Hai..
Saya seorang ibu kepada 2 hero cerdik saya.
Saya nak bercerita mengenai diri saya,apa yang telah berlaku kpd saya sejak dipukul teruk oleh ibu tiri dan bapa pula tidak pernah endahkan saya dari saya kecil..
Kira flashback 20tahun yang lalu la.
Saya masih ingat lagi,dulu semasa saya berusia kecil di preschool(5-6tahun) saya merupakan anak yang ceria,juga diakui oleh beberapa ibu bapa saudara saya ramai memberitahu,”Mai, dulu mase Mai kecik,Mai mmg petah,Mai suka hiburkan orang..” setiap kali saya balik kg,mesti sedara3 di kampung bcerita benda yang sama.
Bila usia menginjak 7tahun,ayah telah berkahwin dgn isteri baru dan setahun kemudian dikurniakan anak.
Saya dh dapat adik baru pada ketika itu.
Masih sy ingat lagi,ibu tiri saya dulu memang cantik,baik,tapi selepas dia ada anak sendiri.dia berubah.
Kadang2 benda kecil,saya dimarah teruk.benda kecil,saya dipukul dan dicubit.
Saya pada ketika itu disekolah, merupakan pelajar cemerlang.tetapi,selepas dua tiga tahun kemudian,pelajaran saya semakin merosot.saya berubah jadi anak yg bermasalah.
Ye.betul.saya sedar saya mula bermasalah spt suka memberontak.tetapi,saya tak mampu memberontak lama2,kerana ibu tiri saya akan pukul saya lepas pada itu..dan ada juga saya buat hal,seperti,curi duit. ye zaman tu,saya dh reti curi duit,dulu,masa sy kecik,duit syiling selalu diletakkan dlm mangkuk kaca bserta kunci rumah,so,saya selalu ambil duit lebih dari situ.bukan buat apa,buat beli makan,asyik tengok kawan beli,saya pun teringin,nak minta duit lebih,takut..takut kena pukul.. Sebab dah kerap kena pukul,kena cubut utk perkara remeh,jadinya saya ambil keputusan utk mencuri…dulu belanja sekolah hanya rm0.50, zaman tu 1990an,utk jumlah tu,boleh beli segelas air perisa dan sepinggan mee goreng atau nasi goreng.tapi saya taknak hari2 makan nasi,mee goreng hari2. Disekolah tu,ada jual kacang kuda,ada jual buah,kadang2 saya teringin nak makan buah.
Tu sebab saya gunakan duit tu utk makan makanan yang sy nak.
Ok.
Dah lepas dr curi tu,saya pon bkawan dgn jiran sblh,dia muda setahun dari saya,dia beri saya banyak stickers,saya pula bfikir utk jual disekolah..saya pun jual dgn kawan2 kelas..bila dh jual hampir separuh tu, sy kena tangkap dgn cikgu besar pulak.
Cikgu besar cakap,xboleh jual beli disekolah dan dia siap announced masa diperhimpunan.malu betul.mujur la dia tak sebut nama saya.
Ok.
Lepas dari kena tangkap jual sticker,saya stop.tapi mencuri masih lg cuma amount normally rm0.50-rm1 je.
Dan pada satu hari tu saya jumpa rm50 dalam kereta.
Saya tak ambil tahu siapa punya duit tu,terus saya masuk dlm poket.
Pegi sekolah,saya cari koop,beli barang2 dari koop,seperti pencil case,pensil tekan,wallet,dan saya jual semula pada kawan2..
Hehe.saya rasa mmg saya ni minat bniaga tapi xkesampaian.tapi xlama.sekejap je,sebab saya jual mahal.kat kedai jual wallet rm3.50 saya jual rm4 budak sekolah rendah mana ada duit byk tu.
Ok.sy stop jual2 barang kt sekolah.
dirumah saya selalu dipukul,xkisah untuk masalah apa pon..pernah satu ketika mak tiri saya cakap dia taknak jaga saya,dia suruh saya cri org yg boleh jaga saya.sbb dia ckp dia letih jaga saya,banyak masalah.saya sedih.mana saya boleh tanghung ayat mcmtu.saya ketika baru 9tahun.
Boleh dikatakan setiap bulan,mesti kena marah, pukul dan dicubit teruk..dlm sebulan tu tak pernahla kalau xpernah kena pukul..nak cerita kat org.saya mmg tahu.hopeless dan helpless.dgn siapa saya nak minta bantuan.saya tak pernah bercerita pada siapa2 mengenai saya dipukul..ayah lagi tak tahu,yang dia tahu,saya ni nakal..kami tak pernah duduk manja2 dgn ayah,berborak dgn ayah..sbb ayah mmg tak ambil tahu pasal anak2..lagi2 saya..dia cuma ambil berat,main2 dgn anak baru dia.
Kalau ikut logik la..apa yg teruk sgt sehingga saya dipukul teruk.umur kanak2 besar tu memang memerlukan perhatian..Bukan terus dipukul,dicubit,didera..kalau kita terus buat macamtu,tanpa beri peluang pd anak,dia akan jadi seorang pendiam,xde konfiden.
Dan ya..sy kini jadi seorang pendiam.saya seorang yg tiada konfiden.tak kisah apa sekalipon situasi.
Dan pernah juga satu hari saya menulis dairy,ketika tu saya ada diary kecil,saya tulis mengenai saya dipukul,dan suatu hari ibu tiri saya jumpa diary tu,dia belasah saya secukupnya.. Mcm biasa.
Ayah tak tahu.
Setahub kemudian..saya pun tak tahu,mcmana saya boleh tulis ayat ni bahagian tengah buku sekolah saya..saya tulis,SAYA KENA DERA.
Kebetulan mak tiri saya ni rajin buat spotcheck beg saya setiap bulan.terkantoi pulak.kena blasah teruk..bukan perkataan je blasah..badan sakit dihempuk ke dinding,baju terkoyak..muka saya mmg ok,tp badan banyak lebam..sakit tu,tuhan je yg tahu..
Sejak dari itu,pelajaran makin merosot teruk.saya tak berminat belajar disekolah lagi,tapi masih lg mampu survive.
Dan kes mencuri tu saya telah kantoi.haha.
selepas beberapa tahun berlalu,saya dimasukkan sekolah asrama.saya diasrama selama 3tahun.
Saya suka kehidupan diasrama.tapi saya tetap merindui ibu tiri dan ayah saya.
Selepas 3tahun disekolah berasrama,saya dapat offer menyambung pelajaran di sekolah teknik berdekatan rumah saya.
Saya fikir, ibu tiri saya dh berubah.selepas dua minggu,dia bertukar jadi singa.dan saya kerap disuruh melakukan kerja rumah.setiap kali pulang sekolah saya disuruh seperti org gaji.tetapi,adik saya bersenang lenang..saya sebenarnya suka bantu ibu tiri saya,tapi kalau disuruh dgn nada memberi arahan dgn lantang,saya pun jadi tak ikhlas buat kerja.
Perkara ni berlarutan sehingga saya masuk sekolah menengah..
Kalau ada masalah sikit kena pukul..
Memang kena pukul.Nak hang out dgn kawan pon tak boleh(tp bgus juga sebenarnya,sekurangnya saya xberkawan dgn org liar)
Saya ditreat spt org gaji,kadang2 mcm anjing pon ade,kadang2 kena tendang..sampai satu tahap,saya tak tahan,saya nanges..sy berdoa dgn Allah..”ya allah..cabutlah nyawa aku,aku xsanggup hidup didunia ini..” dan sy makan dua papan ubat ayah saya.ubat apa pun saya tak tahu.ubat pelbagai warna..lebih kurang 20biji.
Masa tu saya rasa mcm nak pengsan,saya tak keluar bilik langsung,kecuali mandi.makan pon jarang.badan saya mengeluarkan bau yg busuk.
Saya fikir saya nak mati dh.
Masalahnya,tak mati2..
Saya ulangi perbuatan diatas ni sebanyak 3x,normally time saya xtahan sgt saya buat la,memang tak mati.cuma rasa xsedar.badan bau busuk,Dan rasa nk tbaring je,sakit kepala,loya dan mcm2 lg..
Dh sebab telan ubat xjadi mati,saya cuba minum klorox.. Ya ampun..setitik kena kt lidah pon rasa nak mati,apetah lg kalau togok..mesti mati terus aku..haha.mase ni saya tak berani pulak minum klorox,sebab takut rasa sakit dan mati.hahaha.bongok kan.
So…lpstu masuk kolej,derita tu xbanyak,normally hujung minggu je..kadang2 saya pon xingat..mungkin jrg berlaku..mase tu dh selamat dh,.cuma dhaif sikitla bila g kolej.duit makan cukup2 utk satu hari tmasuk tambang bus.pergi kolej mahal kt cyberjaya,tp bawak duit sehari rm10 tmasuk tambang.
Ni kalau kawan dengar pon malu,baju pon lusuh.padahal saya bukan berasal dari keluarga miskin.
Bapa saya bergaji 5angka pada ketika itu.
Macam saya beritahu,saya takot nak beritahu ayah,nak minta duit lebih pon tak berani,akhirnya kelaparan..takda konfiden kan.
Dan ye..hari berlalu demi hari..
Saya kahwin.
Saya selamat dari segala derita.alhamdulillah.
Dan punya 2 hero cergas
Bila dh ada anak ni saya baru saya ada idea,kenapa anak saya suka buat hal,saya banyakkan membaca tips parenting,saya belajar cara tangani masalah anak perangai sebegini.
Sebenarnya cara ibubapa saya mendidik adalah salah pada ketika itu,kecuali bab keluar rumah.
Terlampau banyak pukul saya,terlampau banyak diherdik,sehingga saya tiada konfiden bersemuka dgn org.nak buat presentation pon susah..
Dan.
Saya sudah maafkan kesalahan ibu tiri saya.dia dah tua sekarang.
Tetapi,kejadian ni,tak mungkin saya lupa.
Bila saya kenang zaman kecil saya,sedihnya lahai aku masa kecik dlu.
Hmmm.itu je nak beritahu.
Kalau dh ada anak banyakkan membaca.
Tak rugi kita tambah ilmu utk anak2.. Jadi role model pada anak2..
Masa zaman saya kecil,saya xde bermanja dgn ibubapa.tak pernah duduk didepan tv,sambil peluk2 macam dalam movie,tak pernah,tapi bila ada anak ni,saya mahukan saat itu dan saya taknak apa yang pernah berlaku pada saya juga berlaku pd anak.
Ada ibu tiri ni sgt sukar bg anak kecil seperti usia sy dahulu.kita nak bermanja,kita nak bercerita,kita nak ibubapa jadi kawan kita,tapi mereka tak beri peluang,mereka marah pada kita.
Selepas apa yg berlaku,saya akan cuba jadi ibu yg terbaik utk anak2 saya..kita nampak anak2 ni lincah,aktif,beri masalah,tetapi dalaman anak2 kita taktahu betapa mereka ni suci dan ikhlas,kita je tak tahu apa yg mereka mahukan sebenarnya,cari jalan yg tbaik utk dapatkan penyelesaian.
Itu sahaja cerita pjg lebar dr saya,harap2 ada yang ambil iktibar dari kisah sy yg tak seberapa ini.
Terima kasih
– Maisara
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit