Assalamualaikum pada semua pembaca.
Tulisan ini adalah untuk bercerita tentang akibat dari akhlak yang buruk.
Aku ada seorang ketua, seorang perempuan tua, yang tak lama lagi akan pencen. Seumur hidup aku ini lah kali pertama aku berjumpa dengan manusia berakhlak sangat buruk. (Mungkin ada lagi buruk tapi belum jumpa)
Biar lah aku nama kan dia A, mak cik A ni perangai dia sangat teruk, mulut dia tak henti henti bercakap, walau pun untuk perkara yang tak perlu, dan setiap apa yang keluar dari mulut dia adalah untuk mengumpat, mengata, dan mencela orang lain.
Korang boleh bayang kan bekerja di bawah ketua begitu, setiap kali datang dia akan melawat untuk mencari salah pekerja lain. Hidup dia langsung tak tenang walau pun sehari. Bila ada yang melawan dia akan fitnah orang tersebut sampai hilang jawatan atau di tukar ke tempat lain.
Dia juga angkuh dan sombong, pada pekerja Indonesia yang dia anggap kuli, dia cuma maki hamun dan mengherdik suka hati. Tak pernah cakap baik baik. Tak pernah menjaga air muka orang itu di hadapan orang lain.
Si A ni juga menyelewengkan duit dan menipu dalam kerja nya. Tapi dia bijak menutup salah, ada saja cara.
Sikap buruk dia terkenal sampai jabatan atas, kalau di majlis majlis mulut dia yang bising buat dia terkenal.
Kadang aku fikir dia tak waras kerana banyak sangat makan duit haram.
Dia memfitnah menzalimi orang lain. Sampai menuduh orang lain berzina Dan bersekedudukan tanpa nikah. Sedang dia cuma berburuk sangka. Dia bercerita pada orang hal tersebut.
Si A ni sikap dia depan orang dia bermulut manis tapi di belakang orang tersebut dia menfitnah dan mencaci. Apa saja pekerjaan yang dia buat untuk nama dan pangkat. Sedaya upaya dia akan cerita kan semua hal baik dia pada orang, datang awal kerja, walau cuma sekali sekala datang awal, lebih bnyak datang lambat.
Sikap dia suka mengungkit hal kecil untuk mencari salah orang lain walau hal itu 10 tahun lepas.
OK, itu sedikit sebanyak sikap dia, banyak lagi yang tak dapat di terima akal yang tak larat nak di tulis.
Apa yang aku nak sampaikan adalah sebenar nya semua akhlak buruk dan keji akan membinasakan diri sendiri di dunia lagi, apa lagi di akhirat.
Dan titik tolak pada semua kejahatan adalah meninggal kan solat. Si A walau kerja nya adalah dalam bidang agama tapi dia meninggalkan solat. Meremehkan solat walau di usia dah tua.
Dan sekarang aku nak cerita apa yang aku nampak kesan dari akhlak yang keji itu.
1) Apa yang aku nampak hidup si A sangat tak tenang. Si A ni sentiasa bermasalah dalam hidup dia, walau dia berharta dia selalu risau fasal duit dan asyik merungut duit tak cukup. Ada saja masalah hidup dia, kereta pancit, bateri kereta habis tiba tiba, dan 1001 yang buat dia kena keluarkan duit.
2) si A di timpa penyakit pelik, badan dia tumbuh bisul atau kudis yang tak sembuh sembuh. Seluruh badan, macam org HIV , pedih dan gatal.
3) Keluarga dan anak anak yang bermasalah. Anak yang tak kerja Dan mengharap duit dia, anak yang tak dengar cakap dan melawan cakap.
4) Semua orang yang mengenali dia akan cuma nampak keburukan diri dia. Walau pun dia pernah ada sisi baik tapi akhlak buruk dia menutupi kebaikan yang dia buat.
5) Dosa yang menghantui diri. Si A ada penyakit tak boleh tidur malam, kadang sehari tak tidur. ( aku tahu sebab dia bercerita)
Kesimpulannya , jaga dan didik lah akhlak dari muda , kerana akhlak itu habit, dia akan kekal sampai tua, sampai mati, jika kita tak cuba untuk merubahnya.
Akhlak adalah cermin akal dan hati. Antara manusia yang paling di benci Allah dan rasul adalah manusia yang berakhlak buruk. Malah juga di benci manusia sendiri kerana berlawanan dengan fitrah yang suka pada kebaikan.
Seperti hadis
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling dekat dengan aku di Akhirat adalah yang paling baik akhlaknya di antara kalian. Dan sesungguhnya yang paling aku benci dan paling jauh dariku adalah yang paling buruk akhlaknya di antara kalian, (yaitu) orang yang banyak bicara tanpa faedah, orang yang memaksakan diri dalam berbicara (agar terlihat fasih) dan orang yang sombong.” (HR. Ahmad).
Dan jika korang pernah berhadapan orang begini, sabar dan pedulikan. Dia akan binasa oleh diri dia sendiri .
Jika kita sedar kita ada akhlak seperti itu, tega dan tak rasa apa apa menzalimi orang lain. Sombong dan rasa hebat. Ingat lah balasan perbuatan keji akan dapat di dunia lagi, akhirat bertambah tambah.
Berubahlah sebelum terlambat, sebelum hati sudah keras dan hitam yang akhirnya kita mati dengan membawa sikap keji dan meninggalkan kejahatan kita untuk di ingati.
– Bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit