Akak Minta Maaf

Thanks admin, aku just nak luahkan perasaan rindu kat atok aku kat sini sebab I cant talk to anybody without making them sad or annoyed with me.

No need to know my name. Tak penting. Aku nak cakap aku rindu atok aku. Walaupun dah berbulan lamanya dia pergi, aku masih bersedih dengan pemergiannya. Aku rindu salam dia and cium pipinya setiap kali nak balik KL. Aku still rasa dia kat kampung tengah tunggu aku balik. Tapi aku tak balik lama dah sejak dia meninggal.

Aku takut aku takkan balik KL lagi. Aku tak kuat nak jejak kaki kat kampung tu sebab masa arwah dibawa pulang ke kampung dari hospital, aku masih melihat dia di mana2 di dalam rumah kat kampung dan itu kali terakhir aku balik kampung.

Atok aku meninggal berbulan lama dah , tapi memori dia melekat kat aku. Aku takut nak move on sebab aku taknak lupakan dia. Aku taknak lupakan suara dia, cara dia senyum kat aku bila nampak aku balik kampung.

Allah macam tutup hatiku untuk cari kerja part time lepas habis sem, dan lepak rumah. Pastu kat rumah, memang ramai orang and sedara yang aku tak pernah kenal jumpa atok aku. Tapi aku buat tak tahu je, but I still help my atok if he needs to bangun atau tengok TV ke. Pastu aku kena balik kolej and habiskan exam.

Aku dapat tahu dia ada kanser hati right after my last paper, tu pun family aku decide utk bagitahu aku after last paper sebab dorang taknak aku hilang focus. Tapi aku dapat tahu bila aku sampai rumah. When I found out, I was thinking “ala, this is nothing, atok akan sihat punya” walaupun dorg bagitahu tu dah stage 4 punya cancer. Lain2 dah nangis dah lama actually. Tapi aku tak pun, aku macam tak sedar yang benda ni serious and macam tak terima yang atok aku akan pergi dalam masa 2 minggu lepas aku tahu berita tu.

Aku dapat tahu masa dia dah admit dalam hospital. Bapak aku tanya “kak, kau tahu tak atok masuk hospital” aku cakap aku tahu and I decide to do nothing about it and not even praying for him. That how stupid I was. Aku menyesal aku tak doakan untuk dia when I found out sebab aku masih rasa dia akan recover well enough sampai aku tua.

Masa kat hospital,aku taknak ckp la hospital mana kan, dorg asyik paksa family aku untuk bawa atok aku balik rumah sebab theres nothin they can do for him other than wait… but bapakk aku insist utk stay kat hospital sebab atok akan berada dalam keadaan terjaga no matter what. Memang dalam keadaan tu, family aku dari makcik ke sepupu aku semua macam pressure masing2 untuk jaga atok aku. I was like what the fuck semua ni. Jaga je la! Apa masalahnya. Sikit lagi aku nak mengamuk kat dorg. But aku tahan demi ibu dan ayah aku sebab aku tahu dorg lebih arif hal2 ni.

Allah bagi peluang kat aku untuk jaga atok aku beberapa malam, daripada dia gerak2 nak buka drip dia or oksigen mask tu, mmg tidur aku tak lena for a few nights la. Jadi so many negative thought aku fikir macam “aku harap atok pergi awal dengan aman so that semua orang tak marah2 with each other and aku bolehh tidur dgn tenang” how freakin stupid I was. I was annoyed dgn my grandma yang tengah bersedih. I know, aku ni jahat..

Hati aku masih tak terbuka untuk melihat sebenarnya atok aku dah nakk pergi. Beberapa malam aku layan atok aku, ckp dgn dia sikit. Kadang2 aku teringat zaman aku kecik2, dia hantar aku pegi tadika and all. Tapi aku suck it up, and not cry. Be tough depan adik2 aku sebab ye la, aku sulung. Kena tough sikit.

Hari terakhirnya, dia meninggal lepas azan isyak. Selepas aku ambil wuduk utk dia. Aku mengucap kat telinga dia. Aku pegang tangan dia and aku sempat bagitahu dia yang aku minta maaf atas segala benda aku buat. Aku mengucap sampai dia pergi. Sampai doctor mengesahkan dia dah takde. Aku masih tahan nangis lagi. Aku rasa lega kat hati. Akak minta maaf atok yang akak rasa macam tu..

Sebaik sahaja doktor inform semuanya yang dia dah pergi. Pakcik aku menangis, dia cakap “abah dah takda mak, mana boleh macam ni. Adik tengok wallet abah tadi ada gambar adik dan abang” pakcik aku paling kuat menangis, memang time tu aku sesak nafas and macam cermin yang tutup segala kebenaran pecah dalam hati aku ni. Aku cari wallet tu dalam laci wad tu, dalam wallet tu ada gambar pakcik aku, ayah aku dan gambar aku masa kecil. Tu je gambar atok aku simpan dalam wallet! aku memang tak dapat tahan tangisan aku. Aku termenung melihat wajahnya yang dia dah pergi,muka macam dia tengah tidur, aman je. Aku tengok pun masih rasa yang dia tidur sebenarnya untuk sedapkan hati aku.

Aku follow je arwah atok dari wad hingga ke van jenazah. Aku naik van tu sampai ke kampung. Malam tu memang orang kampung dah tunggu. Tapi akan kebumikan esok. Aku kemas kampung tu sampai berpeluh macam aku nak pastikan rumah tu bersih supaya arwah atok senang hati balik ke rumahnya semula. Aku rasa macam tu hari raya sebab satu family aku berkumpul. Plus aku missed raya dua tahun dah sebab obses sangat kerja sampai arwah atok aku tu rindu setiap raya aku takda. Akak minta maaf atok..

Bila arwah diletakkann di ruang tamu atas, aku duduk bawah, aku tak pandang pun ruang tamu atas sebab aku taknak breakdown lagi. Sebab aku rasa kalau aku breakdown, semua akan lagi teruk breakdown walaupun aku cucunya yang paling rapat dengan atok dan nenek aku. Aku kena kuat demi keluarga dan sedara2 aku. Fyi, aku mmg rapat dengan sedara dan keluarga aku.

Malam tu aku tidur and aku mimpi atok sebab aku minta pada Allah supaya aku dapat bercakap dan lihat atok buat kali terakhir.. Allah makbulkan doa aku, aku mimpi yang aku berumur 5 tahun, duduk di tangga kampung, melihat atok tengah kunci pagar halaman kampung. Aku menangis bila melihatnya and I asked him “atok, akak rindu atok, atok okay ke?” Atok hanya senyum dari jauh dan berjalan ke arah aku and he said he is ok. Aku sentuh tangannya dalam mimpi dan aku terjaga.. aku menangis bila terjaga..

The next day, aku bangun agak lewat sebab aku ingat nak bangun selepas atok dikebumikan sebab aku tak sanggup nak tengok dia dikebumikan. Tapi Allah bagi aku peluang untuk betul2 melihat atok so that aku tak menyesal. Aku bangun, siap2 and tolong angkat atok ke keranda untuk dibawa ke kubur. Aku melihat atok pergi. Aku orang terakhir tinggalkan kubur atok sebab aku cakap kat atok
“akak tak kuat untuk semua ni atok, akak tak tahu bila akak datang balik kampung nak lawat atok tapi akak sentiasa akan doa untuk atok”

Sehingga sekarang, aku mencari kekuatan untuk lawat kubur atok aku.. aku minta para readers doakan aku untuk dapatkan kekuatan tersebut.. setiap malam sehingga sekarang walaupun berbulan lama dah, aku masih teringatkannya.

-Anak Bulan

– Anak Bulan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *