Akibat Jeragat

Assalamualaikum dan hai.

Saya malu untuk bercerita pada kawan kawan atau family kerana menganggap itu perkara biasa kalau mempunyai jeragat.

Tapi untuk saya yang mengalami, ianya membuat kan saya tidak mempunyai keyakinan diri untuk tidak memakai make up ke mana saja saya pergi.

Jeragat ni ade dua jenis, satu jeragat yang anda semua tengok pada kebanyakan orang yang bintik bintik kecil. Satu lagi jeragat jenis Hyperpigmentation yang besar dan berakar. Dan saya mengalami jenis yang dua itu.

Saya malu bila kena tidur di rumah orang atau bercuti kerana sudah tentu orang akan tengok muka saya sebelum dengan selepas bangun tidur.

Kadang kadang saya akan bangun awal dan mandi dan bersiap memakai mekap sebelum orang lain bangun. Saya cuma selesa kalau bersama kawan rapat dan family saya sahaja.

Untuk makluman, saya juga sudah bertunang, alhamdulillah tunang saya okay saja dengan wajah saya kerana saya selalu tanya jika dia boleh terima muka saya dan melihat wajah saya yang tak cantik ini sampai tua.

Macam macam produk dan juga klinik kecantikan saya sudah pergi dan cuba. Laser pon saya pernah buat, berdarah darah muka dan bengkak muka saya.

Dan doktor itu juga cakap, jeragat saya ni memang tidak akan hilang kerana dia sudah berakar dari dalam. Kalau saya buat laser 8 kali pun mungkin akan hilang sedikit sahaja.

Saya buntu kerana tak lama lagi saya akan berkahwin dan bagaimana saya nak expose diri saya kepada keluarga mertua tanpa make up. Saya memang malu.

Di sini saya ingin menanyakan jika ada sesiapa antara kalian yang pernah mengalami masalah seperti saya?

Jika pernah, adakah anda mempunyai solutions yang ingin dikongsi bersama untuk menghilangkan atau mengurangkan jeragat ni?

Tolong lah bantu saya, saya baru sahaja berumur 26 tahun. Semua penjagaan diri saya lengkap. Sunscreen memang saya tak tinggal.

Dan sekarang saya memakai produk dari drugstore seperti watson dan guardian sahaja. Dan saya percaya perkara ini terjadi kerana waktu saya sekolah saya banyak memakai produk timbang kilo dan saya menyesal sangat.

Yang memerlukan pertolongan,

– Ms Squishy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *