Akibat Kahwin Duda

Hai semua. Kenalkan diri aku bunga sudah berkahwin dengan si Pokok duda anak 1 perempuan umur 10 tahun aku gelar kan dia Ranting.

Terima kasih admin jika cerita ini disiarkan tapi sangat berharap disiarkan untuk aku dapatkan kata kata semangat ataupun nasihat untuk orang keras kepala macam aku.

Kami dah kahwin 3 tahun dikurniakan sorang anak perempuan yang akan aku gelarkan Girl (1 tahun). Dalam tempoh 3 tahun ni dah 2 kali kami naik mahkamah untuk proses cerai tapi sampai sekarang kami belum bercerai sebab Pokok tarik kes semula di depan hakim.

Kali pertama Pokok yang failkan sebab kami bergaduh dan aku ancam dengan kekerasan pada Girl.

Sebab itu je cara untuk bagi Pokok marah pada aku. Aku lempar Girl (6 bulan) atas tilam tapi dengan kasar depan mata Pokok. Baru la Pokok start marah.

Mula2 tu kami dah bergaduh. Aku dah bising2 tapi Pokok cuma senyap membatukan diri langsung tak endah kan aku yang dah macam orang gila mengamuk menangis sambil lempar2 barang. Sebab kan aku geram dia tak endah, Girl la jadi mangsa untuk bagi Pokok sedar aku tengah marah!

Sebab aku marah? Macam aku cakap Pokok duda anak 1. Dan benda yang selalu buat kami gaduh mesti sebab Ranting tak pun mak nye Ranting ex wife Pokok.

Ranting duduk dengan mak dia tapi cuti sekolah selalunya Ranting mesti akan balik. Aku tak kisah pun Ranting ni nak balik bila2 sebab tiap kali balik dia akan balik rumah MIL bukan rumah kami,

Sebabnya rumah MIL lagi ramai sepupu dia (SIL duduk dengan MIL) dia takkan bosan dpt bermain. Sebab siang malam kami suami isteri keje even weekend pun sebab kami keje shif balik lewat2 pukul 10 baru smpai rumah.

Girl dekat pengasuh sapa balik dulu dia yang akan ambik jadi tiap kali Ranting balik rumah MIL kami pun akan pergi dan tido sana jarak tak jauh cuma 10 minit.

Berbalik pada kenapa aku selalu gaduh dengan Pokok sebab pada mata aku Pokok selalu lebih kan Ranting tiap kali Ranting balik. Apa sahaja kemahuan/kehendak Ranting confirm Pokok ikut tak kisah jika terpaksa beli barang tu mahal murah.

Tapi selalu nye mahal sebab beli barang mainan ke baju ke Ranting taknak ye beli dekat kedai rm2 ke diy ke ye sebab dia kata mak dia selalu bawak jadi dia nak benda lain. Jadi kami akan ke mall. Kat situ la akan beli mainan dan apa2 barang Ranting nak.

Bayang ye kalau dalam sebulan tu 3 4 balik tiap kali tu jugak akan beli macam2. Jadi kalau Ranting balik, Pokok akan advance siap2 dekat bos dia tapi senyap2 dari aku sebab kalau bagitau confirm la aku akan bising.

Dorang pergi mall pun kadang aku tak ikut sebab Ranting ni pandai pulak mengadu dekat Pokok nanti aku tak bagi beli macam2.

Jadi Pokok akan bawak masa aku tengah kerja. Dia bawak anak2 buah dia (anak SIL) & Ranting ke mall. Bila advance 3 4 kali dalam sebulan apa je tinggal bila gaji.

Aku jugak terpaksa hadap nak kena bayar itu ini. Pampers , pengasuh Girl aku yang kena bayar sebab bila gaji, Pokok cuma dapat bayar sewa rumah bil2. Kadang2 jadi negatif duit nye aku yang kena tambah.

Kalau lebih pun sikit sangat dalam 3 4puluh ja. Itu la untuk makan sebulan. Nafkah untuk aku lagi la ke laut dalam.

Aku fed up sebab ibarat aku kena tanggung Girl. Pokok tanggung Ranting yang bermewah2. Sedangkan barang2 Girl baju ke mainan semua aku yang beli.

Aku cari yang murah2 dekat shopee kadang aku beli prelove kadang aku beli bundle jarang sangat2 beli yang mahal macam Ranting lagi2 kalau dalam mall tu. Walaupun murah asalkan Girl boleh pakai dan cantik. Tiap kali aku mintak duit Pokok cakap takda duit dah tolak itu ini.

Haih penat mental aku macam ni. Macam mana la tak gaduh. Si Ranting pulak satu hal.

Aku ni macam mak2 biasa la. Anak buat salah aku marah la. Tapi sejenis Pokok, anak tak boleh di marah tak boleh di tegur.

Bayang eh ber kali2 Ranting ni masih kencing malam so tiap kali sebelum tido aku mesti akan suruh gosok gigi kencing cuci kaki. Tapi sebab budak2 ni jadi pemalas lepas dah penat main langsung tak hirau apa aku suruh buat.

Mula2 dulu aku layan kan la kencing malam tu cuci jemur tilam ape bagai sebab yelah dekat rumah MIL kan.mLama2 aku pun fed up penat nak settle Girl lagi.

Sekarang apa2 aku lantak kan aje Pokok yang settle. Bila Pokok tahu penat nak kemas baru la sekarang dia suruh Ranting pergi toilet sebelum masuk tidur.

Hasil nya jarang sangat dah dia kencing malam. So sebab aku yang terlalu banyak itu ini tegur macam2 Ranting macam jadi tak suka aku. Satu hari dia balik rumah mak dia bagitau aku potong rambut dia pendek.

Mak dia whatsapp Pokok marah2 sebab aku potong rambut Ranting. Nasib baik Pokok back up aku dan cakap yang aku takkan buat semua tu. Jadi Pokok whatsapp Ranting (Ranting ada hp sendiri) suruh cerita betul2 apa yang jadi.

Rupanya2 dia dan sepupu nye main gunting2 rambut. Takut kena marah dengan mak dia, dia sebut aku yang buat. Benda ni sikit pun aku taktahu mula2.

Aku terbaca whatsapp Pokok baru aku tahu. Dan Pokok senyap kan aje. Waktu raya masa salam2 tu aku suruh Ranting mintak maaf sebab dia dah belajar menipu dan aku sangat pantang dengan budak yang kecik2 dah pandai menipu.

Dia geleng2 kepala taknak mintak maaf sampai lari masuk bilik konon nak nampak aku yang sengaja suka marah dia agaknya.

Aku cakap dekat Pokok selagi Ranting tak mintak maaf selagi tu jangan heran dan jangan persoalkan kalau aku abaikan dia terus sebab selama ni kalau keluar ke apa aku still bayar kan apa2 barang Ranting kalau Pokok dah habis duit. Pokok cuma cakap biasa la budak2.

Ye sebab budak la jangan di biasakan menipu. End up kami yang gaduh dan ulang benda yang sama aku bebel Pokok buat donno Girl jadi mangsa marah aku. Aku biar dia nangis2 aku langsung tak nak bagi susu sebab Girl full susu badan dengan aku.

Bila Girl dah melalak baru la Pokok pujuk aku cakap baik2. Banyak lagi aku nak cerita sampai aku disahkan MDD & anxiety kena makan ubat untuk kawal keadaan aku. Tapi macam dah panjang nanti la sambung part 2 kalau ada yang nak.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. dont be stupid nak marah2 anak jadi mangsa. nasihat to you is ko mungkin hilang laki anak pon nak hilang ke

  2. TT, Jangan ler rase insecure bila kawin dengan duda, tak perlu nak rase competition dengan ranting untuk dapat perhatian pokok.

    elok lah tu dapat laki yang cool dah penyabar.
    tambahkan ilmu jadi ibu yang penyayang. pasti ranting ,girl, pokok lagi tambah sayang pada TT.

    sebab pokok pon awal² pilih TT sebagai isteri sebab dia tau TT yang terbaik nak jaga anak die..& ade ciri terbaik wanita penyayang.

    so tunjuk lah pada Pokok yang TT orang yg macam tuu.. semuga dipermudah kan okay.and banyak bersabar…

  3. whatever it is, jangan buat anak. anak tak salah. tolong jadi cerdik sikit. jangan buat anak trauma. banyak dosa yang nak kena mintak ampun dengan anak. jangan ingat kita mak, kita takde dosa dengan anak

  4. Tolonglah sedar yang Girl tak salah apa2. Jangan lepaskan geram pada Girl. Tolong sedar awak sedang menyakiti Girl, anak awak sendiri. Tolong sikit jadi ibu yang bijak. Kalau awak masih nak lepaskan geram pada Girl sebab nak perhatian dari suami awak, satu je nak cakap, kesian Girl dapat ibu macam awak.

  5. Slm Confessor.

    Kenapalah sebelum kahwin, tak semak betul2? I rasa u mmg perlu proceedkan utk bercerai sbb ur husband clearly don’t know how to become a responsible husband even after his second marriage.

    Sikap baran u pd your own daughter is totally baseless and dangerous. U yg pilih utk berkahwin and u have to adopt an important quality which is a patience. Jgn sesekali gunakan anak utk balas dendam terhadap pasangan u sendiri.

    Like u said that u have being diagnosed, then take that matter as ticket to get out from the marriage. U perlukan family atau rakan-rakan utk support. Jgn pendam sendiri dan jgn fikir undang-undang tak wujud. If you want the best for your own daughter, take a leap of faith and failkan penceraian sehingga selesai. Sorry to say Mrs Bunga, your husband is a failure.

  6. Jgn sbb kita ada mental health issue, anak jd mangsa. Senang cerita, berpisah je la Bunga. Pokok & Ranting tu punca kau trigger mcm2, last2 anak kau jd mangsa. Pokok tak adil. Aku faham kau frust. So get rid of the main issue. Kau pun bekerja. Bwk la anak kau lari jauh2. Takyah lg hidup tension2 mcm tu. Kau campak anak umur 6 bulan ke katil utk trigger Pokok utk marah kau? That was insane for a normal people. Silap2 kau pulak ke dalam sbb dera anak. Sudah2 la. Get rid of Pokok & Ranting.

  7. Ko X nk anak ko tu, baik bg kt ak. Ko nk cerai berai ke, nk pukul2 laki ko ke, baik bg ke ak, anak ko. At least dia selamat dr hidup dgn keluarga laki ko. Silap2 ranting tu pukul anak ko nnt. Contact AK klu ko nk bg anak tu. AK sndri dh kahwin pn xde lg anak lg ni

  8. kesian girl, yang kau pun satu yg nk support dia masa takde duit kenapa, biar je dia, gatal sangat advance sampai 2/3 kali, biar dia fikir, kau kata kau takde duit je. senang cite fikir diri sendiri je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *