Akak Sayang Mak

Assalammualaikum semua, jika confession ini disiarkan, saya minta para pembaca beri pendapat yang membantu dan membina ya, saya sangat down sekarang ni.

Saya sayang mak saya, sayang sangat. Saya antara anak yang paling rapat dengan mak dan selalu bersama mak teman mak kemana sahaja lepas arwah ayah meninggal dunia.

Dari saya kecil hinggalah usia saya 23 tahun ni, saya ikut semua arahan mak tanpa ada bantahan sehinggakan tempat kerja saya pun mak yang tentukan.

Apa yang diarahkan oleh mak saya turutkan sehinggalah satu hari terjadi salah faham antara saya dan mak menyebabkan hubungan saya dan mak tidak lagi seperti dulu.

Untuk pengetahuan semua, mak saya ni jenis betul-betul menjaga anak perempuannya sehinggakan saya akui rimas dengan cara mak terlalu mengawal gerak geri saya walaupun saya tidak buat benda yang bukan-bukan dibelakangnya.

Mak tak boleh tengok anak dia bersama lelaki, tak boleh walaupun atas urusan kerja, dan disebabkan perkara ini lah mak salah faham dengan saya, dan mak maki saya teruk sampaikan benda yang saya tak buat mak tuduh saya buat.

Hubungan mak dan saya sekarang memang tak okay, saya telah mesej mak minta maaf atas perkara yang berlaku dan saya berjanji dengan mak tak akan berurusan lagi dengan lelaki atas urusan kerja atau apa-apa untuk mengelakkan salah faham berlaku.

Saya tak sangka sangat mak boleh nilai saya teruk sangat, dari segi personality, saya seorang muslimah menjaga pemakaian, dan saya tahu batas-batas bila saya berususan dengan lelaki.

Tapi mak tak percaya saya, mak cakap kat saya tak guna saya puasa sunat, solat sunat beriya, tapi berususan dengan lelaki, amalan tu semua tak guna, saya jadi sedih mak cakap macam tu, sedih sangat,

Mak tak bagi saya untuk jelaskan apa yang jadi sebenarnya, mak terus pukul rata dengan apa yang jadi, mak terus nilai saya macam tu ja,

Saya cuba jelas kan saya sedang bekerja ketika itu dan mmg perlu untuk saya bercakap dengan lelaki tersebut tapi mak cakap saya membohonginya.

Rumah dan tempat kerja saya dekat, dan macam mana mak boleh salah faham, mak nampak lelaki dengan saya di tempat kerja, bukan berduaan ya di tempat tertutup bukan, tapi di tempat terbuka berhampiran kedai makan dan ada juga orang lain di situ.

Saya tak tahu nak jelaskan apa lagi kat mak supaya mak percaya saya, mak terlalu cepat menuduh saya, saya sedih sebab saya tak diberi kesempatan untuk jelaskan kepada mak.

Lagi satu, saya buntu sekarang ni macam mana nanti jika saya beritahu mak saya, jika saya ingin berkahwin, memang saya tiada calon lagi, nak masuk minang tu ada, tapi mak saya cakap tak payah nak layan.

Cuma saya terfikir jika saya dengan lelaki atas urusan kerja ini pun mak dah bising sampai dia tak nak bercakap dengan saya inikan pula saya nak berkahwin.

Saya pun tak dibenarkan berkawan dengan lelaki, dan jika mak tahu saya berkawan dengan lelaki boleh jadi pergaduhan besar nanti dengan mak.

Saya terkilan dengan mak disebabkan salah faham ini, mak terus lupa apa yang saya tolong mak, mak ingat satu buruk saya ni sampai bila-bila.

Akan datang saya harap sangat mak boleh fikir, saya dan 23 tahun, dah besar, dah boleh buat keputusan sendiri.

Tapi selama saya hidup, apa yang mak putuskan, itu yang saya turutkan.

Saya okay jika mak tentukan yang lain, tapi dalam hal perkahwinan saya harap mak bagi saya pilihan sebab perkahwinan itu saya yang akan hadap bukan mak.

Saya cari macam-macam cara untuk saya berbaik dengan mak, tapi mak tak endah sikit pun, mak berpaling dari saya, mak abaikan saya.

Saya sedih dengan sikap mak saya begini, mak terlalu cepat benci saya macam tu je, mak tak bagi saya makan lauk masakan mak, mak lempar baju saya yang saya letak dalam mesin basuh, banyak lagi mak buat saya macam saya ni tak guna sangat.

Saya tahu itu mak saya, apa pun yang mak saya buat saya terima, walaupun kadang mental saya ni penat fikirkan akan datang nanti mak akan bercakap semula ke dengan saya..

Saya menangis memikirkan hal ni, sebab rasa sakit sangat bila mak sendiri layan macam tu.

Saya luahkan semua ini lepas saya solat, sebab time solat je boleh buat saya tenang saya luahkan semua kat Allah. . saya tak tahu nak luah kat mana lagi.

Saya pun terfikir ada baiknya juga saya duduk sahaja di rumah, duduk depan mata mak, biar mak tak ragu-ragu lagi dengan saya, tak salah faham, tapi saya perlu keluar bekerja untuk adik-adik dan mak saya juga.

Saya tahu mak itu mak, mak kita perlu hormat dan taati, tapi dalam hal macam ni saya berharap sangat mak boleh terbuka sikit, dan jangan buat rasa sangat terlalu dikongkong.

Saya tak dibenarkan kemana-mana lepas kerja, habis kerja memang kena balik rumah, lambat sampai rumah mak akan call saya sampai la saya sampai rumah,

Bila saya keluar pergi berjalan, mak akan sentiasa call saya tanya pukul berapa akan balik, saya akui saya rimas dan saya ambil keputusan untuk tak keluar kemana-mana pun.

Kehidupan saya sehari-hari hanya di tempat kerja dan rumah sahaja, selain daripada tu semua mimpi sahaja.

Setakat ini sahaja luahan saya, doakan saya dan mak akan berbaik semula macam dulu-dulu.

Saya takkan putus asa untuk pujuk mak..

Saya sayang mak saya, mudah-mudahkan hubungan saya dan mak akan pulih. InsyaALLAH.

– FIFI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *