Akak Iparku Seorang OCD II

Salam sejahtera sekali lagi. Aku Adam yg confess ttg kak ipar aku OCD tempoh hari. Berbalik kepada confession aku. Masa aku tulis ni, kak ipar aku (kaklong) dah pregnant 6-7 bulan rasanya. Aku xtau exact sgt. Main guess2 je. Bab ocd dia aku dah kurang ambil tahu sgt sebab aku dah tinggal luar sekarang. Ada la dlm dua tiga kali aku balik jenguk rumah. Itupun nampak benda yg sama juga sebelum aku move out.

By the way, lepas aku baca balik feedback yg pembaca2 bagi, aku rasa terpanggil nak betulkan mindset korang. Ada yg mengaku dia ada ocd. Ok, biar aku explain betul2 keadaan sebenar kakak ipar aku (kaklong) selama dia menderita ocd ni. Lepas tu sila comparekan dgn keadaan korang. Kalau sama, sah korang ocd. Cepat2 la pergi berubat.

Apa yg aku nampak, hidup kaklong busy sgt2. Tetiap hari sama je. Repetition! Bangun pagi, dia akan sapu satu rumah. Sampailah depan pagar. Then mop lantai, vacuum karpet. Every single day! Rumah aku tu siap ada bau trademark. Bau ajax hijau tu. Lepas tu, masuk tengahari sikit, dia akan ulang sapu sampah tadi dengan vacuum karpet tu, walhal x ada sapa pun yg henyak2 karpet dia tu. Bila dia nak sidai baju di ampaian, aku tengok dia akan sidai baju, kain & pakaian kecik ikut jenis & warna. Baju2 dia dengan along, dia akan sidai kat ampaian paling elok & jauh dari pagar. Baju2 aku, aku bantai sidai tepi pagar ada lumut2. Dah space elok2 semua kaklong balas kat dia, sidai jarang2 siap ada space yg sama. Mana nak muat lagi dah baju aku dah.

Lepas msk & makan tghari, dia akan basuh pinggan mangkuk. Letak atas sink kejap biar kering. Lepas tu, dia akan basuh utk 2nd time sebelum letak kat rak. Sebelum letak atas rak tu pun, dia akan lap pinggan mangkuk tu sampai bunyi2 kriuk2 yg meremang bulu roma. Bila petang sikit, dia akan menyapu & vacuum lagi. Sembur2 fabreze dia. Kalau dia terjumpa sikit je kekotoran, memang berjam2lah dia hadap cuci benda tu.

Benda yg paling aku bengang bila aku ke dapur & masak something. Masa tu jugaklah dia akan buat2 lalu lalang masuk bilik air. Konon xnak nampak obvious dia tengah stalk aku. Sampai 5-6 kali punya masuk tandas, sembelit ke apa!? Selesai je aku guna dapur, dan2 dia datang dapur dan cuci balik perkakas2 yg aku guna. Dia ingat aku sapu najis kat pinggan mangkuk tu agaknya. Xpun aku dah calit virus samonella kat periuk dia. Entahlah.

Malam2 adalah masa yg paling aku nak elak bertentang dgn dia. Sebab time2 lepas maghrib, dia akan start memvacuum macam nak gila. Fetish vacuum lah kot! Masa2 macam tu, selalunya aku & along lepak2 depan tv. Nak tengok berita ke, drama korea ke hewhew. Dah kaklong start vacuum, takkan kami nak tercongok lagi depan tu. Orang gila je sanggup tengok tayangan free kaklong vacuum karpet. Masa lapang aku borak2 dgn along memang limit gila lepas diorang kahwin.

Ada sekali tu, along bawa kaklong pergi kenduri kat kampung. Diorang bajet nak pergi balik hari so xbanyak baranglah diorang prepare plus rumah pun diorang tinggal ala kadar. Kaklong kiranya nak sental rumah tu lepas balik kenduri. Suddenly ada jadi hal yg xboleh elak & diorang terpaksa tidur kampung malam tu. Korang tahu tak, disebabkan perancangan kaklong nak mengemas rumah malam tu tergendala, kaklong kena panic attack. Dia jadi x boleh kawal mind dia dr fikir mcm2. Malam tu jugak dia desak along ajak balik. Aku terkejut jugaklah tengok diorang laki bini balik dekat jam 3 pagi. Gila! Esok paginya kaklong demam panas. 2-3 hari. Even dalam demam tu pun, dia punya ocd tu maintain,tapi kurang sikitlah sebab xda daya. Yg jadi mangsa dia, along la. Siapa lagi. Kerja sapu2 vacuum2 tu along yg buat.

Korang bayangkanlah,benda yang sama,benda yg kita orang biasa ni tak fikir nak buat pun, penderita ocd ni buat hari2. Buang masa diorang kat benda yg xperlu. Benda yg xmasuk akal. Life diorang limited sgt. Along ada bawa kaklong pergi jumpa psychtarist tapi x membuahkan hasil. Sebab aku ada baca orang bagi suggestion bawa kaklong pergi perubatan islam, aku ingat nak bincang dengan along hal ni. Diorang bakal dapat anak, dan aku risau dgn pembawakan family diorang nt. Aku risau along pulak yg jd overload sebab makin byk tanggungjawab & nak lyn sakit bini dia lagi. Lupa nak habaq, Kaklong ada jugak makan ubat, itupun time2 dia kena panic disoder & time mind dia nak blow. Xtahulah ubat apa, yg pasti ubat berbentuk pil.haha.

Aku ambil jalan keluar dari rumah tu sebab xtahan dengan repetition kaklong. Kalau nak ikut, perangai kaklong ni biasa-biasa je. Cumanya, disoder dia yg buat dia jd mcm tu. Aku pulak mental xkuat nak hadap. Xmacam along. If ada sesiapa dari kalangan pembaca confession ni yg ada simptom2 macam yg aku ceritakan tu, sila2kan bawa diri sendiri jumpa pakar. If sikit2 je simptom2 tu, korang bukan ocd patient lagi, korang just clean freak je. That’s all.

– Adam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit