Akak Seorang Tuan Rumah

Assalamualaikum, Nama akak,Fairud Niza.. Sebab kat sini macam ramai yang muda muda, so senang kalau korang panggil dengan panggilan Kak Niza..emmm,masuk tahun baru ni, dah berumur 36tahun K.niza ni..xlama lagi 4series la..Adey..cepat benor masa berlalu..Ni nama betul. Admin xperlu hide pun takpe. K.Niza xkisah sebab takde pun orang kenal K.Niza ni. Hahaha…

Ramai orang cerita pasal tuan rumah teruk, tuan rumah psycho, tuan rumah mereng, boleh tak K.niza nak share pengalaman K.niza sebagai Tuan Rumah.. Boleh la yer.

K.niza ada beli rumah teres di Shah Alam. Mula mula tu ingatnya nak settle down situ la,kurang2 ada bumbung n lantai sendiri, ni dok umah flat, semuanya share, hatta tong sampah pun sharing..hehehehe, tapi bila pikir2 balik, terasa jauh pulak sebab K.niza keje di KL. Xlalu rasanya nak menghadap jem hari hari. Lagi pulak keje K.niza jenis based on booking, keje x tentu masa. Leceh pulak. So end up, sewakan je la lepas berbincang dgn suami. Dan sampai sekarang la kami stay di rumah flat yg sharing almost everything. Best pulak lama2 sharing ni, xde rasa sunyi macam kat Shah Alam. Takut juga rumah tu sebab end lot, end road..malam2 memang sunyi… Eh eh panjang pulak intro…ampun maaf ye.

So, lepas discussion dengan suami pasal nak sewa rumah, kami pun buat iklan. Masa tu xglamer lagi online adds ni, so K.niza pun buatla iklan kertas tu, lekat di pintu rumah, lekat di 7e. Lama juga iklan macam tu nk dapat sambutan, tapi lepas tu yg call tanya n mesej (masa tu juga xde wasap lagi tau) adalah ejen. Emm..malas pulak K.niza nak layan ejen ejen ni dan 1 hari ada dapat call drpd seorang perempuan. Tapi dia call suami K.niza. Nama Ina tak silap K.niza. Kalau xsilap la..Lama dah cerita ni, nak ingat nama hamba Allah yang suka menyusahkan kita ni rasanya sapa2 pun malas kan. Si Ina ni cakap dia berminat nak sewa rumah tu. Suami cakap boleh, tapi nanti deal dgn isteri untuk gi tengok rumah. Tapi dia cakap x payah, dia percayakan suami K.niza. Dia nak masuk secepat mungkin. Terus suami call bincang nak settle macam mana.

Ok, ini 1st pengalaman kami 2 orang sebagai tuan rumah. Sebelum tu K.niza dah cakap kat suami,” kita kalau boleh, bila jadi tuan rumah, kita sebolehnya jadi tuan rumah yang baik. Xnak jadi tuan rumah xde hati perut. Sbb dh ada pengalaman jd penyewa, mcm mana tuan rumah treat kita,ada yang layan kita tak baik. So kalau boleh, kita ubahla tradisi tuh..” angguk angguk aje suami K.niza tu. Alahai, sayangnyer K.niza kat dia..hahhahah..korang jangan muntah yer!!!!

Ok,family ni pun jadi lah masuk rumah K.niza, kesian punya pasal bg dia masuk tanpa deposit. Bukan apa, Ina ni cakap, dia terpaksa hold dulu deposit sebab diorg ada dapat musibah. Dan berjanji akan bayar seminggu dari tarikh masuk ke rumah tu. And 1 benda yang K.niza terlepas pandang kat sini, dia ada cakap pada suami, kalau mak dia tanya berapa sewa rumah ni, cakap rm1000. Sewa sebenar rumah tu adalah rm1200. Kami x amik pottt sangat tentang dia nak tipu mak sebab itu hal peribadi mereka dan keluarga mereka. Siapa kita nak mengganggu kan…

K.niza tunggu lepas 1 minggu tu, sebab dia janji nak bayar, tapi xde mesej or call. K.niza still pikir mesti dia nak bayar sekali sewa agaknya. Takpe la, orang tengah susahkan, kita bagi peluang, mana tahu, nanti kita susah macam tu juga kan.

Masuk awal bulan kedua tu, K.niza mesej tanya. Jenis K.niza, xsuka call orang. Lebih suka mesej,sebab pada K.niza, kalau mesej, bila2 org tu free, dia akan jawab. Klu kita call, org tu xsenang nak angkat, kalau angkat pun suara mcm terpaksa, K.niza akan terkecik hati nanti, tapi bila mesej Ina tu..krik krik la pulak.. Dia xreply sampai la awal pagi esoknya… Berjela2 mesej masuk. Dia cakap tayar kereta dia rosak. Pecah masa nak balik dari Penang. Kena tukar keempat empat tayar.. Adey, penat tu klu tukar semua tayar kan. And dia cakap, boleh tak bagi masa 1 atau 2minggu. Dia akan bayar sewa +deposit.. Ok, kat sini, K.niza kesian lagi. Bagi la masa, K.niza call suami,suruh dia bayar dulu duit rumah ke bank, takut kang nanti kena interest.. Kat sini K.niza nak tekankan, korang kalau sewa rumah, tolongla bayar sewa on time. Kesian kat tuan rumah, tambah2 tuan rumah mcm K.niza ni, baru acah2 nak belajar buat bisnes sewa rumah. Kalau bayar lewat, interest kena bayar kat bank. Dengan bank,Ingat senang2 ke kita call cakap saya ada masalah2 gitu gini, xde di layannya..dia caj terus… Ok,balik pada sewa, K.niza sampai lupa la nak mintak sampai la hujung bulan yang kedua tu. Sebab sibuk keje. Masuk hujung bulan kedua, K.niza pun mcm biasa mesej, dan mcm biasa, memang xkan ada reply untuk seharian tu.. K.niza ingat, biasalah Ina ni business woman. Dia ada butik baju di bangunan PKNS tu. Mesti sibuk kan..esoknya tu kebetulan hari sabtu, hari cuti selalunya jarang bangun tidur awal..kekkeke..saje tidur balik lepas bangun pagi tu..balas dendam kena bangun awal g keje 5hari, so kami 2 orang bantai tidurla lama sikit..tak senang nak tidur bila dengar bunyi mesej masuk, tit tit tit tit..apa punya banyak sgt mesej masuk ni..bila buka, si Ina ni send mau 4 ke 5 msg. Kali ni dia cakap, duit sewa yang nak di bayar, kena samun masa dia otw ke bank. Dia buka pintu kereta je orang terus datang sambar. Yang ada kat dia sekarang hanya lah hp. Korang rasa time tuh…potong mood terus K.niza nak beradu tido balik. Masa tu dah urut dada. Tak tahu nak cakap geram atau sedih. Geram kalau Ina ni menipu, rasa sedih kiranya memang ini cerita betul tapi kadang2 terasa macam dipermainkan pun ada. K.niza kan xpernah alami semua ni. Pengalaman pertama menjadi tuan rumah memang agak mencabar rasanya….long story short,Ina ni xbayar sampai next 3 month. Kali ni lagi ekstrem alasan dia. Dia cakap, dia balik kota kinabalu, sekarang ada di hospital sebab keguguran. Dan dia xbalik shah alam. Duit xdapat nak bank in sebab diorang kelam kabut balik ke KK 1 family. Dan xdapat balik buat masa terdekat ni. K.niza dan suami dah tak sedap hati.

Suami ada risik2 pada kawan dia, mcm mana nk handle tenant mcm ni n K.niza pulak buat style sendiri. Send 2 orang spy g tengok rumah. Ada orang tak kat rumah tu. Spy tu pun balik dan call, “aunty, adik tgk mcm ada orang ja kt umah tu. Pagi tadi ada keta Wish, malam ada moto saja. Lampu bukak. Mesti ada orang kan..,” ha..detailed kan dia punya explaination. K.niza suruh spy2 ni g intai2 je, sekali anak buah ni gi 2 kali round. Siang n malam. Memang aunty sayangla kat korang, dh dibelanja pun sebab banyak berjasa…hehhe… Si ina ni x tahu K.niza ada 2org kakak ipar di situ, siap tinggal 1 lorong. So, xyah kelentong sangat okay.

Esok tu K.niza nekad, bawak mak sebagai peneman, otw gi rumah Shah Alam, K.niza g kedai hardware. Beli rantai besar and p lock rumah tu. K.niza tunggu jugak kot2 ada si Ina ni nak call ke mesej ke. Emmm..seperti di rancang, dia call malam tu. Tapi K.niza xangkat. Dia call suami, suami cakap, deal dengan isteri saya. Dia call kali ketiga baru K.niza angkat. Dia tnya nape kunci rumah dia. Dia nak masuk xboleh. K.niza kata balik, bukan ke ada di hospital KK ke. Dia cakap dia urgent balik. Emmm..asyik urgent ja budak ni. Masa ni, K.niza dah xberapa kesian dah. Sebab selama dia masuk rumah, K.niza xdapat sesen pun lagi. K.niza bagi kata 2 kat dia, bayar duit sewa atau xboleh masuk. Kalau dia pecahkan mangga, K.niza call polis cakap dia pecah masuk rumah K.niza. Terasa macam jahat pun ada tapi masa tu, rasa itu je yg terlintas kat fikiran. Idea ni pun sebenarnya dtg drpd kawan suami yang memang tokey rumah sewa. Dia yang cakap macam tu. Ina call suami merayu rayu. Tapi suami K.niza xlayan. K.Niza mmg xangkat call dah lepas tu, bukan apa. Sebab K.niza ni lembut hati. Kang 2 3kali orang buat rayuan…cair hati ni. Baik diam…

Esoknya dia nak bayar rm1000. Tapi suami K.niza cakap, bayar semua la. Sewa semasa dan tertunggak,lepas tu keluar dari rumah kami. Lagipun dah betul2 hujung bulan. Dah x nak menanggung banyak alasan lagi lepas ni. Lepas dia bayar, dia keluar dari rumah tu,ingatkan dah selesai lah..boleh pulak dia dok mesej suami K.niza malam2 maki hamun macam2. Siap kata rumah kami tu ada hantu. Tak kan tenteram sapa2 yang duduk situ lepas nih…emmm..malas nak layan penyewa psycho macam ni..tapi ada jugak K.niza reply msg si Ina tu…hehe.gatal tanganku bila orang dok kutuk suami,orang yang kita sayang kan!!!!. N K.niza pakai hp suami. Mesti dia pikir, yang reply tu suami K.niza..hehehe lantak ko la Ina..bila imbas balik,korang terfikir tak si Ina ni dulu dulu nak masuk rumah K.niza ni tergesa gesa, pastu siap tipu mak dia lagi..emmm..agak krik krik kan kat situ. Tapi xperla..end up K.niza n suami still ada lagi rezeki utk duit sewa kami tu. Allah dah tetapkan itu masih rezeki kami. Alhamdulillah..

Lepas tu 2nd tenants, budak2 lelaki UiTM Shah Alam. Pengalaman pertama buat kami 2 orang lebih berhati2. Dengan budak2 student ni,K.niza buat agreement, siap fotostat ic diorg. Hehehe..walaupun agreement tu x valid pun, tapi kat dalam tu ada rules and regulations. So dah briefing sikit kat situ. Tapi diorg byk deal dgn suami K.niza sbb lelaki kan. Ada sorg ketua rumah tu tnya,”Encik,bleh tak kami nak stay ramai kat rumah ni?kami ada 13orang”. Suami K.Niza cakap “ikut suka hati la. Tapi jangan bising sangat,n nanti rajin2 la tebas rumput tepi rumah tu”. Sebab rumah K.niza ada laman yang luas. Budak2 tu mmg suka la..boleh buat repair moto n main bola kat situ.. Ni K.niza rasa lah. Sbb masa g tgk rumah tu, diorg ni focus kat laman tepi rumah tu lagi dari dalam rumah..hehhee..

Diorang stay lama jugak kat situ. Sebab bertukar2 orang masuk. Tapi ketua rumah macam maintain orang yang sama. Punya la baik budak2 nih, pembersih, rumah K.niza ok ja. Kalau ada benda rosak, diorg inform. Of course la diorg beli dulu, pastu tolak sewa je la.. Apa ada hal kan…

FYI, lepas diorg stay situ, K.niza ada tnya, ada apa2 benda xelok ke kat dalam rumah tu..sbb kan sblm.ni,tenant lama ckp ada hantu, kesian jugak kang xbleh study budak2 tu. Lepastu adik2 ni cakap,.”xde kak. Kami,tdo lena je..hehhehe.. “Dan selama diorg tinggal situ, sewa K.niza tak naikkan, malah sewa turun lagi ada la. sbb katanya diorg nk focus study. So xnak duduk ramai. Dari 13org dah tinggal separuh kot. Sewa tu xturun banyak pun, tapi turunla.. Saja nk bagi tenants ni happy, dan macam reward la sebab telah menjaga rumah K.niza dengan baik. Jiran2 pun xde complaints apa2. N budak2 ni kaki surau. So, masalah bawak pompuan masuk ke rumah xde la. Ini, ketua rumah sendiri yang bagitau suami K.niza..hehehhe. K.niza doakan diorang bercakap jujurlah… N 1.lagi, diorg ni jenis xterlewat sgt byr sewa. Klu lambat 1hari,diorg yg akn msg. N masa last duduk, mmg dlm rules rumah kena bersihkan balik rumah, sama mcm diorg masuk dulu2. So diorg cuci bersih bersih..K.niza masuk check rumah tu, yang ada dalam rumah hanyalah sebatang berus gigi dan sehelai boxer…

Tenants sekarang, family dan business woman. Buka restoran kat shah Alam. Mula2 tu gerun jugak nak bagi sewa sebab dengan pengalaman sebelum ni, K.niza mcm malas nk bagi family duduk. Lagipun sewa dah mahal kan sekarang ni.tapi bila adik ni cakap diaorg kena cari rumah bawah sebab nak selesakan pergerakan mak yang dah tua,mak sakit kaki..korang rasa..xsedih ke hati mak adik tu klu K.niza tolak. Hati tua K.niza ni cepat tersentuh tau kalau bab2 parents nih..and siap bawak cash ke rumah untuk booking rumah K.niza ni. Wah..macam goreng pisang panas pun ada rumah K.niza ni. Laku untuk di sewa..hehehe.. Dah masuk 3 ke 4 tahun diorang sewa umah K.niza tu. Alhamdulillah rumah dijaga dengan baik. Cuma kadang2 sewa lambat sikitla. Penat jugak kena mintak.tapi K.niza wasap jugakla. Mcm biasa..tetap xcall. Cuma sekarang xde lah penat sangat klu tenants lambat bayar, sebab K.niza dan suami kira dah ada duit lebih. So xdela kata budget kat kerongkong je..Doakan K.niza sentiasa dimurahkan rezeki..aamiin.

Itula sikit pengalaman K.niza dan suami menjadi tuan rumah. Ada tenants baik. Ada tenants menyakitkan kepala. Tapi semua tu pengalaman. Untuk tenants K.niza yang pertama, K.niza doakan dia bahagia dah dicukupkan keperluan oleh Allah padanya. Cubalah berubah kepada yang lebih baik. Untuk adik2 tenants kedua, moga korang berjaya dalam hidup, menjadi manusia berguna, dan untuk tenants yang terkini, moga bisnes sentiasa maju dan barakah..Aamiin.

Adik2, pesan K.niza, hutang tu tanggungjawab. jangan sesekali ingat boleh terlepas drpd hisab. Hatta hutang PTPTN sekalipun. Kalau xsuka PTPTN, cuba cari alternatif lain. Kalau kita dah berhutang, wajib bayar walaupun 10sen. Sebabnya, sekali kita susahkan hidup orang lain, Allah tarik nikmat berkat dalam hidup kita. Hidup kita xkan rasa cukup, percayalah…

Serius penat rupanya menulis ni.dahle tulis pakai hp je..keypad kecik. Janganlah kecam ye..sian K.niza..kecik hati ku nanti.huhuu….

– Niza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit