Salam semuaaaa.
Ceria tak hakak injinur pepagi ni. Kahkahkah. Maafkan hakak kalau panjang sangat.
Okay. Hakak tengok ramai yang duk bash adik (adik ke?? tua sangat dah hakak ni) yang post pasal beza gaji ikut pointer tu. Macam ni la. Hakak bukan la nak kata yang adik tu betul semuanya. Dan hakak jugak tak kata yang korang yang bash adik tu salah. Tak. At least, not totally. Ecewahh. Jap lagi aku kena bash pasal guna Engrish.
Tapi korang nampak tak apa yang adik tu cuba nak sampaikan? Its about market. Kau hengat jual barang kosmetik qu puteh qu puteh barulah puteh terlajak laris je tengok market? Kau hengat abang zizang je tau cerita pasal market. Meh hakak nak cerita sikit pasal market kat korang. Hakak takde lah pandai sangat bab market ni pun. Kalau salah mintak akauntan-akauntan berkaliber betulkan.
Tapi, secara asasnya semua urusan kat dunia ni bergantung dengan market. Jual G-string terpakai kat mudah pun bergantung dengan market. Pilih ahli kumpulan nak main konda kondi pun bergantung dengan market. Jadi, pemilihan pekerja dan tahap gaji pun bergantung dengan market. Paling mudah, fahamkan konsep supply and demand. Ni hakak tak dapat translate. Memang hakak belajar BI supply and demand. Bekalan dan permintaan ye?
Jadi, apa yang aku mengarut ni? Apa yang hakak nak cakap kat sini, apa yang adik tu cerita takde la salah seratus peratus. Dan korang jugak betul. Hidup ni bukan bergantung dengan pointer kau tu dik. Hakak pun pointer cukup makan 3.01 CGPA dik. boleh je berjaya, siap masuk gomen gaji skrg dah dekat 7k dik. Bukan hakak nak riak tapi hakak tengok kawan-kawan yang pointer 3.8 dulu pun gaji masih 5k. Zaman pak jib ni ko tahu bape banyak beza 2k tu? Macam 2juta tahu takk?
Kembali semula ke tajuk bekalan dan permintaan. Kalau korang belajar pasal S&D, korang akan tahu ada graf S&D ni. Secara amnya, bila supply meningkat, demand turun, price turun. Bila supply turun, demand meningkat, price naik. Jadi, anggap la universiti2 ni tak kira yang awam atau swasta, tempatan atau luar negara, semua adalah kilang yang menghasilkan produk mereka iaitu graduan-graduan masing-masing. Ikut sumber hakak yang tidak dapat disahkan, untuk tahun 2015 sahaja ada 385,000 orang penganggur di Malaysia, yang mana 56% daripadanya (berjumlah 216,000) adalah graduan universiti. Sumber hakak tak dapat cari berapa orang yang bergraduasi pada tahun 2016 ni. Tapi hakak ambil pengiraan yang ringkas la. Jumlah calon SPM 2012 adalah 470,000 orang. Katakan hanya 40% yang sambung belajar ke peringkat tinggi, berjaya bergraduasi pada tahun 2016, dan buat keputusan untuk bekerja di Malaysia. Tak sampai 50% tapi jumlah graduan baharu dah mencapai hampir 190,000 orang. 2016 sahaja. (Kalau sesiapa dapat berikan hakak statistik yang sebenar, dialu-alukan.) Jumlah graduan yang belum mendapat pekerjaan bagi 2016 adalah 406,000.
Cuba beritahu hakak, dalam setahun, berapa banyak peluang pekerjaan yang wujud? Serius ni. Hakak malas nak cari. hahah. Tapi, kalau korang boleh tengok apa yang hakak cuba sampaikan, lambakan graduan telah menyebabkan bekalan tenaga kerja yang diperlukan meningkat saban tahun. Walau bagaimanapun, peluang pekerjaan yang ada tidak meningkat selari dengan jumlah graduan tersebut. Ini menunjukkan apa yang hakak cuba katakan pada awal tadi. Supply increase, demand maintain, price decrease. Itu lah kebimbangan hakak. Dan hakak yakin, itu juga kebimbangan confessor sebelum ni. Ditambah pula dengan kilang-kilang yang semakin banyak ditutup di Malaysia, bertambahlah graduan yang menganggur. Syarikat-syarikat swasta takkan segansilu untuk menurunkan tahap gaji graduan segar (fresh graduate) disebabkan oleh graduan-graduan yang terdesak untuk mencari kerja dan keadaan yang mendesak.
Ya, soft skill itu penting. Sangat penting. Tapi perlu diingat, kualiti dari segi akademik juga perlu dijaga. Ada nilai tambah dari kedua-dua segi, baru kita boleh demand gaji yang kita rasa layak. Kau rasa kalau graduan sanggup kerja sebagai tukang cuci untuk gaji RM900 sebulan, graduan tersebut takkan terima kerja yang menawarkan gaji RM1500 sebulan walaupun menggunakan kepakaran yang dia ada?
Kena ingat ya, alasan yang sering digunakan oleh majikan-majikan di syarikat swasta adalah gaji awak tidak boleh lebih tinggi dari gaji senior awak. Kalau senior dulu dah terima jawatan dia dengan gaji RM1500-1800, awak juga akan menerima nasib yang sama. Bukan salah senior awak. Tapi itu lah industri kita. Jadi, jangan berikan ruang kepada majikan-majikan untuk downgrade kita. Fight for your right. Ada skill untuk tawar-menawar gaji sehingga ke tahap yang majikan memang tak boleh nak naikkan lagi dah (i.e maximum starting salary). Kena cuba dalam setiap temuduga yang awak pergi. InsyaAllah kalau ada rezeki, kerja itu milik awak. jangan takut untuk fight.
Tapi jangan lah pula dah fight teruk-teruk untuk dapatkan gaji yang tinggi, awak dah dapat kerja tu, buat masalah/buat kerja separuh hati pulak. Walk the talk.
P/s jangan sibuk nak melompat melatah cepat sangat apa yang orang tulis. Fikir dulu apa yang dia nak sampaikan.
Sekian, wassalam.
-Kak Nam Injiniur
– Kak Nam Injiniur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit