Hai Assalamualaikum, Thank you in advance to admin jika confession ni disiarkan. Firstly maaf lah kalau penulisan aku tak best. Aku jarang jarang menulis. Ok, harini aku nak bercerita mengenai akak dan mak. Bukan niat aku nak memburukkan sesiapa tapi atas dasar simpati dan mencari solusi aku beranikan diri tulis confession ni dan sebenarnya lebih memerlukan nasihat atau komentar dari pembaca mengenai permasalahan dalam family aku ni. okay senang cerita, akak merupakan anak sulung dari 4 adik beradik. Aku yang last. Akak sekarang dah berusia almost 30 tahun dan masih single. Akak ni berbanding kami adik beradik yang lain dia kurang putih berbanding yang lain. Mak, aku dan adik dalam kategori gebu gebas dan akak pula agak manis sebab ikut sebelah bapak mungkin. Jadi dari kecil lagi, akak ni dibesarkan dengan dilabel sebagai ” hitam” dan less cantik dalam family. Selalunya joke dalam family dan mak suka membebel tentang muka akak, apa yang akak pakai serba serbi tak kena.
Dari kecik akak ni hilang self confidence aku tengok. Mak memang kuat membebel. I guess normal lah mak mak membebel tapi mak aku ni membebel sepanjang hari kalau kakak ada di rumah. Ada saja benda tak kena. Kerja kerja rumah memang akak buat, abang aku yang no.2 haram nak basuh pinggan sekalipun. Kalau aku balik U, aku cuba tolong mana yang aku mampu. Tapi kau bayangkan betapa lemaknya abang aku ni tak disuruh buat apa apa oleh mak dan apa apa masalah dia buat selalu tak jadi masalah.Agak patriaki skit part ni. Akak namakan kucing tak kena dengan rasa dia pun dia marah akak. Bukan setakat marah, bodoh bangang bengong selalu dimulut mak pada akak. Mak selalu jugak cakap anak dia nanti teruk, mak mertua mesti tak suka akak dsb. Benda ni lah juga aku rasa punca akak tak kawin kawin.
Ya, akak dah 2 kali bercinta dan dua dua end up kawin dengan perempuan lain. dan disebabkan akak dah almost 30, setiap raya mak cik mak cik bawang akan sibuk bertanya mak bila akak nak kawin. dan mak aku tak senang duduk tengok akak tak kawin lagi jadinya ada satu kawan mak berkenan pada akak. jadi nak dijodohkan. Akak aku dah la baru dapat jemputan kad kawin dari ex dia, mak aku pula push push akak yang tengah frust menonggeng. Akak menolak sekeras kerasnya lah cerita dia. Mak cuba pujuk secara baik pada awalnya, sampai satu tahap mak menggunakan kata kata bodoh. Aku pelik sebenarnya mak aku ni, bila dengan kami dia cakap baik baik. Tak pernah lagi aku dapat kata kata kesat walaupun dia marah, tapi akak ni lain. Aku tak nafikan juga akak agak melawan sebab dia tak tahan dengan mak. oh ya, akak sebenarnya ada mental disorder dan direfer ke psikatri sejak zaman universiti lagi. 5 tahun struggling dengan masalah dia akhirnya akak memberanikan diri jumpa psikatri tanpa pengetahuan family.
Aku tahu pun selepas satu kejadian berlaku……. masa cuti semester lepas aku nak balik kampung dan akak ambil aku kami balik sekali. Akak yang drive. Kami berborak macam biasa je, gelak gelak tiba tiba akak menangis tanpa sebab. Aku cuak beb. Aku pun mintak akak berhentikan kereta bila dah smpai RnR, biar aku yang drive. Akak aku pulak menangis bukan menangis senyap senyap, dia cry baby. seram shit jugak aku dibuatnya masa tu. Masa dia berhentikan kereta dekat RnR aku belikan dia air dan bagi dia masa untuk bertenang. Kemudian aku tanya dia, bila aku tanya, dia menangis dengan kuat. Rupanya akak tertekan dengan kehidupan dia dan masa tu lah aku tahu akak ada mental health issue. Akak dari umur 18 dah bermasalah, terutama ketika solat. Dia selalu dengar suara yang bukan bukan sehinggalah 5tahun lepas tu dia berani jumpa psikatri.
Nurse yang dikaunter masa tengok slip refer dia, nurse tu terkejut dan cakap ”macam mana awak boleh lalui 5 tahun ” dan aku pun terflasback balik kisah kami masa dekat rumah, akak selalu solat ulang ulang dan buat semua kerja ulang ulang. kau bayangkan , akak suka type lepas tu padam balik dan type balik lebih dari 10 kali kadang kadang. cek pintu tak payah cakap la berapa kali, dan solat semestinya. mak dan bapak marah akak . ada sekali mak mintak akak solat depan dia sambil bapak ada depan sekali. akak punya lah menangis masa tu bila kena marah sebab angkat takbir berkali kali. Mak pula bercerita dekat mak cik mak cik mengenai akak yang suka solat pelik pelik, akak terdengar banyak kali mak bercerita keburukan akak. Cumanya, kadang kadang aku setuju mak bukan sejenis yang tayang kehebatan anak anak di depan mak cik mak cik bawang sewaktu hari raya. Mak lebih suka dengar, cuma part akak tu aku tak setuju.
Akak cuba bercerita dengan bapak masalah dia masa dia umur 20 lebih , bapak mendengar dan tak banyak cakap. Cuma selepas dari akak bercerita mungkin lah bapak nasihatkan mak, mak punyalah bengang lepas tu hari hari mentioned pasal akak suka mengadu dekat bapak. Aku, masa tu buat apa? aku diam. kami semua tak berani nak lawan mak. Bapak pun sebenarnya bukan jenis yang banyak bercakap dan apa yang dia boleh buat bapak kurang marah akak dan minta mak tak push carikan jodoh untuk akak. Akak berkali kali terfikir untuk suicide sepanjang belajar di Uni tapi dia takut sebab dia tahu dosa pahala (duduk dengan crowd tengah gelak gelak pun dia terfikir nak suicide) dan masa tu berat badan akak naik mendadak ditambah lagi masalah kos yang dia ambil Chem eng yang susah dan dalam masa sama ex dia kawin senyap senyap.
Lelaki tu sangat trash! Aku tak tahu la macam mana dia hadap semuanya. Akak ada jugak bagitahu, dia selalu nangis kalau tengok conversation kawan kawan dengan mak diaorg sweet sweet. Akak tak merasa apatah lagi dipeluk oleh mak. Mak aku jenis tak tnjuk perasaan depan kami adik beradik. Lepas akak bercerita almost dua jam jugak kami dekat RnR akhirnya aku yang memang tak suka peluk orang akhirnya beranikan diri peluk akak sebab aku rasa she needs a hug! akak peluk aku dengan kuat sambil teresak esak nangis. masa ni, aku berjujuran jugak air mata. Itulah peluk pertama aku ! Akhirnya kami pulang ke rumah, akak minta aku rahsiakan semuanya. Cuma masa aku drive, aku terfikir mungkinkah akak ada mental health problem disebabkan tekanan dari keluarga.
Apa apa pun, akak masih balik kerumah, layan mak baik baik. Aku percaya lama lama mak akan okay. Akak pun sebenarnya berfikir untuk pindah keluar negara tapi akak tak sampai hati berjauhan dengan mak dan bapak walaupun dia tak happy. Dan apa yang aku boleh buat sebagai adik, aku kurangkan kerja akak di rumah. dan kadang kadang aku happykan akak dengan ajak dia keluar tapi akak dah tak se fun masa kecik kecik dulu, Akak nampak murung. Cuma sekarang ni, mak dah tak push sangat akak bab kawin . setakat ni lah. Semoga mak akan bertambah baik hubungan dengan akak.
– Middle child
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit