Salam buat semua yang membaca. Sungguh niat aku menulis ini adalah untuk meminta doa2 kalian kerana sungguh aku lemah sangat.
Aku baru melahirkan anak di hari ke 6 hari ni. Suami ku telah membuat keputusan untuk menceraikan aku tanpa berbincang.
Kami sering bergaduh sejak awal kehamilanku. dan aku sering minta cerai kerana terlalu stress & emotions tidak stabil.
Gangguan dari bekas isteri suamiku & anaknya, keluarga mertua yang tidak membantu.
Perangai suami yang hanya ingat melepaskan tengkuk dia sahaja demi kebahagiaan beliau tanpa fikir keperluanku.
Aku sering mimpi yang bukan2, ular hitam, sami siam, bekas isterinya datang mengoncang rumah kami. Sehingga aku nampak kelibat anak suamiku & isterinya di rumah kami.
Puas aku menahan diri dan suamiku jua sejak beverage bulan lepas dan syukur kami ok. Even still quarreling over simple thing.
Di saat orang lain di tatang melahirkan zuriat aku dikhabarkan untuk bercerai.
Keluargaku datang bertanya dan dengan angkuh suamiku menyatakan dia sudah berkeputusan lama dan hanya tunggu anak ini lahir dan tidak ada siapa boleh tukar keputusannya kecuali Tuhan.
Kasihan anak ku yang terlalu kecil. Aku bersetuju untuk bercerai namun Allah hadirkan sahabat mengenalkan aku dengan seorang ustaz.
Allahuakbar hancur hati ku, rupanya sihir pemisah dihantar pada kami.
Keluarga mertua ku jua tidak menanya khabar sepanjang aku pregnant dan anak aku juga tidak ditanya sehingga kini.
Di saat aku telefon dan message mohon bantuan mereka, mereka hanya blueticked message ku & matikan talian.
Sungguh aku berjuang demi anak ku kerana dia bapa yang baik dan suami prihatin.
Demi Tuhan, aku bukan penyebab penceraian mereka dahulu dan aku tidak menghalang kebajikan suamiku pada anaknya dahulu.
Sungguh aku mengharap jodoh ini berpanjangan kerana kasih dan cinta ku masih utuh buat suami ku.
Aku masih berjuang demi rumah tangga ini. Sungguh bukan penceraian aku inginkan, kasihan anakku dan kasihan diriku.
Sahabat2, doakan lah aku dan anak ku. Doakan Allah selamatkan masjid aku dan suamiku ini.
Sungguh berat ujian ini dan aku masih berpantang namun hatiku entah di mana.
Doakan Allah selamatkan rumah tangga aku ya sahabat dan jadikan ini asbab untuk yang lebih baik.
– Tulip merah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit