Akibat Meniarap

Boleh juga baca confession ini. Semuanya dari penulis yang sama.

1) https://iiumc.com/riwayat-cikgu-busuk/

2) https://iiumc.com/punca-nafas-berbau/

3) https://iiumc.com/electrosensitivity/

Assalamualaikum semua. Saya Sarah. This is the 4th confession about my bad breath, and the last. Tapi kenapa tajuknya meniarap? Sebab…

Sekitar Ogos tahun lepas, Sarah alami senak perut dan chest discomfort. Bila lapar, kembung. Dah makan senak pula sampai susah nak bernafas. Dan, ya. Very bad breath lepas makan. Especially makanan yg berbau kuat macam bawang, belacan, ikan, ayam.. Lepas makan ayam atau telur, tekak akan rasa hanyir. Seolah2 apa yang Sarah makan semua masuk ke paru2 hingga baunya meruap keluar dari nafas. Sarah clueless.

Mula tu Sarah cuba sekat makan. Tapi bila badan turun mendadak, Sarah makan balik. Cuma kali ni makan yang tawar2 je. Nasi putih berlauk ulam timun. Kawan2 pelik kenapa Sarah suka sangat makan timun? Sebenarnya itu je yang Sarah mampu makan supaya nafas tak berbau. Dekat sebulan jugak la makan diet tawar gitu. Belum lagi yang batuk malam2. Tengah malam terbangun batuk2 sebab tekak gatal tak tahu kenapa.

Sarah jumpa doktor di KK, doktor kata GERD. Bagi ubat kurangkan asid perut. Tapi Sarah rasa masalah tak berkurang. Refer pula ke OCPD. Syukur kat OCPD ceritanya tak panjang. Bila doktor baca report KK, dia terus suggest buat endoskopi. Telan kamera masuk perut. Dan bila Sarah bagitau akan jalani tonsillectomy, doktor terus cepatkan prosedur sebelum operate tonsil. Ye la kalau tekak dah luka macam mana nak telan kamera.

Sarah jalani endoskopi dua hari sebelum operate tonsil. Nak cerita pasal prosedur endoskopi? Ngeri. Tak payah ceritalah. Nanti korang yang bermasalah taknak buat endoskop pulak. Lepas buat endoscopy, doktor suruh datang 3 bulan lagi untuk ambil result.

Three month later. The result is, Sarah alami hiatal hernia. Hernia korang biasa dengar kan? Melayu panggil burut. Usus terkeluar dari dinding perut. Tapi hiatal hernia ni apa? Perut terkeluar dari tempatnya. Boleh google gambar dan tengok macam mana perut terkeluar. Baru la jelas kenapa Sarah alami masalah2 tu. Rupanya perut Sarah tercekik. Gas2 perut naik ke atas buat tekak pahit dan nafas berbau.

Punca berlaku hernia ni bila ada tekanan pada abdomen menyebabkan perut/usus terkeluar dari tempat asal. Bukan tekanan stress tau, tapi tekanan daya macam batuk, meneran sembelit, angkat berat2, trauma bahagian abdomen dan perempuan mengandung. Ada satu punca yang doktor tak cakap, tapi Sarah selalu buat. Ini yang Sarah nak share dan alert readers semua.

Sarah selalu meniarap. Dari kecil Sarah memang ulat buku. Selalu membaca dan menulis dalam tempoh lama, so posisi meniarap la paling best sekali. Penat baca meniarap, baring. Penat baring, meniarap. Depan TV, atas katil, tulis/baca meniarap. Sambil tu kadang Sarah makan2 ringan. Atau lepas makan kenyang2 terus meniarap baca buku. Bila rasa sengal rusuk, Sarah alas dengan kusyen. Bertambah pressure kat perut tu tapi Sarah tak tahu bahaya. Dari kecik tau. Sekarang baru 3+ perut dah slipped keluar.

Unfortunately doktor kata diorang tak buat apa2 sebab hernia tu quite ‘kecil’. I dont know how small is ‘kecil’. Sarah rasa siksa kat dalam ni but since doktor kata ‘kecil’, tak apalah. Kita bertabah saja. Doktor ada offer ubat tapi katanya tak begitu membantu pun. So Sarah pilih untuk jaga sendiri je. Ubah portion makan dan yang penting, STOP MENIARAP.

Readers, alert anak2 korang jangan meniarap selalu. Kalau boleh tak payah meniaraplah. Betul la Nabi larang jangan tidur meniarap, rupanya meniarap ni memang tak baik. Bagiku nasi sudah jadi bubur. Tapi nasi korang semua masih elok lagi, jaga baik2 jangan jadi bubur. Haha. Btw benda yang kita selalu buat rasa macam tak ada effect. Rupanya besar masalah di belakang hari.

Tamat cerita Sarah. Hanya sebab bad breath saja, rupanya ada dua underlying condition. Satu dah setel, satu tunggu nasib. Basically walapun dah buang tonsil, Sarah masih ada bad breath. But it’s much much better dari dulu dan Sarah syukur sangat. Bagi readers yang tengah struggle dengan apa-apa kekurangan diri, kita sama-sama bertabah ya. Kalau dah habis ikhtiar apa lagi nak buat. Bukan semua benda kita mampu ubah dan sesetengah keadaan memang perlu diterima seadanya. Doa kita diberi hati yang kuat untuk survive dalam dunia yang serba cantik, serba wangi, serba sempurna ni :)

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *