Akhlak Dengan Uber / Grab

Hi semua.

Terima kasih kerana menyiarkan.

Ruangan ni bagus untuk saya menyuarakan sedikit pendapat mengenai pelajar2 yg menggunakan khidmat Uber or Grab pada zaman ini. ada beberapa perkara yg mungkin tidak sampai dalam pemikiran pengguna mngenai bagaimana cara yg betul menaiki kemudahan tersebut. berikut yang dapat saya listkan pada masa ini:

1. Pemandu dan company adalah 2 pihak yang berbeza, company tidak memiliki kereta tersebut. jadi tidak patut jika anda merosakkan kereta atas sebab ketidakpuasan hati terhadap company.

2. bersederhana ketika menggunakan mana2 perkhidmatan awam. contohnya, membuka/menutup pintu, bercakap, dilarang mengotorkan/mengoyak/merosakkan mana2 bahagian dalam kenderaan awam.

3. sentiasa bersedia sebelum memesan. kadangkala ramai pelajar yg memesan uber/grab ketika masih dalam kelas. ini menyebabkan pemandu terpaksa menunggu lebih lama dan percayalah, ianya merugikan pemandu.

4. biasakan dengan application. di zaman yang moden ini, teknologi juga tidak dapat lari dari kelemahan, antaranya disini adalah GPS. untuk mendapatkan pick up yang lebih tepat, anda mestilah meletakkan “mercu tanda” sesuatu tempat tersebut. seperti “7-eleven pekan”. atau anda boleh “sms” pemandu tentang persekitaran yang anda berada.

5. maaf jika saya katakan, kebanyakan penumpang yg saya kurang senang adalah pelajar perempuan. sebabnya? anda boleh baca dimana2 group FB.

6. sesetengah pemandu memerlukan 5 star untuk trus dapat bekerja. bukan 4 bukan 3 bukan 2 dan 1. jika anda sampai ke destinasi dengan selamat, tiada sebab lagi anda perlu memberi selain dari 5 star. dan adanya pemandu itu melakukan sesuatu yg melampaui batas, terpulang pada anda.
ingat, 4 star boleh membuatkan pemandu itu di halang bekerja.

7. bayaran trip yang biasanya tidak menguntungkan untuk short trip. jika anda berasa bangga dapat mnggunakan perkhidmatan ini dengan harga yang murah, fikirkan apa yang perlu ditanggung pemandu.

akhir kata, jadilah mahasiswa yang bijak dalam berurusan.

– john jonathen a/l subra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit