Ajarkan Saya Untuk Redha

Assalamualaikum pembaca budiman. Hidup tanpa masalah dan ujian bukan manusia namanya.

Tapi macam mana kita nak redha dengan setiap ujian tu? Macam mana nak yakinkan hati semua musibah yang kita dapat ada ganjaran yang Allah simpan untuk kita.

Ada ke doa atau amalan apa2 yang boleh buat kita redha dengan setiap ujian tu?

Sebenarnya almost apa jua ujian dalam hidup saya ni saya boleh terima, boleh hadap. Sebab jenis saya biarkan saja masalah tu berlalu. Sebab tanpa buat apa pun, masalah tu akan reda kecuali satu benda ni ja. Iaitu hutang.

Orang kata kerana hutang boleh putus saudara, apatah lagi sahabat baik.

Saya pernah bagi kawan pinjam some amount untuk settle masalah dia. Dia janji nak bayar tapi tak bayar2. Alasan demi alasan di bagi.

Sampai hubungan kami pun putus macam tu ja. Sekarang hubungan kami hanya dasar penghutang dan pemiutang.

Tapi saya tak benci dia pun. Sebab satu ketika dulu ketika hidup saya dalam lumpur, dia yang keluarkan saya dari kegelapan.

Kalau saya ni orang buta, dia ibarat tongkat untuk orang buta tu..Besar sangat jasa dia pada saya.

Saya kenang setiap budi dan kebaikkan dia sampai sekarang.

Masa dia dalam kesusahan, saya sendiri yang rasa nak balas jasa dia. Saya bagi dia pinjam. Saya percaya dan yakin dengan dia.

Dia selalu cakap, persahabatan ini sampai ke syurga. Dia selalu cakap, andai saya ke syurga, tapi dia ke neraka, dia mintak saya selamatkan dia. Sama jugak kalau saya ke neraka, dia akan selamatkan saya.

Tapi apa yang kita rancang tak sama dengan ketetapan Allah. Atas satu peristiwa, hubungan kami retak akbat pergaduhan besar.

Saya redha sampai situ saja Allah bagi pinjam seorang sahabat untuk saya. Saya pasrah sampai sini saja persahabatan kami. Lagipun semua tu salah saya, jadi saya kena terima hancurnya hubungan akibat perbuatan saya.

Tapi bila hubungan dah tiada, mesti la saya tuntut hutang sebab duit tu bukan duit saya. Tapi saya tak de mendesak atau paksa dia. Masih saya tanya baik2, ada duit tak. Boleh tak bayar sikit..Sebab tu bukan duit saya.

Saya pun pinjam dengan mak untuk bantu dia masa tu.Tapi mak tahu ja saya nak bagi dia pinjam. Mak pun cakap ok sebab masa tu dia baik dengan keluarga kami.

Apatah lagi dulu dia pun kata dia akan bayar sikit2 setiap bulan.Tapi lepas tu dia tak nak bayar balik.

Sebenarnya sekarang ni bergnda2 dia mampu untuk bayar sebab kehidupan dia sangat stabil sekarang.

Tapi dia seperti tak de hati untuk bayar balik ibarat macam orang sayang harta dan duit.

Dia dah bukan seperti seorang sahabat yang saya kenal masa dulu. Dah macam orang lain sikap dia.

Percakapn dia sangat sombong dan bongkak. Saya fikir, mungkin sebab dia benci saya jadi dia layan saya macam tu.

Alasan dia, duit tu bukan dia guna. Tapi family dia yang guna. Ye la masa tu nak tolong family dia. Dia kata dia dah suruh family dia settle.Tapi kalau family dia tak nak settle,dia tak boleh buat apa.

Sedangkan dulu saya bagi pinjam harapkan dia.. Bukan keluarga dia.. Bukan saya bagi kat tangan keluarga dia. Tapi dia tak nak peduli semua tu.. Dia lepas tangan macam tu ja.

Saya cuba untuk redha. Sebab bukan kuasa kita untuk buat orang bayar hutang. Semua tu atas diri masing2.Doa tahajud macam2 saya buat.

Sampai saya dapat rezeki pergi umrah melalui syarikat lama.Masa tu saya cuma doa mintak keluarga dia murah rezeki dan lembut hati untuk bayar hutang ja.

Tapi kalau Allah belum izinkan, apa saya boleh buat. Saya cuba untuk redha dengan ujian ni..Tapi saya tak mampu. Saya dah iktiar sehabis mungkin untuk mintak dia bayar, tapi tetap tak berjaya.

Sebenarnya tu kalau duit saya, saya pasti redha atau halalkan ja. Sebab duit2 lain ada ja dia pinjam, tapi dia tak bayar, saya pun tak mintak sebab saya redha.

Tapi duit mak ni, saya kena tangungjawab. Mak pulak asyik tanya duit. Dan salahkan saya sebab percaya kawan. Kadang2 saya jugak tertekan dengan kata2 mak.

Bila mak tahu saya dah tak berkawan dengan dia, macam2 pulak mak sindir. Siap kata dari awal mak rasa dia nak ambik kesemptan kat saya.

Mak saya tak tahu dan tak akan tahu atau cuba faham apa masalah saya time tu.

Time saya susah,hanya dia seorang saja yang stand dengan saya sampai kesudah. Tapi orang tak nampak jasa dia semua tu. Orang cuma nampak dia tipu duit, orang cuma nampak saya ni bodoh mudah2 bagi pinjam duit.

Ya, saya tahu saya salah. Saya jugak menyesal. Saya anggap ni pengajaran untuk saya. Saya sedar, kalau nak tolong orang guna duit sendiri, bukan pinjam orang.

Tapi masa yang lalu pun tak dapat putar kembali. Kalau tak, buat apa saya nak berdiri dalam keadaan macam ni sekarang.

Time tu saya fikir, apa gunanya kawan kalau tak tolong dia masa susah.

Sedangkan macam2 dia tolong saya masa tu. Tanpa peduli masa, wang dan khudrat dia yang dia habiskn untuk saya. Semua tu dia buat dengan ikhlas.

Paling tak boleh lupa. Time pkp, masa saya sakit. Dia tinggal kerja dia macam tu ja. Dan drive sorang2 dari kl ke penang untuk jaga saya. Tanpa fikir sesaat pun.

Untuk dapat surat dari polis, walaupun tak de alasan kukuh, sampai merayu2 dia kat polis untuk balik tengok saya.

Sebab dia tahu, tak akan ada orang peduli hidup mati saya termasuk family. Dia sangat faham apa masalah saya.

Btw, saya dulu terlibat dengan ecstasy. Saya seolah2 tak mampu keluar dah dari circle tu. Lepas kenal dia, dia la yang banyak fight untuk diri saya, untuk bantu saya hidup normal macam orang lain.

Sampai saya dah bebas dengan ketagihan, bebas dari dunia hitam tu sekarang ni. Kalau tanpa dia, pasti hidup saya makin teruk dan tak de jalan keluar mungkin.

Kerana dia jugak la saya banyak mendekatkan diri dengan tuhan..Saya belajar hidup secara positif dan berjaya harungi apa jua masalah saya atas jasa dia.

Sebab tu sampai sekarang saya terkenang kebaikan dia. Sebab orang kata tengok msa susah sapa ada dengan kita. Yang saya nampak hanya dia seorang saja yang ada setiap masa dengan saya.

Bantu saya keluarkan saya dari dunia gelap saya di saat keluarga pun lepas tangan pada saya. Tapi orang lain tak akan nampak semua tu. Sebab orang nampak duit lagi besar.

Lagi satu saya fikir nak pinjam mak masa tu, sebab antara adik beradik, saya saja yang tak pernah guna duit faraid bahagian saya. Sebab kami adik bradik sepakat nak bagi kat mak.

Tapi adik beradik lain ada ja mintak jumlah2 tertentu untuk urusan peribadi diaorg. Tapi saya tak pernah mintak satu sen pun, kecuali untuk tolong kawan.

Sebab saya anggap dia sahabat dunia akhirat saya. Sampai sekarang saya masih doakn dia walaupun dia mungkin benci saya, tapi saya masih sayang dia sebagai sahabat saya.

Selalu saya fikir, apa la sangat wang tu kalau nak di bandingkan dengan segala kebaikan dia pada saya time tu. Tak mampu balas dengan berjuta ringgit pun sebenarnya atas kehidupan normal yang saya dapat sekarang ni.

Tapi sebab duit mak. Memang saya ingat nak ganti. Dulu saya ada pekerjaan yang bagus. Sekarang company saya dah tutup.

Saya pun belum dapat kerja yang sesuai. Saya tak mampu untuk bayar pada mak.

Saving pun semua dah habis bayar installment bank. Sekarang pun masih lagi keluarga bagi saya makan.

Tapi tetap orang ungkit keburukan saya. Tetap orang suruh mintak duit tu.

Saya dah jelaskan situasi saya pada kawan saya. Saya dah cakap tu kan duit mak. Saya merayu sangat mintak dia bayar sikit2.

Tapi dia tetap kata tak akan tangungjawab dengan alasan dia guna untuk tolong family dia.Bukan untuk keperluan dia.

Lagi satu dia cakap, dia tak mintak pun. Tapi saya yang offer nak bantu dia. So tu bukan salah dia. Dia suruh saya settle sendiri masalah saya.

Entah la..Saya tak tahu nak redha macam mana dengan keadaan ni. Kerana hal ni, hati saya pun tak tenang. Setiap masa saya kena panic attack akibat anxiety saya.

Ya la, orang berhutang kan hati dia tak tenang. Sekarang saya hutang dengan mak sebab tu hati saya tak tenang.

Tambah dengan ungkitan keluarga setiap masa, rasa macam nak mati pun ada.

Datang time tak ok, hati ada terfkir untuk kembali ke dunia hitam tu. Tapi mujur saya cepat sedar ke realiti.

Saya mintak semua doakan saya di beri rezeki untuk bayar hutang mak saya. Doakan saya dapat kerja elok..

Atau doakan la dia berlembut hati untuk settle hutang tu. Kurang2 satu masalah saya boleh selesai.

Mana tahu asbab ramai2 doa, ada kebaikan boleh berlaku kat saya.

Saban malam saya tak boleh tidur teringat duit yang saya perlu bayar kat mak. Hidup saya betul2 hilang ketenangan sekarang ni.

Terima kasih sahabat alam maya.

– Cici (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *