Hai nama aku Yaya. Aku nak cerita sebuah kisah aku yang mungkin tak seberapa menyedihkan pada orang lain tapi ianya memberikan impak pada mental dan hubungan adik beradik aku sampai la aku dewasa ini.
Aku ada seorang kawan rapat bernama T memang yang paling rapat sebab hati aku selesa nak berkawan dengan dia dan yang bernama S, haaa si S ni sebenarnya adik angkat kepada kakak kembar aku so terpaksa la rapat.
Pada awalnya aku tak rapat dengan S tetapi disebabkan dia adik angkat kakak aku dan selalu datang rumah untuk bermain-main so terus jadi rapat lagipun kita orang ni sekelas.
Aku start rapat dengan si S ketika darjah satu dalam bulan 3 macam tu, pada awalnya aku ok je tak memilih kawan seronok dapat kawan ramai.
Tetapi sebenarnya hanya dalam kelas saja rapat bila dekat luar dia buat aku macam ehh aku ni tunggul dibuatnya dia lebih suka rapat dengan akak aku katanya akak aku cantik dia suka, jarak umur aku dengan kakak aku 6 tahun,
Sebab tu aku lebih suka berkawan dan rapat dengan T sebab dia terima aku seadanya baik sopan tak pernah cakap kasar dekat luar pon rapat kadang aku pergi rumah dia bermain cuma dia saja tak bole pergi rumah aku sebab mak dia tak bagi main jauh-jauh.
Si S ni tak berapa suka sangat aku rapat dengan T dari darjah satu lagi kalau gaduh mesti nak kene pujuk macam anak raja pulak, dia ada cakap macam- macam pasal T tapi yelah aku budak lagi masa tu.
Aku cuma cakap aku kawan olok-olok je dengan T dan dia pun percaya hahaha. Pastu aku pun cakap dengan T dengan dia aku jujur semua benda kalau depan si S ni kita orang akan berpura-pura tak kawan padahal kita olok-olok je hahaha.
Tak tahu la kenapa kita orang nak jaga kan sangat hati si S tu supaya dia tak sakit hati. Benda ni jadi on off on off sampai aku naik muak dengan perangai si S ni. Perangai dia aku tak bole terima mengongkong, kuat merajuk tak bagi tiru time ujian merajuk suka cari gaduh.
Nak di jadikan cerita masa dah masuk darjah dua dalam bulan 5 @ 6 aku dah tak tahan dan aku terus terang dengan si S masa kita orang gaduh dengan dia aku cakap kau ni asyik nak merajuk je,
Pastu kita orang je yang nak kene pujuk kau dia sakit hati la apa aku cakap tu lepas tu entah macam mana aku bole cakap aku dah tak nak kawan dengan kau.
Lepastu dengan selamba je dia cakap dia akan report dekat akak aku pasal aku sebab aku tak nak kawan dengan dia, pada masa tu aku tak fikir tu sesuatu yang akan mengancam aku la yelah yang dia nak mengadu tu akak kandung aku kot.
So aku dengan T rapat berdua je lepas tu dah malas nak layan queen control dia.
Ku sangka kan panas hinga ke petang rupanya gerimis ditengah hari (betul tak peribahasa ni haha).
Pada hari tu jugak dia mengadu dengan kakak aku masa tu aku tak tahu sebab aku dekat sekolah agama balik lambat sikit biasa la pergi kantin beli jajan aku balik sekolah jalan kaki je sebab 5 minit dah sampai rumah.
Masa aku nak balik tu dari jauh aku nampak S ni dengan kakak2 aku dekat rumah jiran sebelah kiri ofcos la ada budak jiran aku sekali ada lelaki sebaya aku dengan adik dia dan perempuan bawah aku rapat jugak la dengan jiran perempuan ni,
Aku ada tiga orang kakak yang pertama kedua kembar, ketiga jarak 2 tahun je dari aku. So dekat situ dah ada ramai orang total 7.
Pada ketika ini la detik nya hubungan kita orang adik beradik retak terutama dengan akak kembar aku sampai sekarang even dah umur 26.
Ok sambung….. pada ketika itu kakak kembar aku ada panggil tapi aku tak nak datang sebab ada si S so aku terus ke rumah.
Alangkah terkejutnya aku rumah pintu grill di mangga aku tak bole masuk sebab tak ada kunci dan sebelum ni tak pernah di mangga pintu nya walaupun kita orang bermain jauh sikit dari rumah,
Si S dan rombongannya ke tempat aku dengan muka masing-masing angkuh masa ni hati aku dah debar and tak sedap dah kakak aku yang pertama datang terus marah2 aku depan semua orang cakap “kenapa kau tak nak kawan dengan S dia ni adik angkat taw”
Aku masa tu memang aku takut la panas hati pulak aku tengok muka S tu bangga la tu sebab kakak kandung aku lebih utamakan dia dari aku ni yang adik sendiri,
Aku pun menangis sendu-sendu akak aku sendiri marah tolak aku sampai terduduk kat lantai pastu tarik tudung aku nak kan sebuah jawapan kenapa aku tak nak kawan dengan adik angkat dia tu,
Tapi aku tak jawab sebab tengah sedih menangis malu dalam keadaan terduduk terlungkup tutup muka sedih laa perasaan masa tu nasib baik kakak aku ketiga cakap “dah laa kesian dekat aku” yang lain semua tengok je tak buat apa pun.
Aku tak salah kan dia orang pun si S pun, aku tak salah kan dia. Yang aku salah kan aku marah berdendam adalah kakak aku,
Sanggup dia buat aku macam tu umur aku baru 8 tahun dia dah 13 tahun buat aku macam sampah depan kawan aku sendiri masa tu detik tu juga aku bersumpah dendam aku cakap dalam hati macam-macam lah.
Lepas aku menanges lama dekat situ semua bubar sikit pon kakak aku tak pujuk aku dia biarkan je aku kesedihan dekat situ pastu baru la dia bukak kunci mangga.
Aku masuk rumah dalam keadaan sedih menunggu keadilan orang membela aku. Apakan daya mak ayah aku kerja aku terpaksa tunggu sehingga pukul 6 petang untuk mengadu dengan mak aku.
Sepanjang aku tunggu tu memang aku tersedu-sedu menangis menyorok dekat belakang rumah mengenangkan nasib, masa tu aku rasa dah tak ada siapa sayang aku rasa nak lari rumah rasa nak mati dengan tekap muka dekat bantal pun ada..
Bayangkan pada waktu tu aku dah ada fikiran macam tu, sebab aku ni seorang pemalu pendiam masa tadika aku selalu kene buli dengan budak yang tak suka aku sebab aku pendiam cikgu pun pilih kasih suka pada yang cergas aktif je hemm kelain pulak cerita.
Disingkatkan mak aku balik kerja dia tanya kenapa mata aku bengkak menangis ke?
Aku pun cerita apa jadi habis dia orang kene bantai pakai hanger mak aku tu garang macam singa kalau menjerit satu kampung bole terbangun dari tidur, aku ingat lagi mak aku cakap,
“Itu adik kau taw dia tak kawan dengan siapa itu suka dia la yang kau pergi marah dia kenapa si S tu siapa adik kau ke” lebih kurang macam ni laa jugak ayatnya.
Sejak peristiwa tu memang hubungan kita orang renggang gila aku tak bercakap langsung dengan kakak aku yang kembar tu yang ketiga tu aku cakap sebab dia pandai amik hati aku dia jaga aku dengan dia memang aku rapat gila.
Kalau tak ada siapa laa dalam dunia ni yang sayang aku dah lama dah aku tekap muka aku dekat bantal atau rendam dalam air, kakak kembar aku pulak sikit pun tak ada mintak maaf atau amik hati aku benda berlalu macam tu je.
Keesokan nya dekat sekolah si S cuba mintak maaf tapi salam tangan je tak pandang pun muka dia sejak hari tu dia pun dah tak datang rumah hubungan dia dengan kakak aku pun dah tak rapat,
Masa tu tak pikir pun dia orang semua aku buat hal sendiri je dekat sekolah aku berdua je dengan T balik sekolah sembunyi main sendiri sebab pada mulanya aku tak bole lupa semua tu aku perlukan masa sendiri.
Sejujurnya aku tak kisah pun S tu adik angkat dia ke anak angkat ke sedikit pun aku tak cemburu tak kisah pun tapi kenapa ea buat aku macam tu.
Bayangkan dari detik tu sampai sekarang aku tak pernah lagi bergurau bergaduh berborak sakan share pengalaman ke apa.
Bole katakan aku buat kakak kembar aku tu macam tak wujud dekat rumah bila nak rapat balik aku rasa dah terlambat dah biarkan je macam ni cakap bila penting je, bole kira la pakai jari berapa patah perkataan aku cakap dengan dia orang sejak kisah tu sampai sekarang ni.
Bukan tak pernah cuba nak rapat selepas peristiwa tu tapi entah laa terlampau sakit hati laaa sampaikan tak bole nak beri reaksi macam mana bila face to face.
Mujur dia orang dah SMK waktu sekolah pun dah berbeza masa tu kurang la sikit aku tengok muka dia dekat rumah, tapi bila aku cuba nak berbaik semula aku rasa macam aku je terhegeh so aku decide buat biasa je.
Selepas kejadian tu ada jugak kejadian lain aku jadi mangsa keadaan disebabkan sifat dia orang aku kene buli dalam van sebab orang salah faham ingatkan aku sound diaorang.
Tapi bukan aku yang sound tu kakak aku yang buat aku tak tahu apa pun. Besok nya dah kene bash dengan budak dalam van yang belakang tarik rambut yang depan marah.
– Yaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit