Akibat Sombong Dengan Allah

Assalamualaikum… Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang ok2 je. Sederhana dari segi pendapatan isi rumah dan dari segi agamanya.

Waktu aku kecik pown mak ayah aku tak pernah nak marah aku kalau aku tak solat. Suruh pun macam tak tegas, so aku pun ambil kesempatan tu tak solat. Lama aku tak solat. Time sekolah dulu pun sebab duduk asrama so aku solat.

Balik kampung aku tak solat balik sampai lah aku sekarang dah kawen 5 tahun ada anak dua orang. Solat tu kadang2 kalau datang hidayah aku solat. Pastu sekejap je aku lalai balik. Terlalu leka dengan urusan dunia. Suami dan anak2 aku penat dan busy dengan hal kerja. Sehinggalah aku di uji oleh Allah sehingga aku terduduk dan tak boleh bangun.

Sebelum tu biar aku ceritakan tentang suami aku. Suami aku ni agak baran orangnya, perwatakan die kalau dengan perempuan dia agak kasar. Dia paling tak suka perempuan gedik nie. Memang die akan pangkah habis.

So aku bab perempuan ni memang aku tak hairan sebab laki aku memang jenis lelaki yang tak layan perempuan. Sehinggalah die tukar kerja 1 tempat dengan tempat kerja aku. Cuma lain department saja. Setahun dia kerja kat department dia aku tak de nak syak ape2. Sebab aku memang percaya die 100% (kat sini aku paling silap).

Setahun lebih dia kerja aku dah mula rasa tak sedap hati. Dia terlalu kerap buat OT dan balik lewat malam. Bila di tanya kerja dengan siapa dia akan bagitau sorang perempuan nie. Aku namakan die A.

Hari2 die OT die akan OT dengan A ni. Aku macam tak de lah nak syak pape sebab laki aku penah cite orang kat tempat keje die memang culas nak OT kecuali ada lah beberapa orang nie. Pastu kalau sembang dengan aku selalu sangat cerita pasal si A nie.

Banyak aktiviti sekolah anak die tak join sebabkan OT dengan si A nie. Balik pun dah tengah malam memang dengan anak2 takde lah nak spent kualiti time. Tapi aku masih husnuzon walaupun setiap kali diaorang ‘keje’ hati aku mesti resah gelisah (naluri isteri tak pernah salah).

Aku pun selalu jugak tanya2 kat laki aku pasal hubungan die dgn si A ni. Die boleh ketawa2 dan cakap tak de pape anggap kawan sekerja saja. Namun hati aku tetap rasa tak sedap hati.

Sehinggalah Allah maha kuasa kantoikan diorang ni berkasih sayang belakang aku. Aku jadi hilang arah dan hilang punca bila suami yang aku percayakan 100% curang belakang aku.

Kat sini silap aku, silap pertama aku, aku sombong dengan Allah. Selama ni Allah bagi aku macam2 pada aku. Kerja yang bagus, suami yang baik, dapat anak sepasang yang sihat. Namun aku sombong, bukan aku tak bersyukur namun lebih kepada kufur.

Aku tak solat, puasa pown kadang2 aku ponteng. Aku dan suami aku sama satu kepala, tak solat tak puasa. Dia hanya puasa kalau aku puasa sekali. Betol aku sangat sombong teruk pada Allah. Nah sekali Allah hadirkan ujian kepada aku kerana aku terlalu sombong.

Aku bernasib baik kerana berkawan baik dengan kawan yang rajin solat. Sewaktu aku di timpa ujian dari Allah, dia suruh aku banyakkan solat dan solat sunat dan banyak kan tengok ceramah agama. Dalam hati aku masih sombong, aku cakap aku tahulah nak solat. Namun hati aku tak tenang walaupun aku solat.

Sehinggalah aku tertengok 1 video ceramah agama tentang ujian dari Allah. Allah uji sebab kita dah lama lupakan die. Banyak dosa2 kita Allah nak hapuskan. Allahuakbar… aku tersentak. Aku solat selama ini hanya solat tanpa menyerahkan hati aku pada Allah. Aku percaya pada suami yang sama dengan aku manusia yang melakukan kesilapan.

Aku mula solat kerana Allah, bukan kerana solat tu wajib tapi lebih kepada aku tak sabar nak cakap2 dengan Allah. Sebelum ni aku tinggal solat aku tak kisah, tapi skang period pown aku dah resah gelisah nak solat. Sebab aku nak bercakap dengan Allah.

Suami aku? Dia solat lepas kantoi tu sebab aku suruh, tapi aku rasa solat die tu tak sampai dalam hati die. Suami aku cakap dia pilih aku dan anak2 tapi dia mcm mayat hidup kat rumah. Orang putus cintalah katakan. Tapi aku paksa die, aku suruh dia imamkan aku. Selama 5 tahun aku kawen ni lah pertama kali aku solat jemaah dengan suami aku. Allahuakbar…

Perasaan dia solat jemaah dengan suami aku rasa syahdu sangat. Aku rasa tenang sangat, indah perasaan bila suami imamkan aku. Kalau aku tahu best nya solat jemaah dengan suami, dari dulu aku paksa suami aku imamkan aku. Selama suami aku bagai mayat hidup aku banyak bercakap dengan Allah. Aku banyak doakan suami aku.

Allahuakbar Allah maha Besar. Dia banyak makbulkan doa2 aku. Suami aku sedikit sebanyak, banyak berubah dan aku nampak usaha die untuk kembali kepada aku. Solat pun dah tak tinggal, cuma dia subuh agak culas lagi. Tapi Alhamdulillah berkat doa sorang isteri baru2 ni die dah senang nak bangun subuh.

Alhamdulillah sekarang aku banyak tenang, walaupun penah di uji. Hati ku sakit tapi aku lebih tenang. Sebab Allah tu ada. Aku banyak berdoa pada tuhan. Aku selalu bangun malam mengadu pada Allah segala masalah dunia aku.

Solat itu tiang agama, yea memang selalu aku dengar, tapi tak pernah nak masuk dalam jiwa aku. Solat tu penting kalau nak rumah tangga bahagia, tapi aku sombong, pada aku tak solat pun aku boleh bahagia dengan suami aku dan anak2. Allahuakbar… sombong nye aku dulu dengan Allah.

Alhamdulillah sekarang aku dan suami sama2 jaga solat, masing ingatkan kalau tak solat lagi. Kami lebih bahagia sekarang walaupun di timpa ujian2 lain, kerana kami tahu Allah ada tolong kami.

Pesan aku pada adik2 yang bakal mendirikan rumah tangga dan sudah pun berumah tangga:

1) Solat.

Mesti solat, jangan jadi macam aku sombong dengan tuhan. Banyak doakan suami. Jangan letak kepercayaan pada suami. Letak pada Allah sebab Allah yang pegang hati suami kita. Kalau boleh solat jemaah sama2, serius best sangat tau.

2) Jangan mudah minta cerai.

Yea… Aku pun penah minta cerai bila suami aku kantoi. Namun nasib baik suami aku lebih sayangkan aku. Dia taknak ceraikan aku. Nak buat apa bila di uji suami curang? Ceritakan pada Allah. Mengadu pada Allah. Minta pertolongan dari Allah. Walaupun suami tak de perubahan sekurang-kurangnya hati kita lebih tenang. Allah akan pulangkan suami kita semula tepat pada waktunya. Allahuakbar….

– Insan hina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *