Bismillah, kalau post ni published, thanks sangat to the admin. Minta maaf juga sebab guna bahasa rojak, maaf kepada yang tak berkenan. Ya berdasarkan tajuk pun aku rasa semua dah boleh agak. Aku ada crush dan perasaan ni 4 tahun aku simpan. This is my story and disclaimer this is not a happy ending.
I have a 4 years crush. Gila kan? Aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh bertahan selama ni. Sejak asasi aku dah start crush dekat dia, kenal through instagram ja sebenarnya, not my classmates pun or even satu kos. It was so random. Macam mana nak cakap eh, we just follow each other on instagram then aku rasa dia cute. That’s all. Lepastu macam biasa ja.
One day, dia post gambar dengan kawan kawan dia and one of it turn out to be my schoolmate. Kisahnya cuma aku dengan schoolmate aku tu ja la yang dapat masuk asasi universiti ni (dia lelaki btw). So aku terkejut. Dalam banyak banyak orang, how can he turn out to be a friend to my schoolmate. Waktu tu aku macam fikir confirm jodoh ni haha.
Time past by, i just have a minor instagram crush on him. Yala because we never met in real life kan. Then habis la asasi, it’s time for 1st year degree. Waktu tu macam hari untuk apply PTPTN la so semua 1st year yang nak apply kena pergi satu dewan ni. Guess what, turn out aku jumpa dia. Tapi dia bukan dengan member aku sebab member aku kena extend asasi jadi setahun setengah so kami ni kira kami punya asasi cepat sikit, setahun ja la (faham tak? faham faham ja la eh).
So kat dalam hall tu aku nervous gila dah ni, first time aku jumpa dia in real life. He was cute. Same like my expectations. Bertambah-tambah la aku crush kat dia. Balik tu aku stalk ig dia. Aku happy weh sedangkan tak ada benda yang terjadi pun. Bertentang mata pun tidak ya teman teman.
Macam aku mention, kuliyyah kami lain lain. Chance untuk kelas sekali adalah sangat mustahil. I never met him or terjumpa sekalipun kat u lepas dari ptptn tu. 1st year to 2nd year real quick. Haritu aku terbuka story sorang ni turn out to be his classmate, dia buat ig story tau and tengok tengok dia pun ada dalam story tu. Aku happy gila sampai screen record story tu and simpan that video until today.
Oh btw crush aku ni bukan jenis buat story ig or like gambar org kat ig, even gambar aku sekali ja dia pernah like but dia active ja ig, entah memang gitu orangnya. So macam tu ja lah. Aku tak la crush yang jenis teringat tu but my feeling was a long term one. Entah idk how.
Sepanjang my study, of course i met several guys yang nak kawan and yang nak approach. But my answers is always no. Sebab aku simpan perasan betul betul dekat crush aku ni. Crush yang aku tak pernah jumpa. Crush part time aku. Tapi idk aku letak dia first weh. Act like aku tak boleh bagi jawapan aku dekat lelaki lain sebab aku nak sgt tahu jawapan dia. Faham tak? In fact aku sendiri pun tak tahu dia kenal aku ke tak. It was somehow ridiculous but it’s happening. Pretty crazy right?
Life was hard, but when i think of him. It’s like a voice that’s saying i gotta stay strong and there’s hope. Macam kalau aku sedih, at least aku still ada ‘dia’ as hope and aku tak lupa Tuhan pun la. Dia macam sampingan ja but he still my hope to keep holding on everything. Aku save gambar dia sekali dengan video yang aku screen record dulu tu.
Kalau musim sukan antara hostel kan aku akan go to his hostel punya ig and find his picture. Dia join takraw and save those pictures and video and nervous nak tahu result dia menang ka kalah. Hostel sendiri tak nak pulak ambil tahu. Macam scary and creepy kan but tak ada apa pun sebenarnya. Just save the picture and tengok kalau aku rasa down. Like mood booster gitu.
Then sampai la third year aku crush dekat dia. Kalau kira dari asasi maksudnya dah 4 tahun aku crush dekat dia. Aku still reject some guys yang nak dekat dgn aku sebabkan aku nak jawapan dia dulu. So at last aku nekad, i need to tegur dia dekat ig. Sebab before that aku sembang dengan kawan aku and dia kata buat ja la, lagipun lama kan aku tunggu like just go for it.
So malam tu aku dm dia. Nervous tu tak payah cakap la siap berpeluh bagai. Aku tegur cakap salam gitu, then dia balas weh dia balas. Aku dah macam nak melompat satu rumah sumpah gila aku menjerit dekat sofa sampai abang aku yang ada kat situ cakap aku gila. So aku lari masuk bilik. Nervous ni nak buka dm dia. Dia balas wassalam, kenapa? So I have to think a plan, aku cakap aku perlukan participant untuk assignment aku.
Participant tu kena isi survey ja and guess what dia setuju. Lebih mengejutkan lagi, dia kenal aku weh dia tanya aku ni kawan… ke? sebab dia pernah tengok story ig aku post gambar kami waktu raya kot, actually aku pun tak ingat aku pernah post sebab macam aku pun jarang buat story ig tapi the fact yang dia kenal aku and dia tahu aku exist tu buat aku sumpah nak melompat sampai ke langit.
Dia bagi number dia juga weh, dia cakap apa apa hal nanti contact dekat wasap ja la. EH! OK MASUK ICU AKU WEH ICU. Crush 4 tahun aku tahu aku exist, Allahu bayang ja la. Happy betul aku. So kami plan untuk jumpa later kat uni sebab nak minta dia isikan survey tu la.
Pendekkan, that day pun datang. Kami plan jumpa kat library. I was nervous tak payah cakap la. Nak pakai baju apa? Make up macam mana? Lipstick apa? Semua jadi tak keruan dah ni. So at last jumpa jugak, he was neat and cute sama macam aku jumpa waktu 1st year dulu.
Dia tegur aku macam kawan biasa macam dah lama kenal sambil jawab aku punya question survey tu. Sambil dia jawab tu aku tengok ja dia. Tangan aku berpeluh sangat and jantung aku macam nak gugur. He was so nice. Lagi la aku fall in love.
So aku pendekkan ja la eh cerita sebab tak ada apa pun terjadi sebenarnya ni selain kami borak kosong ja but my heart was shaking like seriously crazy. Balik ja lepas first meet tu, aku sumpah happy yang teramat. Aku teringat dia. Teringat moment yang aku crush dengan dia for 4 years. Ingat tak video yang aku screen record dulu tu? It was years back but aku still simpan.
Aku tengok balik and entah la macam mana aku nekad kali ni, aku kena confess. By the way ni atas dorongan kawan aku sama. Dia cakap 4 years was such a long time, i reject most of the people because of him, put his name in my doa, change my style and trying to study hard because i wanna be a better version of myself pun because of him. So kali ni aku betul betul nekad nak confess my feelings. No more waiting apa nak jadi jadi la.
So 4 hari lepas first meet kami, aku text dia. Aku cakap ada benda nak bagitahu. Dia pun cakap “apa, cakap ja la”. Dengan penuh kekuatan yang ada ni, aku confess. Ayat aku tak panjang pun. Tapi ada la isi tu. Aku cakap aku suka dia, dah lama dah. Empat tahun aku simpan, kita tak pernah jumpa but aku pun tak tahu macam mana aku boleh simpan perasaan ni. Aku simpan perasaan ni lowkey ja. Bla bla bla. Aku cakap jugak yang probably kalau dia nak bagi “kami” peluang, we can be friend dulu? Then send.
Lepastu aku baling phone dan menjerit sekali dekat bantal (macam biasa). Perasaan bercampur baur sangat, nervous and sebak sebab 4 tahun aku tunggu nak cakap ni. Lepastu wasap masuk and dia balas, aku nervous sangat nak tengok tapi curious melampau betul so aku pun beranikan diri tengok. His words lepastu sumpah aku akan ingat sampai bila-bila.
Dia cakap minta maaf, dia tak tahu nak cakap macam mana and first time dia terima confession macam ni. He already have someone else. Dia minta maaf dekat aku, siap emoji nangis lagi, dia tulis maaf tu berkali-kali. Aku numb at that moment. Tak menangis tapi macam terkejut because before confess tu pun, i have prepared for the worst. Aku balas “ok, takpa” macam tu ja pendek, tak tahu nak tulis apa.
Lepastu dia balas, sorry lagi and cakap aku ni tak ada kurang apa pun la cuma yala dia dah ada orang lain kan. Jodoh tu Tuhan yang pegang, kita tak tahu in the future macam mana. Lepastu baru aku nangis. Air mata turun tak sedar pun tau, nangis tak bunyi pun but somehow i was so sad. Aku tarik nafas panjang and cakap “okay, chill sorry.”
Aku tahu dia rasa bersalah sebab buat aku macam ni. Aku sikit pun tak salahkan dia, hak dia kan? Tapi aku tak mampu nak tulis tu, aku tak mampu nak taip panjang panjang. Perasaan aku bercampur sangat dah waktu tu. So aku cepat cepat delete his number, padam gambar dia, video yang aku simpan on my laptop and gallery and his survey paper yang dia tolong isi tu.
Terus pergi toilet. Berdiri depan cermin toilet tu aku diam kejap. Tak nangis dah pun but perasaan aku kosong. Rasa berat yang nak menangis tapi tak lepas. Aku geram, malu, sedih. Empat tahun was wasted macam tu ja, bodohnya aku selama ni suka dekat bf orang. Kalau la aku tahu, i will stop this feeling earlier but aku tak tahu. Aku rasa bersalah sangat. But i was okay.
Aku tak sentuh phone aku langsung, malam tu aku bukak jugak sebab nak tengok wasap assignment tapi sumpah tak ada mood gila. Ada lagi wasap maaf dari dia and dia tanya, “assignment survey aku tu macam mana, ok ke?” WEH HAHA. Aku tahu la niat dia baik, nak neutralkan balik keadaan, tak nak awkward. Tapi aku tak mampu weh, tangan pun still shaking ni. Aku tak reply pun and terus padam.
Lepastu kawan aku ada cakap dia dm kawan aku tanya aku ok tak? Like why are u beng so nice and concern? Aku buka wasap and reply yang aku okay, perlu ka sampai tanya kawan aku. Dia balas sorry weh, then aku delete chat dia. Habis sampai situ.
To be honest, aku tak marah dia atau keputusan dia. But aku marah diri aku. Macam mana aku boleh simpan perasaan ni punya la lama then expect yang dia pun tunggu aku? I was stupid at that decision of life.
But kawan aku cakap walaupun sakit, at least aku tahu jawapan sebenar daripada terus simpan maybe bertahun-tahun lagi? Aku akhirnya boleh buka hati ni dekat orang lain, tapi bukan mudah la. It needs time. Bila fikir balik, crushing on that guy for 4 years was a best decision of my life. At that time i was so true to myself, i don’t blame him or anyone else but myself.
Kalau aku awal sikit ke, will there is a hope for me or kalau aku buang ja perasaan ni dulu maybe sekarang aku akan okay? Tapi back to the destiny, semuanya dah ditentukan. I was glad its happen actually. It was a bittersweet experience. Aku redha.
Malam tu, aku bangun solat and doakan dekat Allah tentang dia for the last time. Kalau kami ditakdirkan untuk jumpa lagi di masa depan, aku harap waktu tu hati kami bersedia. Kalau tak, let’s not meet again. Let’s cherish this life of ours in our own path. Thank you for everything and be a part of this journey even dia pun tak sedar impact dia in my life. Thank you and thank you, let’s be happy :)
P/s : Allah dah tulis semuanya cantik-cantik. redha and percaya pasti ada hikmah. Doakan aku kuat and berjaya habiskan degree on time. TQSM.
– H (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit