Assalamualaikum. Aku Hani. Sebelum ni aku ada confess pasal arwah Along yang meninggal di pusat pemulihan. Maaf aku triggered nak tulis lagi lepas baca dua confession terbaru ni.
1. Gaslighting by sis Dahleeya.
Untuk part I, (https://iiumc.com/gaslighting-manipulative-dan-pendera-emosi/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/gaslighting-abahku-manipulative-pendera-emosi-ii/).
Terkejut aku betapa serupanya perangai abah sis dengan bapak aku. Setiap perbuatan mereka sama. Cuma sebelum ni aku serabut & sedih tak dapat cerita betul2. Sis huraikan masalah mental diorg dengan sangat baik dan jelas dan baru aku tau perangai diaorang ni dipanggil gaslighting.
Bapak aku pun selalu ugut nak cerai. Cuma dia tak pernah sebut talak mungkin sebab dah pernah cerai, dia tau susahnya hidup takde pempuan. So saje ugut2 nak puaskan ego sendiri. Dan bapak aku selalu naik tangan. Bila dah bertongkat dia naik tongkat pulak sampai lebam birat lengan mak aku kena tongkat.
Apa tindakan mak aku menghadapi semua ni? Mak aku pun sama macam mak sis, just surrender. And worse, mak aku sengaja taknak lepaskan diri sebab:
1. Dia rasa bercerai tu hina. Dia taknak kena hina.
2. Dia akan kehilangan sara hidup. Dia kerja swasta takde pencen. Dia bergantung hidup pada pencen bapak.
3. Dia taknak bapak burukkan dia pada anak2 macam mana bapak buat kat isteri pertama dan arwah Along.
Ni bukan sangkaan tapi mak sendiri bagitau. Masa tu aku baru habis kolej tgh tggu tawaran sambung degree kat oversea. Duduk lama kat rumah dan kepala aku dah nak meletup tengok perangai bapak. Aku bagitau mak, kalau mak cerai aku sanggup berenti belajar dan cari kerja untuk sara dia. Aku dah tak sanggup tengok mak aku hidup dalam deraan macam tu. Tapi mak kata aku sombong. Kecewa sgt aku dgr kata2 mak dan 3 reason yang dia bagi kat atas.
Aku cuba faham, mak aku dulu miskin dan terhina. Lepas kawen hidup dia berubah ada suami dan harta. Walaupun didera fizikal mental dia sanggup asalkan tak miskin dan hina macam dulu. Aku takleh hadam.
Actually bapak pun hina mak jugak. Asal naik angin dia amuk dan hina mak sehina2nya. Bapak pernah hina mak aku bukan perempuan sejati semata2 kerana mak lahirkan kami dengan pembedahan. Mak aku badan kecik susah beranak. Korang boleh telan tak suami hina macam tu lepas kau susah payah kandung zuriat? Mak aku boleh. Asalkan berduit dan tak menjanda. Haha.. T T
Aku cuba hormat pendirian mak. Aku tak pernah bangkitkan lagi pasal cerai.
Cara mak survive semua ni ialah dengan melepas amarah di belakang. Maki bapak kat aku, maki bapak kat adik-beradik dia. Ya mak aku bukan la penyabar macam mak sis dahleeya. Mak aku jadikan org lain sebagai punching bag dia lepas geram. Aku bongsu paling lama kat rumah.
Aku layan luahan perasaan mak, hadap je amuk bapak pada mak dan aku. Sebab ini hidup yang mak nak. Aku cuba teman mak lalui penderitaan dia. Ada duit aku belikan barang2 yang mak teringin. Weekend bawak jalan mana mak nak pergi. Sepanjang jalan borak dengar luahan mak.
Tapi lama2 aku tak tertelan weh. Aku penat. Bagi aku hidup berkeluarga ni tujuannya jadi pelengkap dan penguat. Saling support. Kalau nak stay dengan pasangan jahat biar la tabah dan doakan dia berubah. Biar ada niat sama2 nak capai redha Allah.
Tapi aku tak nampak hasrat mak ke situ. Memang mak nak jadi macam lintah saja sedut darah, dipukul2 tak lepas. Maaf kalau kasar perumpamaan aku ni tapi itu la yang aku hadap, parents toksik yang masing2 ada kepentingan nak kekal dalam hubungan toksik. Yang menelan toksik ialah aku satu2nya.
Kenapa aku sorang? Sebab siblings aku semua dah kawen terus lari bawak idup sendiri. Aku yang terperangkap kat sini. Nak stay tak mampu, nak kawen dah trauma. Sejak remaja minda aku dah tertanam pandangan buruk terhadap lelaki, tak guna hidup dengan lelaki kalau asyik kena amuk. Dah besar makin luas pergaulan, pandangan aku terbuka sikit cuma aku pulak yang rasa tak layak nak jadi bini orang disebabkan profile keluarga aku ni.
Jangan tanya aku stress ke tidak. Aku punya depression dah tahap otai bukan beshe-beshe. Dia tgh makan fizikal aku, makan memori aku, makan performance aku. Walaupun buat kerja bagus tapi aku tak tahan tekanan. Asyik berenti bertukar ganti. Aku bercita2 nak kerja elok gaji besar boleh bawa mak lari dari bapak. Tapi nampaknya ia cuma angan2.
Orang yang baru kenal, cakap aku comel awet muda tapi diaorang tak tau betapa aku crushed, bleeding kat dalam. La ni aku dah tak share duka lara dengan sesiapa sebab orang tak mampu hadam apa yang aku alami.
Lastly diaorang akan muak dan tinggalkan aku. Makin sakit rasanya. Jangan risau aku takkan bunuh diri sebab aku tau haram. Nyawa ni bukan aku punya, siapa aku nak main cabut nyawa sniri. Aku cuma mereput diam2 tunggu mati. Tiap kali baca berita orang mati aku tertanya2 bila la giliran aku ni.
Readers, kalau nak anak korang jadi cam aku, sila kekalkan perangai buruk korang dan layanlah keluarga dengan buruk. InsyaaAllah hasilnya buruk seperti yang diinginkan :)
2. Arwah menantu Cikgu Norlia, (https://iiumc.com/w39nf3na-wanita-hebat/).
Tengah sarapan tadi menangis2 aku baca kisah arwah Madiha. Aku selalu baca kisah macam tu dalam buku sejarah orang soleh. Bagaimana sahabat Nabi dulu2 selalu diperlihatkan kediaman mereka di syurga, sebelum mereka meninggal.
Dalam satu ekspidisi peperangan ada sahabat Nabi mimpi jumpa bidadari. Tapi bila nak sentuh bidadari tu enggan sebab sahabat tu belum mati. Esoknya sahabat tu perang mati syahid, Rasulullah diperlihatkan ruh sahabat ni hidup gembira dengan bidadari yang dijanjikan.
Allah…. kisah ni benar. Ada manusia zaman moden yang dapat anugerah ni. MasyaAllah aku cemburu sangat dengan arwah Madiha. Tentunya mak bapak arwah pun insan mulia yang berjaya didik anak jadi solehah.
Aku pulak, pergaulan aku kasar. Walaupun jiwa aku halus, empati, penyayang blabla tapi disebabkan upbringing yang dahsyat tu aku jadi toksik pula kpd org sekeliling. Dulu bila jumpa kawan rapat asyik nak luahkan kekecewaan aku terhadap family. Member naik bosan kawan ngan aku. Dorg takleh hadam pun sebab family diaorang tak gitu. Aku je bernasib malang tersesat kat dunia ni.
Sekarang life goal aku cuma satu. Agar waktu aku mati nanti, imam tanya apa pandangan kamu terhadap jenazah ni? Semua boleh jawab ‘baik.’ Sebab aku manusia toksik. Takde benda lain yang patut aku mintak kecuali jadi baik. Ingat lagi confession sebelum ni aku cakap aku anak kesayangan bapak?
Ya aku copy semua perangai dan amuk dia sebijik. Aku pernah jadi umpatan macam bapak. Bukan aku sengaja nak jadi begitu tapi dah itu contoh yang aku dapat. Syukurnya Allah sedarkan aku untuk berubah, sedar perangai aku tu salah. Banyak yang dah berjaya aku buang. Tapi dalam proses tu aku banyak juga sakitkan hati orang.
Aku betul2 cemburu dengan Madiha. Dengan orang2 baik yang dibesarkan dalam keluarga baik2. Dapat mati yang baik. Aku cemburu.
Untuk sis Dahleeya. Kalau mak sis betul2 nak stay dan mampu sabar, biar la dia sabar sebab dia akan dapat syurga atas sabar tu. Kalau tidak, Islam sediakan jalan keluar. Jangan siksa mak sis dan biar dia stay, atas apa alasan sekalipun.
Risau siapa nak jaga bapak, hantar la rumah orang tua. Bayar expenses bulanan dan jenguk tiap minggu. Takde bezanya dengan rumah sendiri cuma penjaga yang berbeza. Kalau korang biar mak stay dengan alasan siapa nak jaga bapak, korang memang KEJAM. Korang ingat mak korang bibik ke… T T Bagi la dia rehat dan bertenang di akhir usia ni T T
Orang macam abah sis dan bapak aku patut hidup bersendiri dengan Tuhan. Baru dia ada masa nak bertaubat. Kalau tidak sibuk nak layan ego dan nafsu amarah.
Macam mak aku dah takde harapan. Dia yang nak stay. Aku takleh buat apa. Aku cuma mampu avoid diorang untuk kurangkan kadar penyerapan toksik.
Maaf kalau luahan aku ni jadi toksik dalam kepala readers. Apa yang aku harapkan dari perkongsian ni ialah, korang dapat kesedaran betapa teruknya kesan perangai buruk kita terhadap orang lain. Dan perangai buruk ni tak boleh hilang sendiri. Kena usaha mengubahnya secara konsisten.
Sebagai suami, isteri, ibu bapa, jangan ingat sekolah tahfiz boleh baiki perangai anak kita. Anak2 start copy perangai parents dari baby lagi, jangan harap diaorang berubah setakat setahun-dua kat pondok. Kita yang suapkan toksik tu jadi perubahan mesti dari kita. Orang berperangai buruk ni nasib dia malang kat dunia lagi. Akhirat kelak jadi muflis sebab semua pahala kena bayar pada orang yang dia sakiti.
Moga2 kita semua berjaya baiki diri dan capai husnul khatimah yang diidam2kan. Doakan aku guys. Anything yang baik2. Doakan aku…
– Hani
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit