Ajarkan Aku Untuk Redha

Asalamualaikum wbt. Aku Tulip, seorang anak, isteri solehah (inshaAllah ) dan baru jadi ibu pada baby 3 bulan yang saaangat comel.

Aku perlu meluah sebab nak cerita pada sesiapa risau orang keliling kata apa pulak, so sini la tempatnya..

Aku tak pasti macam mana dugaan ni dapat pada kami suami isteri tapi doakan la aku untuk redha.

Allah bagi aku suami yang saaangat baik, pada mata aku hampir sempurna. Nafkah zahir batin semua suami aku sediakan, aku cuma bekerja untuk diri sendiri je.

Memang duit suami aku untuk kehidupan kitorang, and duit aku untuk simpanan sahaja dan kalau aku nak guna suka hati, yang tu no problem tapi suami aku memang ajar untuk berjimat dan menyimpan.

Aku kerja sebagai doctor kerajaan tapi jujur cakap i dont like my job and aku plan nak resign sebab mental aku tak boleh nak adapt dah..

So aku plan bila simpanan cukup, aku nak berhenti kerja and jaga anak pastu kalau aku rasa nak kerja2 sikit, aku plan nak buat locum je.

Pendek cerita, lagi dua bulan simpanan akan cukup and memang tinggal nak hantar surat resign je.

Harini, Allah uji aku.. start semalam suami aku duk minta transfer duit pada dia. Dia kata abang nak dapatkan duit ni, dan aku percaya..

Mula2 dia minta sikit.. 10k pastu minta lagi dan lagi dan lagi sampai total simpanan aku la kiranya.

Suami aku duk sebut banyak kali, percayakan abang, percayakan abang. So aku bagi semua, memang habis la semua.

Aku pulak tengah kerja time ni (aku kerja di bahagian kecemasan), dengan banyak pesakit tak stabil lepas tu pesakit duk bising demand macam macam. Aku malas nak pikir jadi aku transfer je semua.

Balik kerja dengan tak makan daripada pagi sampai ke malam, aku balik and terus masuk bilik. Entah kenapa, aku nampak suami aku sugul sangat muka dia.

Aku tanya ape jadi and aku paksa cerita. Suami aku terus meledak menangis, dan yes, kitorang kena scam. Total lost semua. Simpanan aku suami isteri habis semuanyaaaaa.

Time tu jugak aku dan suami meraung raung nangis dalam bilik.

Ya Allah, duit yang aku kerja macam hamba, habis macam tu je. Duit untuk masa depan anak aku habis macam tu je. Patah hati aku tengok suami aku menangis minta ampun kat aku.

Sekarang ni aku tengah duduk menyusu anak. Sedih aku tengok anak aku. Sorry sayang, ibu ayah bodoh sampai duit sayang hilang macam tu je.

Akikah anak aku bulan depan macam mana nak bayar? Nak balik kampung bulan depan macam mana nak bayar?

Duit rumah ni akan datang macam mana nak bayar? Duit ibu ayah aku macam mana nak bagi?

Perlu lagi ke aku kerja kat tempat yang sangat menyeksa aku ni? (try minta tukar tak dilayan ) duit taska anak macam mana?

Jujur cakap, money was never a problem dalam hidup aku. Nak beli ape semua no hal.. plus gaji suami aku pun banyak jugak ..

Tapi sekarang simpanan semua lesap pastu nak pindah rumah bagai lagi ni huhu.

Macam macam aku plan untuk simpanan aku tu tapi sekarang macam mana ye.. aku sangat sangat terkilan benda ni jadi pada kami. Suami aku sangat baik tapi tersilap langkah.

Aku minta tolong la doakan aku untuk redha.. nak sembahyang tak boleh la pulak.. aku risau sangat aku jadi isteri yang mengungkit nanti, atau dalam otak aku asyik terpikir2 benda ni huhu.

Ya Allah, tanamkan redha ya Allah, dan bagilah petunjuk perlua apa aku buat lepas ni..

– Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *