Akak dan Makanan

Assalamualaikum semua. Aku nak kongsi sedikit cerita aku, bukan cerita sedih atau serius lebih kepada cerita pasal aku dengan akak aku. Waktu sekolah menengah, umi aku meninggal. Jadi akak aku lah yang jaga aku. Beza umur akak aku dengan aku 10 tahun.

Akak aku dia dah berkerjaya, kerjaya yang boleh di katakan agak hebat. Selalunya akak aku ni dia terpaksa pergi banyak negara untuk kerja dia. Biasa sebulan dua juga dekat sana. Kalau macam seminggu ke atau beberapa hari. kalau tak ada hal memang akak aku bawa sekali. Yang aku nak cerita ni, akak aku ni suka tengok orang makan. Selalu akak aku cakap, ” eh ni sedap, yang ni sedap juga” dan terus beli. Banyak sebenarnya, selalu pula tu. Aku iyalah lelaki yang sedang membesar jadi aku happy je akak aku belikan makanan tu.

Tapi akak aku dia setakat rasa sikit, dan lain tu dia suruh aku habiskan. Sambil aku makan tu lah sambil tu dia tenung. Kadang tu aku cakap lah malu kena tenung waktu makan. Tapi dia gelak je. Kadang2 tu siap rakam , ambik gambar. Sambil aku makan tu dia ulang tanya

“sedap tak?” Biasa kalau akak aku kena pergi overseas hari-hari dia akan webcam. Lepastu dia suruh aku makan dia nak tengok. Biasa tu dia suruh aku order macam-macam. Tapi yerlah yang masukkan duit tu semua akak aku. Jadi aku pun “iyalah kak”.

Paling lama dia kena stay dekat jepun nak dekat 4 bulan juga tak silap aku. Sepanjang tu sehari tak terlepas call ke webcam. Aku kadang tu rasa bersalah juga. Iyalah aku makan tapi akak aku tengok je. Sampai sekarang akak aku suka je tengok aku makan. Kalau macam dia kena stay up siapkan kerja. Macam-macam dia beli makanan. Tapi dia makan sikit lain tu dia suruh aku habiskan.

Banyak kali kalau tengah pagi dalam 2-3 pagi akak aku kejut suruh teman dia pergi cari kedai makan..kadang2 fast food. Tapi dia rasa sikit, lain tu dia suruh aku habiskan. Entah berapa banyak agaknya video aku makan dengan gambar akak aku letak dekat instagram dia.

Ada juga aku tanya. Tak apa ke aku makan. Dia cakap tak apa dia lagi suka tengok aku makan dari dia makan sendiri. Dia cakap tengok aku makan boleh kenyang haha. Tapi itulah, takkan nak complain yang bayarnya akak aku. Aku pun suka je dapat makanan. Hahaha. Tapi itulah kalau akak aku terjumpa atau nampak makanan ni sedap dia terus ajak aku. Ada sekali dia nampak video BBQ dekat KL viral. Dia ajak aku pergi, sanggup dia drive jauh nak cuba. Last sekali akak aku cuma rasa sikit dan lain tu aku habiskan.

Sebenarnya, dulu akak aku tak ada lah macam ni. Tapi sejak dia asyik berjaga malam siapkan kerja terus muncul habit macam ni. Awal dulu lagi teruk, kalau dia lapar dia masak atau beli makanan. Tak kira pukul berapa pagi tu dia paksa aku makan. Tapi sampai sekarang akak aku suka tengok aku makan. Aku pun tak tahulah kenapa. Padahal aku makan sama je dengan orang lain.

– AM

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *