Akal vs Hati

Assalamualaikum wbt semua. Aku tadi dah tarik selimut tutup lampu, esok kerja tapi sebab aku masih pasrah dan belum redha so, aku share la cerita aku. Aku duduk dengan atok dari umur 7 tahun lepas makbapak bercerai sampai bapak aku meninggal dan aku pun dah besar panjang lagi sikit nak masuk 30 tahun still duduk dengan atok.

Atok aku banyak sakit, korang cakap je ape diabetes, jantung, darah tinggi, semput, pernah batu karang tapi dah baik. Dia ambil insulin dan kena makan ubat-ubat pil penuh satu sudu sup sekali telan. Aku pun tak faham macam mana badan atok boleh terima semua ubat masuk serentak. Sebab dah berkurun makan ubat hospital yang banyak gila dan wajib makan so buah pinggang atok rosak.

Tahun ni je dari awal tahun sampai last week aku ingat lebih 13 kali atok masuk hospital. Tu belum kira pergi klinik swasta sebab taknak masuk hospital dengan emergency semput dekat klinik desa. So bermula episod, bila mana kaki atok luka sikit sebab melecet je pun. Tapi kencing manis kan merebak. Doktor diabetes suruh potong pergelangan kaki, doctor jantung kata jangan sebab atok semput peluang tipis, doctor buah pinggan cakap kite kena tebuk perut dulu cuci buah pinggan sebelum nak operation.

Ending family ckp ok cuci buah pinggan tebuk perut tapi kaki xpayah potong. Kami cuci dekat rumah. Sebulan kemudian, family aku jenis suka cuci luka. Kira depa expert. Aku tengok depa buat dengan nurse buat perfect family aku cuci kaki atok. Tapi berejam la nak layan cuci. Dari melecet sampai tumit takde. Nampak tulang. Buah pinggan x function then kuman toksik semua dalam badan. Nanah dah mula keluar dekat betis. Kulit terkopek-kopek. Tersangat sakit tang betis tapi tumit nampak tulang tu atok tak rasa sakit pun faktor kencing manis dia.

Dengan keadaan macam ni, aku fikir bila-bila Allah boleh ambil atok dari atok terseksa macam ni. Atok berat so pergerakan dia semua depends orang lain. Atok aku kalau baring senget xde yang nak betulkan. Memang sampai sudah dia senget je. Ok sambung, last2 atok potong kaki jugak sampai atas lutut (satu kaki je) sebab takde jalan lain. Atok ok sedar macam biasa just lemah. Dalam keadaan ni aku pon dah sedia mental dan fizikal yang atok after operation mungkin sihat atau sebaliknya. Aku memang dah ready betul dengan sebarang kemungkinan sebab dah lama tengok dia sakit. Tang tumit nampak tulang aku memang xmampu nak hadap. So kiteorang pun tanam kaki atok yang potong tu. Seram kot mandikan kaki je.

Malam lepas operation, atok macam kena sawan, doctor cakap jantung dah terhenti kiraan berapa minit ke saat aku xpasti, doctor buat CPR tekan dada bagai. Masa proses tu tulang atok surely retak or patah doctor cakap. So atok dapat bantuan penafasan ada mesin bagai. Aku memang duduk hospital baca yassin jela. Aku selalu tengok kalau orang dapat bantuan pernafasan macam ni means procedure terakhir untuk support pesakit sebelum doctor mintak kebenaran untuk stop bantuan pernafasan. And again aku terima qada dan qadar Allah.

The next day waktu zohor doctor mintak kebenaran cabut segala wayar dan waktu asar atok meninggal dunia. Aku kebetulan dekat rumah kemas rumah in case jadi apa-apa rumah takdelah tunggang terbalik. Tapi kan bila mayat atok aku masuk rumah. Aku tak boleh nak control the feeling of loss. Aku menangis bersungguh which is normal la kan. Atok, family member meninggal. Mesti kau nangis. Tapi kawan, masa bapa aku meninggal aku serius tak nangis.

Dah tiga hari baru aku nangis. Sedih aku lambat sampai. Tapi Atok aku meninggal aku nangis macam bapak aku yang meninggal. Now baru aku sedar besarnya posisi atok dalam hidup aku. Atuk aku tu selalu aku main-mainkan je, ajak gaduh. Akulah cucu sulung paling hantu. Kalau cakap memang jujur takde tapis. Anak dia pon xberani buat macam tu. Aku dah ready mental dan fizikal sebulan sebelum benda ni semua jadi. Tapi time kejadian aku speechless.

Even hari ini hari ke sepuluh, aku duduk rumah. Ya Allah sunyinya rumah ni. Kalau dulu tengah rumah penuh dengan katil atok aku, meja ubat, wayar plug mesin oksigen, wayar kipas habis semua dekat tengah rumah. Tapi sekarang kosong. Tengah rumah lapang. Sampai aku sorang tak berani dekat rumah. Macam-macam aku sibuk kan diri. Kalau dulu aku lepak bilik je. Sekarang bilik untuk tidur je. aku cari aktiviti, main dengan adik sepupu, borak dengan makcik, balik office lambat acah-acah best employee. Tapi sebenarnya aku tak nak rasa sunyi nya rumah atok aku even ade family makcik aku, dengan pakcik bongsu.

Atok aku pergi bukan bawak jasad dan roh je. Dia bawak semua. Aku tak tau nak mention apa yang dia bawak tapi yang tinggal dalam rumah ni kosong. Sunyi. Sekarang baru aku faham. dah tua bangka ni baru aku faham. Set la dekat otak konon terima redha pasrah apa yang akan jadi. Tapi hati kita generate apa yang kite betul-betul rasa. Akal kita fikir based on knowledge, jangkaan takde feels. Tapi sentuhan perasaan hanya ada dekat hati. Benda memang kau tak boleh tipu. Apa hati aku rasa sekarang tak sama macam apa yang aku set dalam otak sebelum ni. Aku ingat aku akan okey. Sebab atok sakit lama aku pun dah besar. Tak berapa beri kesan la.

Aku pun dulu belajar semua sorang. Balik time cuti je. Ni aku dah keje duduk sini balik. So tak terlalu memberi kesan dari segi emosi lah kan.Tapi tak weyh. Setiap kali aku diri dekat tengah rumah. Aku tengah makan ke, nak pi kerja, baru lepas membuang or pandang setiap paksi dalam rumah ni, hati terus rasa, sunyinya… Lapangnya rumah ni. Then mata hidung lecak.

So, sebab hati aku belum ready macam mana otak aku dah ready. Dekat sini la aku share dengan korang. Ramai kot dekat luar sana kalau ada yang sakit teruk family korang do something yang buat korang takkan feels loss. Create a best moments, yang boleh buat korang ketawa even tengah sedih. Sebab sekali dia pergi, meratap la macam mana, yang tinggal sunyi je. Kosong.

– kosong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *