Salam semua apa yang aku tulis ni harapnya jadi pengajaran dan jangan sesekali ikut nafsu serakah.
Aku dan 3 orang kawan lain ni rapat. Kami ber-4 ni duduk dekat flat sama, sekolah rendah sama, sekolah menengah sama, ambil tingkatan 6 sama dan apply ipta belajar course yang sama. Senang cerita sama. Mak ayah kami ni semua pun memang rapat.
Lepas intern, graduate waktu ni lah baru semua macam berpisah. Semua merata ke negeri lain walaupun membesar sama tapi taste kerja lain lain.
Selepas hampir setahun setengah kerja mak aku call dia cakap suruh balik sebab kawan aku ni sorang nama dia Aiman tapi kami panggil Man, dia sakit.
Kita orang dalam group pun semua dapat info sama. Semua end up ambil keputusan hujung minggu balik. Bila balik tu tengok kawan aku Man terlantar dekat hospital badan kurus.
Bayangkan berat badan Man ni last jumpa beberapa bulan lepas dalam 80-90KG. Bila aku lawat tu tengok dah bawah 50KG. Bila tanya mak ayah dia berat dia 45KG. Padahal last jumpa rasanya tak sambil 2 bulan lepas.
Kami ni pun anggap Anorexia sebab eating disorder ni memang akan buat badan susut teruk. Kita orang pun cakap dengan mak ayah dia takpe balik lah biar kami yang jaga lagipun lusa dia dah boleh discharge. Aku pun dengan yang lain diam tak ada tanya dia apa-apa.
Bila dia keluar tu pakai wheel chair. Flat pula tingkat 3 kami dukung. Bila letak dia dalam bilik mak ayah dia dengan adik beradik dia tak ada.
Tiba-tiba dia menangis cakap “weyh tolong aku, tolong aku. Tolonglah” tiba tiba dia merayu kita orang ni terkejut lah tanya dia kenapa kasi full story baru boleh faham.
Lama juga si Man ni diam. Dah lama sikit baru dia buka cerita. Beberapa bulan lepas ada budak intern, jadi Man ni dapat lah tugas kena jaga 3 orang budak intern sebulan je tunjuk ajar mana perlu.
Di antara 3 orang budak intern ni Man ni berkenan dekat sorang ni. Adalah juga dia cerita dekat kami ni tapi iyalah setakat dengar macam tu sahaja lah dia cakap lawa, manis dan perfect orangnya.
Dia pun nak try, ajak keluar makan, tengok wayang ajak itu ajak ini. Tapi, gadis ni pun tolak dia cakap kalau boleh nak stay professional dan tak nak fikir pasal relationship apa lagi dengan orang yang sama tempat kerja.
Man ni try banyak kali tak dapat dia baran. Akhirnya, Man ni entah macam mana dia decide nak guna sihir. Dia pun curi barang budak intern ni atau nama dia Sofia (bukan nama sebenar) bila dah survey merata dia pun jumpa sorang bomoh.
Straight to the point cakap “saya nak perempuan ni suka saya ni ada gambar dan barang dia yang lain” tapi bomoh tu cakap tak cukup dia cakap ini bukan dalam drama pakai gambar dah jadi.
Bomoh tu pun cakap kalau dia nak, dia kena ambil kain kapan wanita yang belum berkahwin meninggal. Kena pastikan mayat tu dah di kapankan rapi baru ambil kain kapan tersebut serta tanah kubur jenazah tu di tanamkan.
Man ni bila dengar dia pun give up dan cakap gila betul nak kena buat semua tu. Tapi tak sampai beberapa hari dia asyik berangan perempuan tu jadi isteri dia, kahwin dan dapat anak.
Dia pun setuju, apa si Man ni buat dia jadi aktif dekat masjid kawasan perumahan dia. Selepas sebulan lebih ada orang meninggal perempuan umur baru 21 belum kahwin. Dia pun senyap² gunting hujung kapan dalam 5CM.
Volunteer untuk kebumikan sekali dan dia ambil masuk dalam poket dia tanah kubur tu senyap². Pergi jumpa bomoh tu, dia suruh tunggu seminggu.
Lepas seminggu tiba-tiba si Man ni kena ganggu. Nak telan dia rasa macam rambut tersangkut dekat tekak, bila dia tengok macam cermin asyik nampak ada bayangan perempuan.
Nak makan tak boleh telan tekak dia ni rasa macam kena cekik, sakit jadi dia nak makan tu jadi takut. Tak sampai seminggu dia jumpa balik bomoh tu. Tapi, bomoh tu tak ada rumah yang dia pergi tu rumah sewa bila tanya tuan rumah dia cakap dah pindah.
Nak minta bantuan ustaz/ustazah dia takut kantoi. Dia pun hampir setiap hari kena ganggu itu yang susut badan laju. Bila dengar cerita dia semua macam “kau ni bodoh benda syaitan macamtu kau buat” Man ni cuma mampu cakap tolong aku weyh, aku takut.
Kami end up bawa dia jumpa imam masjid tapi tak cerita full cuma cakap dia kena ganggu. Imam ni cuba memang waktu tu meraung Man ni pun cakap sakit sakit lepas hampir sejam lebih.
Imam tu cakap “InshaAllah kalau tak ada halangan benda tu dah keluar” kami pun semua tarik nafas lega. Tapi malam tu ayah Man ni datang rumah kami pukul 3 pagi cakap Man meracau.
Dengar lah dia menjerit “tolong jangan kacau aku” bila dia dah bangun mak si Man ni tanya dia “kenapa ni siapa ganggu kau ni Man ya Allah kenapa ni Man”.
Man pun baru buka cerita dekat keluarga bila dengar tu memang menangis mak dia cakap kenapa tergamak. Ayah dia memang marah siap tengking “KALAU KAU TAK SAKIT AKU PELANGKUNG KEPALA KAU TAHU TAK!”
Lusa tu ayah dgn mak dia datang rumah ajak teman. Ayah dia ni cakap pakcik dia ni boleh di katakan kerjaya dia mengubat orang tapi duduk jauh dekat Kelantan. Kami ber-5 termasuk Man dengan ayah dia drive pergi Kelantan.
10 jam juga baru sampai, rumah pakcik ayah Man dia ni memang betul dalam hutan. Kami masuk simpang tu lepas tu dalam hampir 30 minit keliling kawasan hutan tak ada rumah langsung. Hujung jalan akhirnya nampak rumah kayu besar itulah rumah dia.
Ayah Man pun bagi salam borak sedikit sebanyak sambil dia kasitahu masalah si Man ni. Kita orang papah dia bila pakcik Man atau nama dia Tok Sal (bukan nama sebenar ) check dia pun cakap “engkau dah kena ni” tapi loghat kelantan lah dia cakap. Ayah Man ni pun tanya “kena apa ni Tok Sal”.
Dia pun kasitahu yang Man ni mungkin jadi macam dia ‘third party’ sihir. Kata dia macam ni. Bomoh ni nak jampi si A tapi dia tahu mesti akan kena macam tempias atau badi gitulah jadi nak elakkan kena badi dan tempias sihir ni.
Bomoh ni guna si MAN ni macam orang tengah. Jadi badi dan tempias tu tak kena dekat Bomoh ni tapi kena dekat si Man.
Kiranya bomoh ni bukan nak tolong Man pun dia nak tolong diri dia dan si Man ni pula bukan tahu. Tok Sal ni cakap kemungkinan besar bomoh ni juga yang buat Man ni tergila gilakan perempuan tu. Tapi Man ni cakap dia waktu first time jumpa bomoh ni tak pernah jumpa tahu pun sebab orang kasitahu.
Tok Sal ni pun tanya si Man ni dari mana dia dapat nombor dan tahu rumah bomoh ni. Bila fikir balik Man ni pun cakap dia tak ingat. Dia fikir punya fikir tak ingat. Yang dia ingat, dia jumpa sorang ni sembang² dan orang tu sendiri dia ada kenal bomoh power. Lama dia fikir dan tak ingat.
Tok Sal ni pun rawat dia cakap paling kurang 3 hari. 3 hari tu lah kami semua duduk situ hari ke-4 nampak perubahan dan balik minta cuti berapa hari je dan dah nak habis.
Bila otw balik Man ni masih tak ingat siapa yang kasi dia nombor telefon dan alamat bomoh tu. Dia cakap nama dia tu hujung lidah tapi hairan kenapa tak dapat sebut.
Sekarang Man ni dah kerja kembali intern tu pun dah full time dekat situ kita orang sendiri kasitahu Man ni janganlah fikir lagi benda benda sihir ni.
Sampai sekarang juga si Man ni tak boleh ingat siapa yang kasi dia contact bomoh tu. Nama tak ingat dan jumpa dekat mana pun dia tak tahu.
– Kawan Man (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit