Terima kasih kerana siarkan confession saya. Tapi ni bukan confession sangat pun. Lebih kepada nak kongsi pengalaman.
Saya ada seorang kawan yang saya kenal sejak bangku sekolah menengah lagi. Saya tak berapa rapat dengan dia. Dia pun jenis yang introvert tak banyak bergaul. Oh, kami duduk asrama dulu jadi kenal-kenal macam tu saja.
Tapi saya perasan, hujung minggu parents dia langsung tak pernah visit. Padahal dia rumah dekat saja. Masa form 3 ada solat hajat pun parents dia tak datang. Perjumpaan ibu bapa guru pun tak. Pibg pun tak.
Lepas tu saya dapat tahu parents dia bercerai. Ayah dia kahwin lain. Sekarang dia tinggal dengan ibu dia. Ibu dia ambil kerja upah-upah nak tanggung kehidupan. Saya tahu sebab saya pengawas bahagian kebajikan. Cikgu masukkan nama dia untuk BKP. Saya pelik mula-mula sebab tahu dia orang senang kenapa boleh nama ada dalam senarai BKP. Itu yang cikgu bagitahu saya tu.
Sejak tu saya mula rapat dengan dia. Orang introvert ni jenis pendam segala rasa dia. Dia tak pernah nak mengadu nak mencanang. Orang yang extrovert pun kadang-kadang hanya tunjuk yang gembira saja dekat kita. Tak pernah nak mengadu. Kita sebagai kawan kenalah alert dengan perubahan sikap kawan-kawan. Kadang-kadang bila pendam boleh jadi mental illness.
Masyarakat malaysia kena tukar pemikiran yang mental illness tu gila semata-mata. Depression, anxiety tu semua mental illness. Kawan saya ni dia ada anxiety. Tapi mild lah. Dan dia ada trust issue. Tapi bila saya kawan dengan dia dan dia makin open, simptom2 tu makin kurang. Kadang-kadang kita tak boleh nak ubati tapi kita boleh bagi sokongan. Jangan ingat dia tu sensitif tak bertempat atau selfish. Kita tak tahu her side of story.
Masuk zaman uni kami berpisah. Kami masuk uni local yang berbeza tapi masih contact guna phone atau fb. Saya tahu dia tak banyak kawan, tapi daripada cerita dia , dia ada beberapa orang kawan. Dia memang selective dalam berkawan. Again, kita tak boleh terus menghukum, cakap dia sombong bongkak. Trust issue bukan benda mudah nak deal. Tapi once dia open dengan kau, semua benda dia boleh cerita. Jangan korang pula hancurkan kepercayaan dia. Makin parah nanti.
Tapi satu benda yang saya amaze dengan keluarga dia especially mak dia adalah kebergantungan kepada Allah semata-mata. Saya pernah jumpa mak dia dan sembang-sembang dengan mak dia. Rupa-rupanya dia masuk uni tak pakai ptptpn langsung. Sebab tak ada siapa nak jadi guarantor. Satu tahun mak dia yang sara pakai duit anbil upah. Tahun kedua dapat tajaan tanpa ikatan. Untungnya tak ada hutang bila grad.memang tak mewah sebab tajaan pun tak banyak tapi pada hemat saya itu lebih baik daripada berhutang.
Mak dia pesan yang penting hubungan dengan Allah. Mak dia didik dia dan adik beradik dia dengan Al Quran. Kalau mak dia tak ada kerja, memang kerja mak dia baca Quran saja. Kadang-kadang seminggu boleh khatam.
Kalau orang tanya mana ayah dia, saya tak tahu. Last saya jumpa masa ayah dia ambik dia masa form 5. Lepas tu kalau saya pergi rumah diorang memang tak pernah jumpa. Memang kes gantung tak bertali.
Jadi dekat sini akak ada beberapa pesanan:
1. Sayangi kawan anda. Peka dengan perubahan dan masalah dia.
2. Sayang Al Quran. Jaga hubungan dengan Allah.
3. Kepada lelaki, jangan jadi macam ayah kawan saya. Habis madu sepah dibuang. Kifarah Allah itu luas. Keampunan Allah itu juga luas. Pilih lah yang mana satu nak.
Ikhlas
Maya the akak.
– maya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit