Ajarkan Aku Untuk Redha Kepada Suami Yang Baik

Untuk Part I, (https://iiumc.com/ajarkan-aku-redha-untuk-suami-yang-baik/).

Salam.. Aku baca komen2 untuk luahan lepas dan aku suka dengan perbincangan kalian.. nampak both sides lelaki dan perempuan faham tanggungjawab masing2.

Atas nafkah tu kan.. macam aku cakap, aku tak kisah awalnya. Silap aku, aku tak ambil tahu kewangan suami. Mulanya kami upgrade hidup kami untuk keselesaan anak2. Sebab tu aku tak kisah struggle untuk anak2. Kami kongsi bayar segalanya.

Contoh aku ada anak lelaki dan perempuan. Kalau suami bayar full, tak dapat pisahkan bilik ikut jantina. Yang teenager nak bilik sendiri sebab adik2 mengacau dia study. Kami pun tak dapat bilik kelamin nanti sebab anak2 akan mengendeng kat kitorang. So aku top-up bayaran rumah.

Aku ada mention sebenarnya aku just minta husband tambah 1-1.5k per month. Maksudnya, ambil alih sedikit beban tu daripada aku.

Sebabnya dari segi kelas tambahan anak, kelas art/ piano/ swimming (bukan sekaligus. Kami tukar2 aktiviti untuk anak supaya mereka dapat skill2 yang baik). Semua tu kehendak.

Aku just mohon suami ambil alih full duit belanja rumah je. Kalian komen, suruh aku bagitau suami, listkan kat suami, mintak suami duit. Semua drama air mata dah buat. Dah menjerit. Dah tulis surat 10 page depan belakang macam Rachel bagi kat Ross tapi Ross tak baca.

Dah call talian hayat. Dah tanya Ustaz Ustazah. Ketegaq jugak suami aku..

Ada satu komen, isteri dalam fasa survival tak dapat “perform” sebagai isteri dan ibu. Betul. Aku memang bukan isteri dan ibu yang baik sebab dalam kepala aku struggle fikirkan nak bayar itu ini.

Sebenarnya suami gaji lebih kurang aku je. Tapi ada side business. Duit tu suami simpan sikit2 sampai lama2 jadi bukit. Aku tau la ada hak aku kat situ. Takde la dia duit banyak kalau bukan sebab bini dia ni dah tolong tunaikan nafkah dia ye tak?

Kenapa tak tinggalkan je? Sebab suami aku baik.

Sepanjang aku pregnant, suami urut pinggang dan kaki.

Aku sakit contraction, suami peluk.

Baby menangis malam, suami jaga. Dia bagi aku rehat dan cukup tidur.

Aku menyusu baby, suami bagi aku bersandar kat belakang dia.

Aku malas masak, suami masak atau tapau.

Aku stress, suami bawa anak2 keluar supaya ibu boleh me time.

Aku overwhelmed, suami bagi aku space.

Hidup suami berkisar kat aku.

Aku masak benda yang sama sebulan, suami makan tanpa komplen. Tapi aku nak makan sedap2 aku minta dia ba
Suami tidur lambat sebab kemas rumah dan dapur.

Subuh2 aku selesa nak masak bekal sebab semua dah bersih.

Yang paling penting, aku dan dia boleh berborak benda yang kami suka macam best friend.

Suami aku lagi penat daripada aku.

Sebab tu aku cakap suami aku baik. Cuma part nafkah aku mintak extra tu x dapat. Dia layan aku “setara” dengan dia. Kalau dia dah buat part dia, aku kena buat part aku.

Isteri bila marah, segala kebaikan suami dia tak nampak. Sebab tu aku meluah. Dan sebab aku tau iman kita turun naik, aku tulis nasihat untuk adik2 tu. Yang lelaki, jadi provider 100%. Yang perempuan, cari provider 100% tapi ikut kemampuan lelaki.

Yang pasal aku cakap nak mampus tu, Aku minta maaf. Sebab aku nampak je gadis2 yang terlalu demand.

Anak Nabi pun buat kerja rumah sampai bengkak tangan. Jangan la korang fikir takyah buat langsung… Beragak dan jangan ambil kesempatan. Lelaki pun penat, mental diorg takde siapa peduli. Nak luah pun pada siapa.

Kalau dapat suami yg babykan korang, Alhamdulillah dan enjoy. Taat dan respect.

Kekadang kan, aku tertanya, kenapa husband aku taknak layan aku macam princess. Dia boleh je usaha lebih bagi aku senang instead of keep watching me struggle to make ends meet kan?

Nak cakap dia tak sayang, layanan dia lebih dari sayang. Nak cakap aku ni tak baik, aku punya setia dan support dia daripada awal.

In the end aku terima dia begitu. Sebab tu aku tulis, pada umur 40-an ni aku dah malas. Cuma sekejap redha sekejap tak.

Takpe lah. Ini hidup aku. Doakan suami aku lepas ni ambil alih menafkahi kami, dapat extra sikit pun jadilahhhh.

Dan doakan hati aku tak terlalu jahat.

Aku suka komen2 kalian dan aku hargai. Tolong sedar bahawa kisah aku bukan kisah terpencil.

Kawan2 aku ramai ada suami yang lepas tangan. Isteri struggle sangat2 buat part time, while the husband belanja kawan2 office makan. Belum kisah biawak hidup, curang, etc. Memang ada je isteri tak guna, it goes both way.

Sekian luahan..

– Jiha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim, ayat 7: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan tambah nikmat kepadamu; dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat pedih.

    Suami yg baik adalah suatu nikmat dan rezeki Dari Allah yg tak dapat dibeli dengan wang ringgit.

    Puan berasa suami lebih kaya wang ringgit dari puan atas Dunia tapi Allah akan jadikan puan kaya raya di akhirat nnti jika puan redha dengan pengorbanan yg puan telah kongsi dalam menjalani hidup sebagai suami isteri.

    Redha suami = Redha Allah

    Jangan jadikan life goal centered around money, tukar kepada mencari keredaan Allah. Life is too short to be wasted around money.

    Don’t worry, be happy dengan jalan Syukur.

    Peace, wassalam.

  2. redha kadang2 jadi susah, sebab kita takut. Takut kalau2 satu hari nanti, kalau kita x buat mcm ni, buat mcm tu, things can go wrong in our marriage. Kalau tak ikut nasihat2 org, kita akan “rugi”, kena tipu, kena curang, kena tinggal dan macam2 lagi, you name it. We are so afraid because, we read, kita lihat bgmana other people marriage yg dh failed, and we search for “what could go wrong” in it. And when we find it, we blamed them for such and such things that they did not do. For not doing better, for not doing enough, so sini lah dtgnya penyesalan. Maka dgn mudah2nya apa yg kita lakukan utk rumah tangga, kita ungkit, malah yg ikhlas jadi tak ikhlas, yg redha tak jadi redha. Just like that our ibadah being void by our own doing.

    Jadi di mana kita nak cari hati yang tenang di dlm rumah tangga? Disakiti, tersakiti, penat, lelah, marah, burn out, sedih, menangis sampai kembang mata, semua emosi tu dekat mana kita nak salurkan? Both your partner and you, go through this thing.

    I also dont know. But all i can say is, apa yg buat hati saya kekal tenang ialah, dgn meluahkan apa yg buat hati saya tidak tenang kepada suami & kepada Allah. Jgn lari drpd ni. Jgn cari saluran yg lain selain drpd dua ni.

    semoga yg baik2 saja buat kita semua. Wallahua’lam.

  3. Hmm.. .itulah manusia. Sebenarnya kalau kita ikut hukum Allah sWT semua akan elok je. Tapi nak buat mcm mana sbb manusia ni lemah dan bukan maksum maksudnya ada buat kesalahan jg. Maaf tapi saya bukan nak api2kan. Just curious. Puan kata suami puan baik kan? Baik seperti yg puan listkan dalam ni. Suami yg baik ni, kita kata dia baik bila dia IKHLAS layan dan santuni kita dgn baik ya. Ok, part ikhlas tu kita x tahukan? Hanya Allah sWT yg tahu. Kita boleh juga tahu. Cara kita nak tahu suami ni baik sbb memnag dia ikhlas sayang kita ialah cuba kita serahkan tanggungjawab yg perlu dia buat tu. Contoh nafkah wajib tu. Kita bg dia buat. Maksudnya puan jgn buat tugas suami bab nafkah wajib tu. Tengok dia layan puan sama x mcm sebelum ni. Kalau dia mula buat muka dan dah x baik mcm dulu, maknanya kemungkinan besar dia layan puan dgn baik HANYA SEBAB puan dah bantu part ambil tanggungjawab dia. Maknanya dia baik dengan puan sbb dia takut kalau dia x buat kebaikan dkt puan mcm yg puan listkan tu, puan x kan tologn dia, jadi dialah yg susah nanti. Maaf, ini hanya andaian saya saja ya. Apa2 pon yg lebih kenal suami puan adalah puan sendiri dan Allah SWT sahaja yg tahu.

  4. Pendapat saya, berhenti kerja. Turunkan gaya hidup. Rumah kecil atau besar, sewa atau beli, sebulan ibu tengok anak makan telur sebulan lagi ayam, pendek kata hidup seadanya, itu syukur sebenarnya seorang isteri. Nak bantu suami untuk tampung kelas tambahan, kelas khas anak-anak dll tambahan itu baru cerita lain. Jangan risau/marah dengan harta yang ditahan-tahan itu, semua dalam pengetahuan Allah baik atau buruk sebab-sebab/niat itu.

  5. Cerita ni kalau suami yg mengadu bini takmau keluar duit lebih walopun kaya dari laki, baru semua meletup kecam bini kaya tu. Mental health lelaki semua terlebih peka, air mata lelaki kan mahal. Tapi sebab tt pompuan, maka tugas tt redho je la sampai sudah ahahaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *