Assalamualaikum, thanks add approved post aku. Sebelum itu, aku ni perempuan anak bongsu dan paling rapat dengan mak aku. Tadi aku baru je kena, tak tahulah nak cakap aku kena tipu ke macam mana.
Untuk pengetahuan korang, aku kerja kilang, shift. Aku ni jenis suka bagi orang hadiah kalau wedding kawan2 aku. Nak jadikan cerita aku ada kawan yang akan bernikah tak lama lagi. Hadiah yang selalu aku bagi selalu macam agak nakal la kot batu lesung la, baju baby la bagi kat kawan2 aku(hehehe). So berbalik cerita aku tadi. Balik je kerja aku plan nak belikan kawan aku hadiah. Sebab aku tak reti sangat, aku ajak la mak aku ni..
So,sampai je tempat shoping tu, kita org terus pergi ke kedai tersebut..malu lak nak cakap aku bagi apa(keh3).. Lepas dapat apa yang dihajati, kami pun nak pergi ke bahagian barangan pasar la. Tiba2 ada seorang mamat tahan kami bagi flyers, cakap nak bagi hadiah jawab survey je bagi beg shopping., sebab dia orang nak baru nak buka kedai.
Mak aku pun setuju, tapi sebelum tu aku dah cakap dah dengan mak aku jangan beli apa2 kalau dia jual. Mak aku pun kata ‘ mana ada jual barang, kalau tak dapat kita balik je la.’ Duk elok mak aku isi borang, dia pun terangkan macam-macam, tanya aku macam-macam aku layan kan je la sebab mak aku yang nak kan.
Tahu-tahu je dia suruh spin(aku da dapat rasa macam gores dan menang je ni). Spin yang pertama mak aku dapat baucer diskaun, spin yang kedua mak aku dapat dapur elektrik dengan air purifier. Dalam hati aku dah lain.’ye ye je ni mak’. Dia pun terperanjat tak pernah lagi nampak orang lain dapat hadiah macam tu. ‘Jap eyh mak cik, saya tanya person incharge saya’. Dia pun pergi cari supervisor dia tu.
Dalam 7min cam tu dia datang ucap tahniah bagai.bla..bla.. Bla korang mesti tahu apa dialog dia. Kawan2 dia pun cakap tahniah makcik. Ikut hati aku mmg nak blah dah. Tapi mak aku still nak dengar juga apa yang diaorang offer. Untuk pengetahuan korang rumah aku memang takde guna dapur elektrik dengan air purified ni.
Lepas tu dia terangkan, syarat2 dia. Antara syarat dia kena beli barang dapat diskaun sikit la. Sikit je pun. Mak aku pilih oven dan mak aku nyaris nak bayar taw.. Aku cakap mak nak ke beli ni sambil tepi tangan mak aku. Mula lah kawan-kawan dia datang, cakap rugi lah apa lah. Aku cakap ‘tak yah lah mak’. Mak aku dah bagi dah kad bank dia untuk swipe. Swipe sebagai cagaran untuk kita bayar bulan. Lepas swipe nanti dia bagi kita kad kredit tapi untuk bayar oven tu je.
Mula paksa mak aku letak password bgai. Mak aku mmg jenis oldskool, kalau nak keluar duit dia akan pergi ke kaunter. Bila mak aku kata tak ingat, dia boleh pulak paksa mak aku ingat. Seorang tu mula la try tekan password dia. Mak aku pulak mula, ‘kau bayar la dulu, nnt mak bayar kat kau’ aku buat tak tahu je. Aku cakap la mak aku tak tahu pun password kad tu.
Kawan2 dia dah mula keliling kita orang. ‘Mak dah lah jom.’. Mak aku buat muka yang aku tak sampai hati, aku pun hulur kad bank aku. Sebelum aku bagi tu aku tanya resit la takde cop la. Sebab nak mak sedar. Ikut hati dan fikiran yang tak matang ni, memang aku nak tinggalkan je mak aku tu. Tapi dah anak kan. Mana la sanggup. Pendek kan cerita akhir nya duit aku yang kena tolak. Tapi sebab aku baru bayar 70% dia bagi 2 baru je. Mak aku pilih air purified dgn oven.
Balik rumah je aku terus googel. Pasal syarikat ni. Memang takde website dia. Tapi company ni ada daftar kat ssm. Terus aku cakap, nama produk yang dapat tu aku search takde pun dalam internet. Mak aku dah diam je,menyesal le tu. Aku bukan nak marah mak aku la, cuma aku sedih lah, dia tak dengar cakap aku suruh blah. Nak tanya pendapat korang, sebab lepas ni dia nak tolak ansuran dari akaun aku, dan dijamin apa yang aku bayar sekarang akan dapat balik sebab tu hanya cagaran menunjukkan kita boleh bayar balik. Kalau aku tutup akaun bank yang tu, and then aku bukak yang baru valid tak? Tapi no fon,ic.semua dia tahu. Btw thanks admin kalau approved kan, kalau tak approved kan thanks jugak. Sebab ada juga tempat aku nk luah kan.
Lagi satu,mak aku pesan jangan bagi tahu adik-beradik lain.hi, abang, akak, kalau terbaca buat tak tahu je tw.Niat hati nak happy kan mak aku je. Tak tahu la pulak akhir dia macam ni.Hei manusia durjana..ingat eyh kau tipu mak aku, kau tipu aku, hidup kau tak aman la, sampai bila2.
– Anak mak aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit