar, belajar, cari kerja bagus2.

Kalau la kamu nak pertikaikan. “Ok je mak aku dulu beranak 10 duduk rumah jaga anak. Kau baru anak sorang dah memekak, lembik.”

Sebenarnya kan, mak kau tak ok.

Maybe mak kau penat, tapi dia takde pilihan. Mak kau sayang ayah kau. Mak kau sayang korang adik beradik. Mungkin mak kau penat, tapi kalau dia depressed, orang cakap dia gila. So semua dia simpan sorang2.

Dan mak kau jugak la nasihatkan kakak dan adik perempuan kau untuk belajar rajin2, jadi pandai, kerja bebaik gaji besar, dan jangan bergantung pada lelaki. Kena kerja, apepe jadi kalau bercerai atau suami meninggal dunia, perempuan ada duit sendiri.

Kalau mak kau okkkayyyy sangat, kenapa dia didik anak2 perempuan dia gitu?

Zaman Gen X ni suami isteri memang kerja untuk meningkatkan ekonomi rumah tangga, masyarakat, dan negara.

Gen Millennial.

Masih lagi lebih kurang sama tapi dah nampak peningkatan. Perempuan ramai yang pandai2 kerja bagus. Lelaki dah ramai yang gaji tinggi. Kebanyakannya still 50-50 tapi kami tak kisah sangat. Sebab kami suami isteri start from 0. Daripada zaman manual kepada zaman digital. Tingkatkan ekonomi keluarga bersama2.

Zaman ni, negara dah maju. Sebenarnya, dah ramai lelaki yang mampu menafkahi keluarga tanpa bantuan isteri. Kita bukan lagi zaman perang atau zaman merdeka yang kita tengah struggle. Memang la ada masyarakat yang below poverty line tapi aku ambil yang general yang ok-ok ni ye.

Ada suami lepas gaji makin naik, slow2 dia ambil alih portion yang isteri dia bayar. Alhamdulillah. Murah rezeki. Ada suami yang dia suruh isteri berhenti kerja, jaga anak. Alhamdulillah. Murah rezeki.

Ada juga keluarga yang ada masalah, maybe anak tak sihat, so antara suami atau isteri kena berhenti kerja so that salah sorang boleh handle anak. Alhamdulillah. Tak kisah la siapa pun provider, moga murah rezeki.

Keadaan setiap keluarga lain2. Rezeki setiap keluarga lain2. Tapi untuk yang mampu, SUAMI, tolong lah start ambil portion nafkah kamu setelah gaji kamu naik.

Aku nak cerita pasal aku.

Kami start 50-50. Aku tak kisah sebab aku fikir both of us should enjoy our lives.

Bila ada anak, perbelanjaan bertambah. Masih 50-50. Aku berasal dari keluarga yang agak susah, so a small portion of my pay goes to my family. Husband aku famili dia senang, so duit dia, duit dia lah lepas bayar 50% of keperluan keluarga kami.

Bila beli rumah, husband aku banyak bayar, tapi aku still keluarkan duit untuk depo & renovation. Kalau kami buat apa2 loan, kami bayar 50-50.

Aku susah. Lepas tolak 50% belanja rumah, masa ni anak dah ramai, yang tinggal kat aku tak banyak. Kadang2 aku dapat hulur kat mak ayah, tapi makin lama makin tak cukup. Most of the days aku tak makan. Malam balik tu baru masak dinner.

Laki aku rilek je beli kopi mahal, makan luar hari2. Suami aku tau je aku takde duit, tapi selagi aku tak minta, dia tak hulur. Dan biasa aku ni segan. Aku pinjam dan bayar. Ada la 1 dalam 10 dia cakap tayah bayar.

Aku tak pernah tanya pun suami aku punya gaji. Aku assume lebih kurang aku je la kot. Kalau dia dapat bonus tu dia hulur sikit, aku guna untuk keperluan aku/keluarga.

Satu hari, aku nampak dalam bank dia ada beratus ribu.

Bank aku RM20. Hahahahaha….

Rupanya banyak je duit dia.. Aku pulak rasa bodoh.

Ok kat sini la start segalanya. Bila lalu kat FB ustaz2 menekankan nafkah suami.

RUMAH. Pasal rumah aku tak kisah. Rumah kami besar untuk anak ramai. Aku tak expect suami aku kena bayar full. Kalau nak dia bayar full, mungkin kami kena downgrade sikit, jadi aku tak kisah bayar separuh untuk keselesaan anak2.

MAKAN HARIAN, BARANG RUMAH. Lebih kurang 2-3k sebulan. Ada baby so banyak la sikit belanja. Baby dah besar nanti mungkin kurang semula.

Masih 50-50. Kekadang suami topup, kekadang aku topup. Yang ni sebenarnya suami dah boleh tanggung sepenuhnya, tapi bila aku ungkit, suami cakap, “kan dah setuju dulu bayar sama2.”

Masa hati aku sakit & tak redha, aku nak tengok depan Allah nanti bila dia kena tanya, nak tengok dia jawab, “tapi isteri saya dulu dah setuju nak bayar sama-sama.”

Time aku redha, aku istighfar la. Tapi iman manusia turun naik. Ada banyak hari aku cakap dalam hati, “Kau tunggu kat akhirat. Kau jawab kat akhirat.”

PAKAIAN. Benda kecil pada aku. Takde masalah. Baju raya takde pun takpe. Duit raya takde pun takpe. Aku tak kisah.

INSURANS, HIBAH, SIMPANAN & YURAN ANAK2.

Apa saja melibatkan anak2 aku tak kisah. Aku mati untuk anak2 pun takpe. Masih bayar 50-50 tapi tak kisah.

Kalau tengok kat sini, actually aku harap husband aku bayar extra 1-1.5k je per month. Yang tu dah cukup membantu untuk aku. Dan dia boleh sangattttt lah. Tapi bila aku minta, dia still dengan 50-50 dia tu.

Time aku taknak bayar hutang, dia mengungkit dah bayar macam2 untuk aku.
Ye betul. Tapi tak cukup. He can do more. He chooses not to.

Tapi aku ni dah 40-an. Aku ni dah malas dik. Masa hepi, aku redha. Masa menangis, aku tak redha.

Macam mana redha dia untuk aku pulak? Ntah la. Susah nak taat bila respect tu takde. Tapi takde la aku buat benda bukan2.

Kalau makan dengan kawan2 opis, kalau kawan popuan belanja, aku onz. Tapi kalau kawan lelaki nak belanja, aku tolak.

Sebab ramai lelaki Melayu Muslim lalai nafkah dan tanggungjawab. Aku takut termakan hak isteri atau anak atau ibu ayah dan adik-adik dia.

Kerja rumah? Takde masalah. Kami buat sama2. Husband aku ni baik. Tapi tu la. Aku isteri dia ni pulak terlebih baik. Nak redha bila aku susah tu susah.

Masa hati Arafah, aku doa hati aku redha dan tenang. Sebab aku sayang dia. Nak ke syurga dengan dia. Tapi ntah la…pemikiran dia ni.. tatau macam mana nak ubah.

Kekadang aku manipulate la dia. Kalau aku nampak dia usha perempuan lawa,aku pun cakap, nak aku cantik, aku pow dia skincare dan supplement sampai 1000. Tapi benda tu tak memujuk hati pun.

Kesimpulannya untuk adik2 perempuan Gen Z.  Cari lelaki provider. Bukan lelaki 50-50. Sebab adik, nak redha tu susah dik. Susah sangat. Akak menangis masa type ni.

Tapi bila kau cari lelaki provider dik, kalau kau nak duduk banglo, kereta bmw, kau jangan la cari lelaki miskin. Kau pun kena pandai la. Jangan la lelaki gaji 4k kau nak ketuk dia macam2. Memang la dia marah.

Kalau kau nafsu tinggi, cari lelaki kaya. Lepas tu kalau dicurangi atau dipoligamikan, at least duit banyak. Kau menangis dalam banglo sambil makan steak. Kau merenung kesunyian kau depan swimming pool rumah kau sambil hirup orange juice maid kau sediakan.

Tapi kalau kau jatuh cinta pada lelaki apa adanya, kau pun terima apa adanya la janji dia provider. Kalau kau nak upgrade sikit, kau la tolong. Tapi bila suami kau dah up-up, make sure dia slow2 ambil alih balik apa yang dia patut tanggung.

Dan kau jangan ambil kesempatan dik. Kau jangan ingat bumi berputar mengelilingi kau. Kau jangan ingat suami kau kena buat segalanya untuk kau. Kau jangan ingat kau princess. Kau jangan ingat keje kau nak mengangkang dan beranak je. Cari rezeki, kerja rumah, tanggungjawab suami. Tu nak mampus namanya.

Kalau suami kau dah layan kau macam Queen, kau layan macam King.

Sebab tanggungjawab isteri dan ibu ni besar. Kau takyah bising sangat kat Thread tu dok cakap soal nafkah je… Sebab perjalanan kita bukan sekadar nafkah.

Cuba kita kena macam orang kat Gaza? Kita akan berkorban apa sahaja untuk keluarga kita. Tak kisah la kita lelaki atau perempuan, kita akan keluar cari roti untuk anak2 kita. Kenapa kita tak boleh buat macam tu sekarang?

Aku ada terbaca orang ni tulis, “suami isteri pakat elok-elok.”

Aku rasa itu nasihat yang terbaik.

Untuk adik2 Gen Z yang lelaki. Jangan triggered bila perempuan tulis pasal nafkah tu. Apa dia cakap tu betul. Jangan la tulis “lelaki boleh terima perempuan miskin, kenapa perempuan tak boleh terima lelaki miskin?”

Sebab nafkah bukan atas perempuan.

Tapi kalau kau tak suka perempuan yg memberatkan soal nafkah ni, ko blah je la.. tayah berdebat dengan dia.

Sebab apa tau dik, satu hari nanti kau akan jumpa perempuan yang kau cukup sayang, yang kau nak protect, yang kau nak dia hidup senang, yang kau nak dia duduk umah jeee jaga anak2 kau. Yang kau nak mewahkan dia. Takkan sesekali kau nak dia hidup susah. Masa tu nanti mungkin kau akan faham.

Sekarang ni korang semua takyah sexist atau feminist sangat.

Cuma untuk anak2 aku.. yang lelaki aku akan ajar untuk jadi 100% provider ikut kemampuan. Aku takkan bagi ikut pemikiran ayah dia. Sebab ayah dia baik sangat, cuma bila mak dia ni susah, mak dia fikir macam2 yang buruk pasal ayah dia.

Aku nak wife anak aku bersyukur dan sentiasa redha. Dan kalau wife dia tak syukur dan tak redha, at least dia sebagai lelaki dah buat yang terbaik.

Untuk anak perempuan, aku akan nasihat untuk cari lelaki provider, dan jadi isteri yang sabar dan syukur. Sebab aku takut dia jadi macam aku yang susah nak redha.

Ikutan yang terbaik ialah para Nabi dan Rasul, dan isteri2 Nabi. Tapi tu la, isteri2 Nabi kuat sebab Nabi2 semua kuat berdakwah dan menyebarkan Islam.

Yang suami sekarang ni ramai je banyak duit tapi still suruh wife kerja macam gila. Bukannya pergi berdakwah pun. Siap buat hukum sendiri ada la.

Sekian luahan hati dan perasaan.

Ajarkan aku redha..

– Jiha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *