Assalamualaikum semua. Nama saya Madu, perempuan dan berumur 28 tahun. Saya banyak kali terbaca confession mengenai perempuan yang ada kisah silam.
Antara yang menarik perhatian saya ialah kebanyakannya akan beritahu kepada bakal suami masing-masing sebelum pergi ke fasa seterusnya. Dan ini sangat menarik perhatian saya.
Untuk makluman semua, saya juga gadis yang sama seperti mereka. Jujur saya katakan yang saya jijik dengan kisah silam saya dan diri saya.
Saya serahkan semuanya semata-mata kerana cinta palsu manusia bernama buaya. Semua ini memberi kesan besar dalam hidup saya terutama sekali mental.
Saya ceritakan serba sedikit ye. Buaya ni saya kenal dalam dating app. Kami kenal masa PKP. Saya antara yang terkandas sendirian di rumah sewa. Boleh bayangkan betapa ‘kosong’ nya saya masa tu.
Kebetulan saya juga dah lama single. Jadi itu faktor utama. Sebelum main apps tu, jujur saya tak expect langsung perangai lelaki-lelaki dalam tu.
Sepanjang saya hidup saya tak pernah jumpa lelaki perangai buaya, atau yang mengganggu secara s3xual dekat diri saya.
Bila saya main apps tu, saya expect kebanyakannya serious. Mana yang terang-terangan tulis niat sebenar memang saya akan swipe left.
Saya ni satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Jadi saya sangat dijaga oleh ayah saya. Pakai baju saiz badan, dan tudung singkat pun dia tak benarkan. Saya ok sahaja. Saya pun suka bila berpakaian sopan dan menutup aurat.
Jadi bayangkan la bagaimana dia sangat particular bab pergaulan saya. Dia tak izinkan saya naik satu kereta dengan lelaki (boyfriend). Tak izinkan saya keluar berdua. Pendek kata, benda berdua-duaan dengan lelaki dia tak benarkan.
Jadi bila PKP, saya jauh dari keluarga. Bila saya main apps tu saya makin leka dan akhirnya bertemu seseorang. Mula-mula dia baik sahaja.
Sembang nak serious, berminat, nak jaga saya bla bla. Semua janji ditaburkan. Lepas dua, tiga kali jumpa, dia slow-slow ajak saya buat ringan-ringan.
Kitaorang dating dalam kereta je, nak pergi mana tak boleh. Dan akhirnya setelah dipujuk-pujuk, saya tewas.
Mula-mula dia ok, ambil berat pasal saya. Bodohnya saya ingat dia tak akan tinggalkan saya. Rupanya dia ok sebab dia tak puas bersama.
Dipendekkan cerita, saya ambil keputusan tinggalkan dia setelah kantoi bahawa saya hanyalah kekasih gelap dia sahaja.
Kalau ikutkan buaya tu masih mencari saya walaupun dia dah kahwin sekarang. Tapi saya dah benci dah meluat dekat dia.
Ramadan baru-baru ni saya gunakan peluang sebaiknya untuk bertaubat. Saya kawal diri saya supaya tak ambil tahu atau menyebarkan aib orang lain. Sebab saya takut aib saya juga akan tersebar kalau saya sebarkan aib orang lain.
Sekarang saya makin pulih dari kerosakan yang telah buaya tu buat.
Saya sedar saya dah makin kurang mengharapkan cinta lelaki. Saya juga sedar yang saya dah reda kalau tiada jodoh saya di dunia.
Saya sedar selepas menilai beberapa perkara, yang saya masih ada keluarga yang sayangkan saya dan saya ada kerja yang bagus.
Alhamdulillah sekarang saya makin pulih untuk terima kenyataan bahawa saya sudah tidak suci lagi. Untuk perempuan yang masih suci, tolong jaga kehormatan kalian untuk lelaki yang halal. Please.
Bagi saya, bila sudah tidak perawan, harapan untuk dapat lelaki yang baik, yang kita idamkan amat tipis. Sebab saya sangat pegang dengan janji Allah perempuan baik untuk lelaki baik.
Bila ada yang cuba mengambil hati saya, saya trauma untuk memberi. Saya takut apa jadi bila dia tahu saya ada kisah silam.
Kalau dia terima saya, saya takut apakah jaminan yang dia tidak akan sesekali mengungkit andai kata kami ada perselisihan faham.
Saya juga takut jika perkahwinan saya nanti hanya akan membuka aib yang saya simpan kemas selama ini kepada pengetahuan keluarga. Saya tak dapat bayangkan judgement yang saya kena hadap bila diorang tahu apa saya pernah buat.
Saya tak tahu reda saya ni sampai bila. Sebab saya belum 30 lagi. Saya takut bila saya sunyi lagi saya akan mula membuka hati. Dan paling saya takut apa yang saya takutkan akan jadi kenyataan.
Sekarang saya buntu, andai kata saya sudah mula membuka hati kepada seseorang, apakah saya perlu beritahu aib saya kepada si dia atau saya buang rahsia ini jauh-jauh dan terima dia tanpa perlu beritahu kisah silam saya.
Saya harap tidak adalah yang mengecam saya. Saya betul-betul menyesal atas perlakuan bodoh saya selama ini.
Madu yang telah hilang, kini tinggal sepah.
– Madu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit